Tuesday, June 26

Jumpa lagi Haziq

بسم الله الرحمن الرحيم



Pada 20 Jun yang lepas, sahabat saya Haziq, telah pun berlepas ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya.

Alhamdulillah, kami masih lagi contact dengan kemudahan teknologi terkini, kami dapat berhubung dengan pantas walaupun jarak terlalu jauh. Kemudahan whatsapp tidak saya sia-siakan. Saya cuba manfaatkannya sebaik mungkin.

Saya mula kenal dia masa tingkatan 1, jadi classmate dia dari tingkatan 1 sampailah ke tingkatan 5. Entah macam mana kami tiba-tiba rapat (Suhail, Nadim sekali) Pernah juga tubuhkan group lukisan bernama BBA yang diketuai oleh Fitri.

Kalau ada apa-apa tugasan mesti group dengan Haziq, tidak kiralah experiment, kerja kursus, presentation, dan sebagainya.

Besties daripada form 1 sampai sekarang :)

Haziq juga bersama-sama dengan saya berjuang dalam medan hafazan Al-Quran. Sekarang beliau dah jadi Hafiz (jaga elok2 Quran :D) Disamping Muaz, Haziq adalah 'Ace' dalam tahfiz (ATACE).

Haziq boleh dijadikan contoh teladan yang baik. Seorang anak yang soleh, menghormati guru, fokus dan tidak menangguhkan kerja, mendahulukan yang utama, suka membantu. Haziq selalu membantu saya dalam memahami pelajaran-pelajaran di sekolah. Haziq juga seorang yang sentiasa menegur saya. Yup, seringkali menegur saya dan cuba memperbaiki apa yang perlu dan patut diperbaiki. Beliau selalu *headshot* saya dengan teguran beliau.

Beberapa hari sebelum penerbangan Haziq, Haziq ditimpa musibah yang amat besar. Sekali lagi, dia menjadi qudwah/contoh kepada saya. Menjadi orang yang kuat dan tabah serta sabar bukanlah kerja mudah.

Dah dekat seminggu sejak penerbangan beliau. Walaupun masih boleh berwhatsapp, mustahil untuk berjumpa dengannya. Hanya mampu mengirimkan doa dan berhubung melalui alam maya.

Apa pun, bittaufiq wannajah akhi. Jumpa lagi insyaAllah. Letakkan diri dalam tarbiyah. Jadilah muslim yang bermanfaat untuk Islam. Apa jua yang terjadi, sentiasalah kembali kepada Allah. Ana selalu pesan benda ni dekat diri ana sendiri.

p/s: Doakan senior saya, Atifah Fakhriyah yang sedang critical, beliau jatuh dari tempat tinggi semasa program sehingga mengalami kecederaan di tengkuk dan bahagian lumbar, sekarang sedang dirawat di Ampang Putri

No comments: