Friday, May 11

Bisnes yang paling untung!

بسم الله الرحمن الرحيم


Teringin nak jadi penghuni Syurga tak? Mestilah teringin kan? Siapa yang taknak masuk Syurga kan?

Kalau tanya semua orang, confirm mereka semua ingin ke Syurga. Semua orang inginkan balasan yang baik.

Kalau tanya semua orang, confirm mereka semua tak ingin ke Neraka. Semua orang tak ingin balasan yang buruk.

Namun, keinginan sahaja tidak cukup wahai saudara saudari. Ada sesuatu yang kita perlu lakukan.


Urus niaga: Untung = Syurga

Bayangkan kita nak jual Nasi Lemak. Tapi modal, orang lain yang sponsor. Nak beli ikan bilis, telur, timun, kacang, nasi, cili, bawang dan sebagainya. Semuanya orang lain yang sponsor.

Dan

Selepas kita siap membuat + membungkus nasi lemak, dan sudah sedia untuk menjualnya. Orang yang sama (yang sponsor modal tadi), dia yang akan beli semua nasi lemak kita.

Dan

Untung yang kita dapat daripada penjualan nasi lemak tu, kita yang simpan.

Pergh, seronoknya, bila berniaga kita tak keluar satu sen pun! Dah lah modal orang lain yang sediakan, tambah pula, dia yang akan beli daripada kita dan untungnya kita yang akan dapat.

Kita hanya perlu berusaha menghasilkan produknya sahaja.

إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." [At-Taubah, 9: 111]

Wah, urus niaga dengan Allah. Semuanya Allah sediakan.

Modal Allah dah sediakan, Allah bekalkan tubuh badan, masa, akal, tenaga, harta, ilmu, bakat, dan macam-macam lagi.

Dan

Allah mahu membeli diri (jiwa) dan harta kita. Dan balasannya adalah Syurga! Ya! Syurga!

Allah mahu kita serahkan jiwa kita kepada Allah sepenuhnya. Semuanya untuk Allah. Allah mahu kita gunakan harta kita di jalan Allah.


Firman Allah SWT dalam Surah As-Saff:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?" [As-Saff, 61: 10]

Lihat, Allah offer pada kita suatu perniaagaan. Allah offer nak buat bisnes dengan kita. Bisnes yang paling menguntungkan. Bisnes yang dapat menyelamatkan kita dari azab yang pedih?

Jadi apa tugas kita untuk berjaya dalam bisnes ini?

تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

"(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." [As-Saff, 61: 11]


Ya, sekali lagi Allah tekankan jiwa dan harta kita. Berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kita.

Apabila kita dah berjaya melakukan tugas ini. InsyaAllah kita berjaya dalam bisnes ini. Apa kita punya untung?

يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

"Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam Jannah (Syurga) yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam Jannah 'Adn. Itulah keuntungan yang besar." [As-Saff, 61: 12]


Bila dah berjaya dalam bisnes dengan Allah ni, kita akan diampunkan dosa oleh Allah, kita akan dimasukkan ke dalam Syurga Allah. Bukankah itu keuntungan yang paling besar? Lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Persoalannya: Sanggupkah kita berkorban jiwa raga dan harta semata-mata untuk Allah? Sejauh mana kesanggupan kita? Tepuk dada tanya iman.

Astaghfirullah.

Penutup: Berusahalah mendapatkan keuntungan!

Berusahalah mendapatkan 'keuntungan yang besar'! Al-Quran dan Sunnah. Allah dan Rasul dah tunjuk bagaimana caranya.

Ayuh korbankan jiwa raga dan harta kita berjihad di jalan Allah!

Bukankah kita diciptakan adalah sebagai hamba kepada Allah? Juga sebagai khalifah di muka bumi ini?

Ada macam-macam cara kita boleh berkhidmat sebagai khalifah juga hamba Allah.

Jadi, carilah, kenallah potensi diri kita. Agar kita dapat mengeksploitasikannya di jalan Allah.

"Dunia adalah daerah untuk beramal, kehidupan selepas kematian adalah daerah menuai balasan sama ada NIKMAT atau AZAB"

والله اعلم

No comments: