Thursday, December 20

Of Success?

بسم الله الرحمن الرحيم

   

Heh, siang tadi baru sahaja keluar result PMR. Alhamdulillah, bak kata ayah aku, adik aku 'maintain record' (dua orang abangnya).

Sunday, November 25

Ghazwah Hekzem

بسم الله الرحمن الرحيم


Sedang bersedia mempersiapkan kelengkapan dan alat-alatan untuk berperang!

Bakal menghadapi 3 jenis hekzem minggu depan. 

Doakan yang terbaik.

"Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku," [Toha, 20: 25-28]

"Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." [Toha, 20: 114]

Monday, November 19

Dr. Hafidzi Mohd Nor: Boikot Barangan Israel !

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengar baik-baik, pencerahan dan penjelasan tentang boikot. Kita bukan boikot syarikat Yahudi, tapi kita boikot syarikat yang sokong Israel, kalau ada syarikat orang Islam yang sokong Israel, kita boikot. Tujuan boikot bukan untuk bagi dia tutup kilang/kedai, tapi untuk bagi dia ubah polisi dia. 

Sunday, November 11

Friday, November 9

Muslim Heroes: As-Siddiq

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah, last week I had the chance to attend the fourth session of Heroes 3: The Rightly Guided Caliphs. As you can see in the picture above. The talk revolve about Abu Bakr As-Siddiq and was given by Ustaz Abdullah Hakeem from Australia.

Friday, November 2

Fall Semester sudah habis Bro.

بسم الله الرحمن الرحيم

Denver-ians and Sir Ikhwan

Macam baru semalam aku pergi beli padlock untuk locker bilik di Kolej Cendana. Tup tap tup tap tup tap. 2 hari lepas dah habis finals. Semalam dah start cuti.

It's been 4 months already since I became one of INTEC's students. Time flies so fast. I still remember all those moments in Fall Semester.

Sunday, October 28

100 hari sudah

بسم الله الرحمن الرحيم


Pergh, tarikh akhir last post 20 Julai, lama sudah tak menulis blog. Tarikh harini 28 Oktober, lama jugak blog ni tak dipenuhi post-post baru. Genap 100 hari dah aku tak menulis di blog. 

InsyaAllah akan cuba istiqamah balik beloging ni.

By the way, exam is around the corner. Doa-doakan. Tinggal 3 hari je semester 1 di INTEC. Pantas sungguh masa berlalu, maka beruntunglah bagi siapa yang memanfaatkan masanya sebaik-baiknya.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh serta nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr, 103: 1-3]

Moga-moga kita tak tergolong dalam kalangan manusia yang rugi!


Friday, July 20

20 hari sudah. 1 hari lagi.

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, dah 20 hari sebagai mahasiswa INTEC. Kehidupan di sini amat banyak mengajar diri saya. Yup, saya pandang kehidupan saya sebagai tarbiyah daripada Allah SWT. Kehidupan di sini, banyak mengajar saya untuk meningkatkan istiqamah, mujahadah, menjadi qudwah.

Friday, June 29

Batu karang di lautan. Ohh.

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku rindu biah di Al-Amin.

Rasa macam baru je semalam masuk Al-Amin, berkenalan dengan kanak-kanak riang semasa sekolah rendah. Berlari berkejaran sampai jatuh kepala benjol sambil menangis. Bermain 'police and thief' (kalau dulu kami budak2 sebut police and three).

Thursday, June 28

Tuesday, June 26

Jumpa lagi Haziq

بسم الله الرحمن الرحيم



Pada 20 Jun yang lepas, sahabat saya Haziq, telah pun berlepas ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya.

Thursday, June 21

The Criminal

بسم الله الرحمن الرحيم



A very good video. Watch it!

Jauhi HASAD!

Sunday, June 17

MATI itu PASTI

بسم الله الرحمن الرحيم

Doa senjata mukmin


Sejak kebelakangan ini sering dengar berita kematian. Moga berita-berita ini dapat 'menggerakkan' diri kita ke arah persediaan untuk menghadapi mati.

Friday, June 15

Wednesday, June 13

Ketenangan yang pasti

بسم الله الرحمن الرحيم


Saat anda resah.
Saat anda gelisah.
Memikirkan hidup yang penuh pancaroba.

Monday, June 11

Pertandingan Video Ummah '12 - 10 Muwasofat Tarbiyyah

بسم الله الرحمن الرحيم


"Kenalilah Tuhanmu. Perbaiki dirimu. Ajaklah orang lain. Dirikanlah daulah Islam di hatimu, nescaya ia akan tertegak di bumimu.." -Asy-Syahid Hassan Al Banna-
والله اعلم

Saturday, June 9

Kursus KPP

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, hari ni baru sahaja selesai Kursus KPP. Ada sesuatu yang membuatkan saya tergerak hati untuk menyampaikannya di sini.

Saya tertarik dengan pesanan penceramah kursus KPP tadi, beliau merupakan seorang bekas tentera, sudah ada lesen selama 50 tahun.

Friday, June 8

Pemuda

بسم الله الرحمن الرحيم


Layakkah kita digelar pemuda?

Mampu tak kita jadi seperti Musab bin Umair yang menjadi naqib kepada penduduk Madinah?

Mampu tak kita jadi seperti Abu Dzar Al-Ghifari yang menyebarkan dakwah di kampung orang-orang Ghifar?

والله اعلم

Tuesday, May 15

Nakba Day

بسم الله الرحمن الرحيم



Sixty years ago, more than 700,000 Palestinians lost their homes and belongings, their farms and businesses, their towns and cities. Jewish militias seeking to create a state with a Jewish majority in Palestine, and later, the Israeli army, drove them out. Israel rapidly moved Jews into the newly-emptied Palestinian homes. Nakba means “catastrophe” in Arabic, and Palestinians refer to the destruction of their society and the takeover of their homeland as an-Nakba, “The Catastrophe.”

Sunday, May 13

Interview MARA

بسم الله الرحمن الرحيم




Pada 8 Mei yang lepas, result MARA telah keluar. Jadi, dengan lajunya aku bukak page untuk check tawaran MARA. Check punya check, error tak habis-habis. Akhirnya dapat juga aku tahu apa keputusan aku.

Alhamdulillah, aku ditawarkan untuk pergi ke Interview MARA pada 12 Mei 2012 bertempat di Kolej Polytech MARA (KPTM) Bangi pada jam 9.00 pagi.

Keesokan harinya, Makcik Fauziah mengadakan mock interview untuk kami (OS7 yang dapat MARA)

Alhamdulillah, ok, cuma aku perlu banyak buat homework, perlu banyak practice sebab aku masih gagap nak berbahasa inggeris.

Friday, May 11

Bisnes yang paling untung!

بسم الله الرحمن الرحيم


Teringin nak jadi penghuni Syurga tak? Mestilah teringin kan? Siapa yang taknak masuk Syurga kan?

Kalau tanya semua orang, confirm mereka semua ingin ke Syurga. Semua orang inginkan balasan yang baik.

Kalau tanya semua orang, confirm mereka semua tak ingin ke Neraka. Semua orang tak ingin balasan yang buruk.

Namun, keinginan sahaja tidak cukup wahai saudara saudari. Ada sesuatu yang kita perlu lakukan.

Friday, April 27

Rahmat Allah

بسم الله الرحمن الرحيم



Wahai pendosa! Wahai muslim! Jangan berputus asa daripada rahmat Allah!

“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]
"...Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung." [An-Nur: 31]

والله اعلم

Monday, April 23

The Precious You

بسم الله الرحمن الرحيم



Cover your aurah. Do it for Allah.

والله اعلم

Thursday, April 19

Jumpa lagi Amin

بسم الله الرحمن الرحيم

Uhibbukafillah jiddan jidda!

Pagi semalam, jam 9, seorang daripada kami (OneSeven) telah pergi. Pergi ke Australia untuk melanjutkan pelajaran.

Sehari sebelum, apabila kami dapat tahu flight Amin pukul berapa, kami mengambil inisiatif untuk menghantar Amin. Terdapat 2 kereta dalam rombongan ini. Kereta Izzat dan Nawi.

Sebelum Subuh kami telah memulakan perjalanan kami ke KLIA. Begitu juga dengan Amin dan ayahnya. Tiba di sana kami menunaikan Subuh berjemaah.

Friday, April 13

Fattabiouni, Ikutlah Rasulullah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Contohi Rasulullah SAW

Rancangan 'Fattabiouni' Tv Al-Hijrah. Mendalami sunnah Rasulullah SAW. Membawa kepada praktikal sunnah Rasulullah SAW.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " [Ali Imran, 3: 31]

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [Al-Ahzab, 33: 21]

Rancangan yang membawa kepada penghayatan kehidupan Rasulullah SAW. Rancangan ini menggunakan bahasa Arab dan ada terjemahan Melayu. Boleh search rancangan ni dekat youtube.

Moga bermanfaat untuk semua.

والله اعلم

Tuesday, April 10

Pelajar Mithali SMIAAG 2011 - Muhammad Mu'az bin Omar

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, pada sabtu lepas telah berlangsung Majlis Takrim 2011. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya. Moga Allah redha.

Pengumuman penerima anugerah pelajar mithali banin dan banat serta ucapan pelajar mithali banin (Muhammad Mu'az bin Omar). Semoga video ini memberi manfaat serta menyampaikan amanat pelajar mithali tersebut kepada semua warga Al-Amin.





والله اعلم

Friday, April 6

Sahabat sekalian.

بسم الله الرحمن الرحيم

Barisan OneSeven :) Generasi 17 Al-Amin

Apa khabar iman? Moga-moga semuanya mantap-mantap belaka insyaAllah. Jika tidak mantap, sediakanlah masa kamu untuk mengecas iman-iman kamu dengan merenung isi Al-Quran, menuntut ilmu dan mendengar tazkirah.

Bak kata Muaz ibn Jabbal ra,
“ Marilah kita duduk untuk beriman sebentar”
Marilah sama-sama kita beristighfar sebentar. Mungkin saat-saat, masa-masa kita pada sebelum ini penuh dengan kelalaian dan jauh daripada ketaatan kepada Allah SWT.

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Mari kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT.

Montaj Kembara Dakwah Sabah

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada 12-21 Mac yang lepas. Telah berlangsung program Kembara Dakwah Sabah. Tak mau cakap banyak. Saksikan.



Moga Allah redha.

والله اعلم

Tuesday, April 3

Bersyukurlah bila diberi nikmat.

بسم الله الرحمن الرحيم



Farid: Amacam ? Berapa banyak ikan kau dapat?

Ghani: Alhamdulillah. Ok ok saja bro. Dapat seekor je. Ini yang terbaik Allah beri pada aku. Kau pulak?

Farid: Takkan kau tak boleh agak kot aku dapat banyak mana, of course la gempak! Dapat 5 ekor la apa lagi.

Ghani: Alhamdulillah, bersyukurlah pada Allah. Ingat dialah yang menentukannya sebegitu.

Farid: Erk, alhamdulillah.

Apabila kita senang, ingatkah kita pada Allah? Angkatlah kesyukuran kita setinggi-tingginya pada Allah.

Tuesday, March 27

Saturday, March 10

Asyik-asyik Insya Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Ali: "Badri, boleh tak kau belikan aku ikan keli dekat pasar esok?"

Badri: "Insya Allah aku belikan."

Ali: "Boleh ke tak?"

Badri: "Insya Allah"

Ali: "Aku tanya boleh ke tak, 'confirm' tak?"

Badri: "Insya Allah, dengan izin Allah, sekiranya Allah menghendaki."

Perasan tak? Watak Ali diatas seolah-olah tidak yakin dengan jawapan Badri. Ali mahukan pengesahan kepastian tetapi tidak yakin dengan jawapan "Insya Allah." daripada Badri.

Inilah mentaliti sebahagian ummat zaman sekarang. Perlu diingat bahawa kita boleh berusaha untuk merealisasikan sesuatu perkara, tetapi yang menjadikan dan mengizinkan perkara tersebut terjadi adalah Allah SWT.

Tuesday, March 6

Kadang-kadang, kita cepat hilang sabar.

بسم الله الرحمن الرحيم

"Hadapi musibah dengan tenang dan sabar."


"Eh, tak payah lah pujuk aku suruh sabar."

"Diam ahh, kau tak rasa apa yang aku rasa!!!"

"Kau takkan faham keadaan aku, walaupun kau cuba."

"Elleh kau, cakap senang la 'sabar-sabar', nak buatnya susah."

Mungkin ini antara ungkapan-ungkapan yang sering terucap bila orang menasihati kita supaya bersabar pabila ditimpa ujian.

Manusia seringkali melenting, pantang betul bila ditegur, dinasihati.

Kadang-kadang, kita cepat hilang sabar apabila ditimpa ujian.

Mulalah menyalahkan takdir, menyalahkan orang lain. Mulalah mengeluh, itu tak kena, ini tak kena.

Kenapa tak sabar tempuh segala masalah, rintangan dan ujian hidup? Bukankah Allah dan Rasul dah ajar kita bagaimana menempuh segala kesusahan?

Saturday, March 3

Ubati hati, perbaiki diri.

بسم الله الرحمن الرحيم



Muallaf: "Saya masuk Islam bukan kerana umat Islam, melainkan kerana kebenaran Islam. Seandainya umat Islam mampu menampilkan Islam dengan sebenar-benarnya, nescaya mereka akan berbondong-bondong masuk Islam."

"Kebenaran Islam terhalang oleh orang-orang- orang Islam sendiri."

"Alhamdulillah, aku mengenal Islam sebelum aku mengenal Arab."

Cuba perhatikan kata-kata di atas. 3 kenyataan di atas sebenarnya mempunyai 'isi' yang sama.

Anda nampak? Apa yang mereka nak sampaikan sebenarnya?

Mereka sedar, bahawa ummat Islam perlu menampilkan Islam dengan sebenar-benarnya. Kadang-kadang, kebenaran Islam itu terhalang oleh orang-orang Islam sendiri. Betul?

Ummat Islam, mereka Islam apa?

Realitinya, kebanyakan ummat Islam pada hari ini, hanya Islam pada nama sahaja ataupun Islam hanya pada kad pengenalan (IC).

Wednesday, February 22

Sa'id bin Amir al-Jumahiy



Gabenor Sai'd.

Pada suatu hari, Amirul Mukminin 'Umar memanggil Sa'id bin Amir al-Jumahiy dan melantik beliau sebagai Gabenor di Hims. Sesudah pelantikannya, 'Umar bertanya kepada Sa'id, "Berapa gaji yang engkau inginkan?"

"Apa yang harus aku perbuat dengan gaji itu, wahai Amirul Mukminin?" kata Sa'id. "Bukankah pendapatanku dari Baitul Mal sudah mencukupi?"

Tidak berapa lama setelah Sa'id memerintah di Hims, sebuah delegasi datang menghadap Khalifah 'Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari penduduk Hims yang ditugaskan Khalifah mengamat-amati urusan pemerintahan di Hims.

Dalam pertemuan dengan delegasi tersebut, Khalifah 'Umar meminta daftar fakir miskin Hims untuk diberikan bantuan. Delegasi mengemukakan daftar yang diminta Khalifah. Di dalam daftar tersebut terdapat beberapa nama, termasuk salah seorang yang bernama Sa'id bin 'Amir al-Jumahiy.

Ketika khalifah meneliti daftar tersebut, beliau lalu bertanya: "Siapa Sa'id bin Amir yang kamu kemukakan namanya ini?"

"Itulah Gabenor kami!" jawab mereka.

"Betulkah gabenor kalian miskin?" tanya khalifah kehairanan.

"Ya, benar, wahai Amirul Mukminin! Demi Allah! Seringkali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda dapur berasap," jawab mereka meyakinkan.

Mendengar kata-kata itu, Khalifah 'Umar menangis, sehingga air matanya meleleh membasahi janggutnya. Kemudian beliau mengambil sebuah uncang berisi wang seribu dinar.

"Kembalilah kalian ke Hims. Sampaikan salamku kepada Gabenor Sa'id bin Amir. Wang ini aku kirimkan untuk beliau guna meringankan urusan rumah tangganya" ucap 'Umar sedih.

Setibanya di Hims, delegasi itu segera menemui Gabenor Sa'id, bagi menyampaikan salam dan wang kiriman Khalifah untuknya. Setelah Gabenor Sa'id melihat uncang berisi wang dinar, uncang itu dijauhkannya dari sisinya seraya mengucap, "inna lilLahi wa inna ilayhi raji'un."

Mendengar ucapannya itu, seolah-olah suatu mara bahaya sedang menimpanya. Isterinya segera menghampiri seraya bertanya, "Apa yang sudah terjadi, wahai Sa'id? Meninggalkah Amirul Mukminin?"

"Bahkan lebih besar daripada itu!" jawab Sa'id sedih. "Apakah tentera Islam kalah berperang?" tanya isterinya lagi.

"Jauh lebih besar dari itu!" jawab Sa'id tetap sedih. "Apa pula gerangan berita yang lebih dahsyat daripada itu?" tanya isterinya tidak sabar.

"Dunia telah datang untuk merosakkan akhiratku. Bencana telah menyusup ke rumah tangga kita," jawab Sa'id tegas.

"Bebaskan dirimu daripadanya!" kata isteri Sa'id memberi semangat, tanpa mengetahui perihal adanya uncang wang yang dikirimkan Khalifah 'Umar untuk kegunaan peribadi suaminya.

"Mahukah engkau menolongku berbuat demikian?" tanya Sa'id.

"Sudah tentu...!" jawab isterinya bersemangat.

Maka Sa'id mengambil uncang wang itu, lalu disuruh isterinya membahagi-bahagikan kepada fakir miskin.


Kunjungan Khalifah 'Umar ke Hims.

Tidak berapa lama kemudian, Khalifah 'Umar berkunjung ke Sham bagi memeriksa perjalanan pemerintahan di sana. Dalam kunjungannya itu, beliau mengambil kesempatan singgah di Hims. Kota Hims pada masa itu dikenali sebagai "Kuwayfah (Kufah kecil)" kerana rakyatnya seringa melapor kepada pemerintah pusat tentang kelemahan-kelemahan Gabenor mereka, sama seperti yang dilakukan penduduk Kufah.

Tatkala Khalifah singgah di sana, rakyat mengalu-alukan kedatangan beliau. Khalifah bertanya kepada rakyat, "Apa pandangan kamu terhadap Gabenor kamu?"

"Ada empat macam kelemahan yang hendak kami laporkan kepada Khalifah," jawab rakyat.

"Kalau begitu, aku akan pertemukan kamu semua dengan Gabenor kamu," jawab Khalifah 'Umar sambil berdoa: "Semoga sangka baik aku selama ini kepada Sa'id bin Amir tidak salah."

Maka tatkala semua pihak iaitu Gabenor dan orang ramai semuanya sudah berada di hadapan Khalifah, beliau bertanya kepada orang ramai, "Apa yang tuan-tuan hendak laporkan tentang Gabenor tuan-tuan?"

Pertanyaan Khalifah dijawab oleh seorang wakil.

Katanya: "Gabenor selalu tiba di pejabat setelah matahari meninggi."

"Apa jawapanmu, wahai Sa'id?" tanya Khalifah.

Gabenor Sa'id terdiam sejenak. Kemudian beliau menerangkan: "Sesungguhnya aku keberatan menjawabnya. Tetapi apa boleh buat, aku tidak mengelak daripada memberi penjelasan. Keluargaku tidak mempunyai pembantu. Setiap pagi aku terpaksa menguli roti terlebih dahulu untuk mereka. Sesudah kerja menguli siap, barulah aku buat roti. Kemudian aku berwudhu'. Sesudah itu barulah aku ke pejabat menguruskan urusan orang ramai."

"Apa lagi laporan tuan-tuan?" tanya Khalifah kepada hadirin.

Kata mereka: "Gabenor kami tidak suka melayani kami pada waktu malam."

"Apa pula jawapanmu, wahai Sa'id?" tanya Khalifah.

"Hal ini juga amat berat bagiku untuk bercerita tentangnya," kata Sa'id. " Aku telah membahagikan waktuku, pada siangnya untuk orang ramai, manakala pada malam hari untuk Allah 'Azza wa Jalla," kata Sa'id.

"Apa lagi?" tanya Khalifah kepada hadirin.

"Gabenor tidak masuk ke pejabat sehari penuh dalam sebulan," adu mereka.

"Apa pula jawapanmu, wahai Sa'id?" tanya Khalifah.

"Tadi sudah aku terangkan. Aku tidak mempunyai pembantu, wahai Amirul Mukminin. Aku tidak mempunya pakaian kecuali yang melekat di badanku ini. Aku mencucinya sebulan sekali. Apabila aku mencucinya, aku terpaksa menunggu sehingga kering terlebih dahulu. Sesudah itu barulah aku dapat keluar berurusan dengan orang ramai," kata Sa'id.

"Ada lagi yang hendak dilaporkan?" tanya Khalifah.

"Sewaktu Gabenor selesai berucap, kebiasaannya beliau segera meninggalkan majlis."

"Kenapa begitu wahai Sa'id?" tanya Khalifah.

"Ketika aku masih musyrik dulu, aku pernah menyaksikan Khubayb bin 'Adiy dihukum mati oleh kaum Quraisy kafir. Aku lihat mereka menyeksa tubuhnya sambil bertanya: "Sukakah engkau jika Muhammad menggantikan tempatmu, kemudian engkau dibebaskan?"

Khubayb menjawab, "Aku tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak, dalam keadaan Muhammad tertusuk duri..."

"Demi Allah...!" kata Sa'id. "Jika aku teringat akan peristiwa itu, aku rasa bersalah kerana tidak dapat membelanya. Aku takut dosaku tidak diampunkan Allah... Peristiwa itu benar-benar menguasai fikiranku!"

"Segala pujian bagi Allah yang tidak mengecewakanku," kata Khalifah 'Umar mengakhiri dialog itu.


Kiriman seribu dinar.

Sekembalinya ke Madinah, Khalifah 'Umar mengirimkan kepada Gabenor Sa'id seribu dinar untuk kegunaannya. Melihat wang sebanyak itu, isterinya berkata kepada Sa'id, "Segala pujian bagi Allah yang mencukupi kita hasil khidmatmu. Aku ingin menggunakan wang ini untuk membeli keperluan rumah dan menggaji seorang pembantu untuk kita."

"Tiada cadangan lain yang lebih baik daripada itu?" tanya Sa'id kepada isterinya.

"Apa cadangannya?" isterinya bertanya balik.

"Kitaa bahagi-bahagikan saja wang ini kepada orang ramai yang memerlukannya. Itu adalah yang lebih baik bagi kita," jawab Sa'id.


Semoga Sa'id bin Amir al-Jumahiy sentiasa beroleh keredhaan Allah. Sesungguhnya beliau lebih mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri, walaupun ia amat memerlukan apa yang ia sumbangkan itu.


Thursday, February 16

Demi MASA-manusia RUGI

"Masa itu umpama pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu."


بسم الله الرحمن الرحيم

Daripada Ibn Abbas ra katanya, Rasulullah SAW bersabda: "2 nikmat yang seringkali dirugikan oleh kebanyakan manusia ialah kesihatan dan masa lapang."

2 nikmat ni (kesihatan dan masa lapang) telah di-'declare' oleh Rasulullah sebagai nikmat yang selalu dirugikan oleh KEBANYAKAN manusia. Nak ke kita masuk dalam kelompok 'KEBANYAKAN manusia' tu? Cuba refleks diri kita, kita ni termasuk dalam golongan yang rugi ni ke?

Kita selalu membazir masa tak? Hmmmmmmm

Dalam Surah Al-Asr, Allah berfirman:

وَالْعَصْرِ.
Demi masa.

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati (supaya mentaati) kebenaran dan nasihat menasihati (supaya menetapi) kesabaran.


Sekali lagi, dalam Quran. Allah cakap manusia ni dalam KERUGIAN. Nak ke kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi? Dalam ayat 3 tu, Allah dah bagi jalan untuk kita KELUAR daripada kelompok KERUGIAN. Macam mana? Dah jelas dalam ayat tu.

4 perkara:-
1) Beriman.
2) Beramal soleh.
3) Berpesan-pesan dengan kebenaran.
4) Berpesan-pesan dengan kesabaran.

Mudah kan? Tetapi ramai yang ENGGAN.

Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan memasuki Syurga kecuali orang yang enggan." Kata mereka (para sahabat): "Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?" Jawab Rasulullah: "Sesiapa yang mentaatiku, ia masuk Syurga dan sesiapa yang menderhakai aku, maka sesungguhnya dialah yang enggan." (Sohih Bukhari)



Sama-sama muhasabah diri sendiri. Sekadar peringatan buat diri sendiri dan orang lain. Moga bermanfaat. :)

p/s: Jom baca ni :) The Concept of Time in the Quran

والله اعلم

Tuesday, February 14

Bahasa Language Lughoh

"Kindness is the language which the deaf can hear and the blind can see."
-Mark Twain-



بسم الله الرحمن الرحيم

Teringin nak kuasai banyak bahasa. Boleh fasih bercakap, boleh fahami makna secara mendalam.

Lagi-lagi bahasa Arab. Boleh faham betul2 Quran dan Hadis.

Lain-lain bahasa pun best jugak bila dapat kuasai kan?
English dan Jepun maybe?

Sultan Muhammad Al-Fateh pun kuasai banyak bahasa.

Time Dr Jumaah Amin beri ceramah khas tempoh minggu yang lepas pun,
dalam muqaddimah ceramahnya mengatakan yang dia teringin
sampaikan ceramahnya dalam bahasa Melayu.

Bahasa ni penting dalam komunikasi.
Dengan menguasai bahasa pun, kita boleh timba pelbagai ilmu juga.

Kata orang, nak cepat fasih, kena selalu 'practice speaking',
tak kisahlah bahasa apa pun.

Jadi, marilah sama-sama kita tekun dalam menguasai bahasa. :)

Saturday, February 11

Dunia akhir zaman



Fasa ke-4. Kiamat sudah dekat! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar2 taqwa! Dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan Islam!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. [Ali Imran, 3: 102]

Thursday, February 9

2 hari je lagi nak hidup

Apa panduan tu?


بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaAllah, post kali ini, aku terasa ingin berkongsi sedikit pengalaman pada hari ini. Sebelum tu, apa panduan yang dimaksudkan didalam gambar diatas? Agak-agaknya apa?

Mafhum Hadis: " Aku tinggalkan 2 perkara yang jika kamu berpegang teguh kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan sunnahku. "

Itulah dia (panduan), Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Jadi straight to the point. Tadi jiran aku menanyakan padaku satu soalan. Soalan yang mungkin nampak ringkas pada sesetengah orang, mungkin terasa berat pada sesetengah yang lain.

Dia bertanya: "Kalau kita ada 2 hari je lagi nak hidup, apa yang kita nak 'beri' pada orang supaya orang lain dapat manfaat, kita pun dapat manfaat?"

Perumpaan juga diberi: "Andai kata doktor kata penyakit kita lagi 2 hari je boleh survive, apa yang kita nak 'beri' pada anak kita?

Aku terkesima seketika. Aku seakan-akan 'speechless' pada waktu itu.

Jadi apa yang jiran aku jawab? "Kita ajar dan kongsikan serta tadabbur surah Al-Fatihah kepada anak kita, yang mana surah Al-Fatihah itu sendiri merupakan ringkasan pada Al-Quran kan? Tekankan Al-Quran dan Sunnah tu sebagai panduan hidup."

Aku bermonolog "betul."

Aku bermonolog lagi "tu kalau 2 hari, kalau lebih singkat daripada tu?"

Kemudian aku sambung, "tu lah lagipun Rasulullah dah cakap 3 perkara/amalan yang tidak terputus setelah kita mati antaranya ialah 'ilmu yang bermanfaat."

Jadi sebenarnya bukanlah kita 'beri' kehendak mereka. Tetapi kita 'beri' keperluan mereka. Mereka PERLUkan ISLAM. Rasulullah pun selalu cakap "اسلم تسلم aslim, taslam." ("Islamlah kamu, nescaya kamu akan selamat sejahtera.")

Setakat tu je kot, moga perkongsian ini bermanfaat. Ambillah ibrah (pengajaran).

وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

"...Dan Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan," [An-Nahl, 16: 44]

والله اعلم

Wednesday, February 8

Speech and Silence




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ
كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, February 7

Yayasan Basmi Kemiskinan

Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada 3 dan 4 Feb lepas, aku dan beberapa orang sahabatku jadi fasi untuk Program Penghayatan Jati Diri. Pada mulanya, informasi yang kami dapat, program ni merupakan program anak yatim.

Pesertanya berjumlah seramai lebih kurang 180 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Terkejut jugak, kebanyakan daripada kami menyangkakan bahawa peserta ialah pelajar sekolah rendah hehe.

Selain jadi fasi, kami juga ditugaskan untuk menjadi 'muwajih' slot. jadi setelah 2 hari bertungkus lumus sebelum program, menyiapkan apa yang patut.

Pada 3 Feb, lepas Asar kami diminta untuk berkumpul di tangga besar UIA. Aku gerak ke tangga besar UIA dengan Amin (he's driving). Sampai sana jumpa 'Ammar dan Nabil tengah duduk2.

Tak lama kemudian Anas dan Hariz (Atok) datang. Time ni tak cakap banyak sangat dengan Hariz, hehe warm up pun macam tak lagi, Anas ada lah jugak borak2.

Van dijangka sampai lepas Asar sepatutnya. Namun, disebabkan traffic jam dan pada waktu tersebut hujan, van ditakdirkan untuk sampai lambat. Dekat2 maghrib tu baru van sampai. Dekat2 maghrib tu jugak, Falah baru sampai haha.

Kami pun bertolak daripada tangga besar UIA tu menuju ke destinasi (Asrama Kasih YBK, Kg Seri Serendah). Dalam van baru lah dapat berborak sikit-sikit dengan Hariz. Peramah sebenarnya Atok ni.

Dalam van jugak, Falah terlena, mungkin penat bekerja kot, almaklumlah lepas kerja je, terus kena gerak tangga besar UIA.

Perjalanan mengambil masa agak lama kerana traffic jam. Sampai disana, kami solat berjemaah dan makan malam.

Kami dilayan baik oleh Ketua Pengawas Asrama iaitu Shafiq. Apa yang kami kagum, tahap kebersihan disana memang 5 star la! Sangat super-duper bersih!

Time makan malam Atok banyak cakap, hehe rupa-rupanya Atok ni orang yang kelakar.

Waktu makan malam, memang tak selera langsung, mungkin sebab nervous sangat? Time tu memang aku ambil nasi sangat sedikit, tapi sangat2 susah untuk dihabiskan.

Lepas makan malam, tibalah masa yang 'ditunggu-tunggu'. Masa untuk slot pertama. Slot Hakikat Perjalanan Hidup Manusia. Slot perkongsian ini disampaikan oleh first-timer Isyraf.

Tujuan hidup manusia ditekankan dalam perkongsian ini. Alhamdulillah, moga apa yang aku kongsikan dapat dimanfaatkan oleh semua :)

Selepas selesai, peserta dibahagikan kumpulan mengikut nombor untuk 7 orang fasi. Tiba masa bersama kumpulan! :D Memang seronok bertaaruf dengan mereka. No fon mereka pun dah ambil.

Kumpulan 6 :)

Rupa-rupanya, mereka semua ada macam2 background, ada yang datang dari keluarga miskin, ada yang datang dari keluarga yang bercerai, dan ada juga anak yatim. Sekolah tu pun memang ketat kemasukannya, antara syarat nak masuk situ, pelajar mestilah memenuhi kriteria background tersebut.

Selesai sesi taaruf semua, peserta putera puteri (kat sana memang guna istilah 'putera' dan 'puteri') dilepaskan untuk tidur.

Kemudian para fasi adakan meeting sekejap untuk Kak Rokiah briefing aktiviti pada esok hari (4 Feb). Anas masih setia dengan DSLR-nya.

Jadi sebenarnya, mereka bukan terus tidur pun, tetapi ada yang mandi dulu, ada yang basuh baju dulu, ada yang sempat lagi main dota. Kami pun buat keputusan untuk bersama dengan adik-adik pagi-pagi buta tu. Bermu'ayashah dengan mereka.

-------------------------------------------Tidur-----------------------------------------------

Kami bangun lebih kurang dekat2 pukul 5. Bila keluar dari bilik, tengok2 putera semua dah siap berpakaian bersih, dah siap mandi dah pun. Memang banyak yang kami belajar daripada peserta.

Jadi kami terus ke surau untuk qiyam. Qiyam diimamkan oleh akhi Hariz. Alhamdulillah, kami berkesempatan untuk mendidik putera puteri untuk qiyam.

Qiyam, solat subuh.

Then ada games. Ada 3 games yang kami jalankan. Dalam tiga-tiga games tu, putera kumpulan aku, Kamil menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang mantap! Aku kagum tengok dia.

Lepas tu, sesi bersama kumpulan, fasi2 berkongsi ilmu dan tahsin bacaan solat, cara ambil wudhu', cara solat dan apa-apa yang berkaitan. Kemudian kami solat dhuha.

Kemudian sampai slot 2 iaitu Jejak Sang Junjungan (Rasulullah) yang disampaikan oleh akhi Nabil dan akhi Hariz.

Aspek kecintaan kepada Rasulullah dan pengorbanan Rasulullah ditekankan. Berkaca mata ni dibuatnya.

Setelah itu rehat, pada waktu rehat itu, aku bermu'ayashah dengan 3 orang putera tingkatan 1. Aku taaruf dan tanya macam2 pada mereka, mereka pun berbuat yang sama pada aku.

Salah seorang daripada mereka, Omar menyatakan isi hatinya. "Saya tak suka sekolah dekat sini, saya pun memang tak suka belajar, saya tak suka duduk asrama." Aku tersenyum :), dan berbual lebih panjang dengannya.

Selesai rehat, sebelum pergi ke slot 3 iaitu Zero to Hero. Mereka menyanyikan lagu tema terlebih dahulu, iaitu HambaMU (lagu Imam Muda). Putera puteri ni minat sangat nak nyanyi lagu tu, hehe takyah suruh pun automatik dah nyanyi.

Slot Zero to Hero disampaikan oleh akhi 'Ammar. Aspek positif dan perubahan kearah positif ditekankan. Jom jadi orang yang BARU :)

Makan tengahari dan solat zohor.

LDK pada petang itu. Putera puteri ditugaskan untuk membuat persembahan. "Apa yang kami dapat daripada program ini?". Jadi masing-masing pun berbincang dalam kumpulan bersama fasi masing2.

Persembahan-persembahan mereka majoritinya berbentuk macam 'presentation' biasa. Apa yang menarik adalah persembahan yang berbentuk lakonan. Alhamdulillah, moga apa yang mereka faham itu, mereka amalkan.

Selepas persembahan sesi fotografi untuk PUTERA! (jurugambarnya Anas)

Minum petang dan solat Asar.

Majlis penutup, fasi memilih Ahmad (salah seorang daripada putera) untuk menjadi MC, Ahmad ni memang special orangnya. Ahmad juga seorang yang sangat kelakar dan peramah hehe.

Ucapan pengetua sekolah, ucapan ketua fasi. Ketua fasi tidak bercakap panjang, hanya menyampaikan 3 perkara. Terima kasih, mohon maaf, nasihat terakhir.

Acara penyampaian hadiah kepada kumpulan putera dan puteri terbaik. Akhirnya sesi bersalaman dan berpelukan. Macam-macam jenis pesanan aku bagi pada lain-lain orang.

Bila sampai turn Omar, aku pesan belajar rajin2, kena redha sekolah dekat sini, ada sebab dan hikmahnya :)

Juga aku doakan supaya Kamil menjadi pemimpin Islam yang hebat pada suatu hari nanti.

Sebelum balik, sempat lagi adik-adik putera mintak nombor telefon aku.

Kami balik dengan menaiki van yang sama. Dalam van, bertukar-tukar cerita dan pendapat. Paling banyak 'cakap' Hariz dan Falah. kehkeh. Sampai masjid UIA dekat-dekat pukul 8. Terus tunaikan maghrib berjemaah.

Aku pulang dengan Amin. Rumah dekat la katakan, home sweet home.

Fuh! Sudah rindu semua! rindu suasana di sana! rindu nak bermu'ayashah dengan mereka! rindu nak berkongsi dengan mereka! rindu nak Qiyam sama2!

Aku berhasrat nak jumpa mereka lagi. InsyaAllah.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [Al-Hujurat, 49: 13]

Kenapa hafaz Quran?




Abang Amir : Boleh abang tanya satu soalan tak dekat adik-adik?

Semua : ...

Abang Amir : Kenapa adik-adik hafaz Quran? Apa first niat yang adik setting sebelum awal2 hafaz Quran dulu.

Iqbal : Erm, kejap fikir dulu.

Abang Amir : Baru nak fikir? So awal2 dulu takde setting niat ke?

Firdaus : Sebab mak ayah suruh.

Idris : Untuk berdakwah.

Johan : ...

Abang Amir : Ni pun sama?

Harun : Nanti boleh jadi ustaz.

Abang Amir : Ok, so masing-masing ada niat masing2, jadi apa sebenarnya tujuan kita nak hafaz Quran ni? 'Hafaz' ni maksudnya apa?

Irsyad : Maksudnya 'jaga'

Abang Amir : Ulang balik Iman.

Iman : Hmm...tak tau la.

Abang Amir : Irsyad cuba ulang balik apa kamu jawab tadi.

Irsyad : 'Jaga'

Abang Amir : Semua dengar kan apa Irsyad cakap tadi? So hafaz Quran ni sebenarnya kita menjaga Quran. Kita akan berusaha untuk menghafal dan mengingat Quran serta mengamalkannya. Apabila kita tahu tujuan kita, kita akan serius dalam menghafaz Quran. Jadi sebenarnya kita menghafaz Quran tak lain tak bukan untuk menjadikan Quran sebagai pedoman dan panduan hidup kita. Kita hafaz Quran untuk jaga diri kita, keluarga kita, kawan-kawan kita, dan orang-orang di sekeliling kita.

Firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." [At-Tahrim, 66: 6]

Wallahua'lam.

Azam tahun baru


Alhamdulillah, azam pertama tahun baru telah aku tunaikan dengan izin Allah. Syukur syukur syukur. =')

Jadi lepas ni kena istiqamah untuk realisasikan azam kedua =')

Payah sebenarnya nak realisasikan azam pertama tu. Banyak cabaran dan dugaan.

Pertempuran dengan nafsu juga tak terkecuali. Mujahadah linafsih.

InsyaAllah, doakan diri ini terus istiqamah dan thabat.

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ

p/s: hanya post pendek :)

Sunday, February 5

Ya Rasulullah


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Thursday, February 2

MATI itu PASTI



“Hendaklah kamu semua memperbanyakkan mengingati penghapus kelazatan, yakni mati.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ
"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya." [Al-A'raf, 7: 34]


كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati." [Ali Imran, 3: 185]


أَيْنَمَا تَكُونُواْ يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ
"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh." [An-Nisaa', 4: 78]


قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ
"Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,..."" [Al-Jumu'ah, 62: 8]

Wednesday, February 1

Mengejar Matlamat



Objective-oriented?

Hari ini, aku disedarkan 'kembali', tentang pentingnya niat dan matlamat. Pentingnya kefahaman dalam sesuatu perkara.

Selalu kena tanya pada diri, kenapa kita buat ini? kenapa kita buat itu? kenapa kita buat begini? kenapa kita buat begitu? Apa tujuan kita berbuat sedemikian?

Soalan-soalan seperti ini sepatutnya telah kita tanya pada diri sendiri dan telah kita jawab dengan 'kefahaman yang benar'.

Matlamat kita pun kena jelas! Jangan kita buat sesuatu perkara kerana 'ikut-ikut orang'.

Mungkin post kali ini lebih general, kerana aku mungkin tidak akan menceritakan 'kisah' tersebut.

Yang paling penting. Jelas, sudah terang lagi bersuluh. Matlamat hidup kita!

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku." [Az-Zariyat, 51: 56]

Wallahua'lam.

Monday, January 30

10 muwassofat


Peribadi Muslim.

Salimul 'Aqidah
Sohihul 'Ibadah
Matinul Khuluq
Muthaqqaful Fikr
Qowiyyul Jismi
Qodirun alal Kasbi
Mujahadah linafsih
Haarithun ala waktih
Munazzom fi syu.unih
Nafiun lighairih

Saturday, January 21

Cuti oh cuti

"QURAN will be your paint and your brush will be IMAN."

Daripada Ibn Abbas ra katanya, Rasulullah SAW bersabda: '2 nikmat yang seringkali dirugikan oleh kebanyakan manusia ialah kesihatan dan masa lapang.'


Dah lebih sebulan selepas SPM, pada mulanya, cuti aku 'diisi' dengan banyak habiskan masa duduk rumah.

Tapi, selain daripada duduk rumah, aku juga beraktiviti dengan sahabat-sahabat OneSe7en :)

Alhamdulillah, aku ada join kelas Quran. Kelas-kelas ini sangat-sangat membantu aku, walaupun aku baru sikit je belajar, syukur. Disana juga aku mengenali orang-orang yang hebat, yang betul-betul menekankan Quran dan Sunnah.

Kagum melihat mereka, ada budak seawal 9 tahun dah hafal Quran, dah boleh terjemah Quran. Moga mereka terus istiqamah, dan dapat sebarkan ilmu didada.

Rupanya banyak lagi yang aku kena muhasabah. Setiap daripada muridnya juga dilatih untuk memberi tazkirah, wah! hanya dengan satu tajuk, macam-macam dalil Quran dan Hadis mereka lampirkan sebagai hujah. Seterusnya mereka hurai.

Orang-orang disana juga sangat peramah, kesemuanya! Disitu jugak aku 'reunion' dengan sahabat lama. Namanya Ilyas, aku berkenalan dengannya pada tahun lepas, pada masa tu sekolah Adni buat lawatan ke Al-Amin. Pengawas mereka bertukar-tukar maklumat dan fikiran dengan pengawas Al-Amin.

Aku juga senang hati ke sana, dapat berjumpa dengan sahabat yang tak pernah lentur senyuman di wajahnya :) iaitu Aswan.

Moga Allah redha. Astaghfirullah.

*maaf, kadang-kadang aku rasa ayat di blog ini seakan 'skema', tapi memang patut pun, aku tak mahu Bahasa Melayu aku rosak (amboi).* :D

Saturday, January 14

Jom bertaubat



"Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." [Az-Zalzalah: 7-8]

*Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.*

Sesetengah orang mengambil sesuatu perkara dengan remeh temeh, mengambilnya dengan sambil lewa. Contohnya, bila orang tegur, "jangan mencarut", "alaaaa mencarut je pun.". Sedangkan dia tidak sedar yang dia sedang melakukan dosa, walaupun sebesar zarah,, tetap dikira. Astaghfirullah.

Jadi ambillah sesuatu perkara itu secara serius dan tunaikannya sebaik mungkin, korbankan tenaga secara optimum.

Teringat khutbah jumaat tahun lepas, 14 Oktober 2011. Pengajaran primanya: Tinggalkan perkara HARAM terus! Jangan tunggu serta berkata "nanti la." Jangan merungut dengan berkata "KALAUlah benda ni TAK haram."

Semalam tazkirah jumaat dekat masjid, ustaz cakap: "Sekiranya seseorang itu sedar dirinya ada dosa dan berbuat dosa, tetapi tidak koreksi diri dan bertaubat memohon ampun daripada Allah, telah dapat dosa olehnya."

“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

"...Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung." [An-Nur: 31]

Jadi mari bertaubat, sesungguhnya Allah itu Maha menerima taubat.

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Wednesday, January 11

Rindu tahfiz

Assalamualaikum. Dulu, masa sekolah (2007-2011). Aku join tahfiz (Al-Amin Tahfiz Cente, ATACE). Pada mulanya, aku masuk group Ust Hafiz. Ust ni memang garang, salah sikit kena. Then dia pindah. Masuk pula group Ust Abdul Rahman. Ust ni sempoi je. Sampai kadang-kadang aku malas nak tasmi'.

Kemudian tibalah pada suatu tarikh. Tak silap aku, 31 Mei 2007. Aku dimasukkan ke dalam group Ust Jumadi. Alhamdulillah, aku ingat lagi, time tu aku tasmi' dengan Ust, muka surat kedua Surah Nuh. :)

Ustaz Jumadi :)


Pada masa itu, ahli kumpulan tahfiz Ust Jumadi terdiri daripada Muaz, Haziq, Nadim, aku, Nawi, dan Suhail. Suhail masuk tahfiz lambat sikit, akhir tahun.

Kumpulan aku juga dianugerahkan sebagai kumpulan tahfiz terbaik 2007 hehe. Macam-macam ragam yang ada dalam kumpulan kami. Macam-macam denda juga yang kami dah lalui, hehe.

Kumpulan Tahfiz Terbaik 2007


Mengisi masa lapang bersama Quran


Yang berbaju biru dan kuning itu ialah adik-adik aku yang dalam percubaan tahfiz.


Sedang tasmi' dengan ustaz. Saat-saat tasmi' 2 maqra'


Azhari dan Adli :)


Pada akhir 2008 -Terima sijil MAIWP-


Kamil dan Ameer sedang tasmi' dengan Ust Jumadi

Muaz dan Haziq (sekarang dah kurus :D)

Nawi, aku dan Nadim.

2009. Tengah tu Ust Muhyiddin. Dia ganti Ust Jumadi buat sementara waktu.


Pada 28 Jun 2010. Seorang hafiz telah lahir daripada kumpulan kami. Iaitu Muhammad Mu'az bin Omar. Alhamdulillah.


28 Jun 2010.

Badminton :) Kami juga ada aktiviti riadhah.

Tiada dalam gambar (Nawi dan Ameer)

Nego target hafazan.


ATACE juga telah menganjurkan Kem Kembara Quran pada tahun 2010. Temanya "Quran first, the rest follows." Waktu kem ini jugalah aku kehilangan jam kesayanganku. :)






Jamuan pada akhir tahun 2010





LinkHafiz kedua dari kumpulan kami, Muhd Haziq bin Razali :)


27 April 2011, merupakan hari terakhir kami ber-tahfiz dengan Ust Jumadi. Detik-detik terakhir bersama Ustaz dalam ATACE.



Jamuan terakhir kumpulan kami :D


Ust Jumadi dan keluarga. :)

Perjuangan kami masih belum tamat!

I miss all the moments we've been through together.

Semoga semuanya istiqamah dengan Quran :)