بسم الله الرحمن الرحيم
Apa khabar iman? Moga-moga semuanya mantap-mantap belaka insyaAllah. Jika tidak mantap, sediakanlah masa kamu untuk mengecas iman-iman kamu dengan merenung isi Al-Quran, menuntut ilmu dan mendengar tazkirah.
Bak kata Muaz ibn Jabbal ra,
“ Marilah kita duduk untuk beriman sebentar”Marilah sama-sama kita beristighfar sebentar. Mungkin saat-saat, masa-masa kita pada sebelum ini penuh dengan kelalaian dan jauh daripada ketaatan kepada Allah SWT.
Alhamdulillah, kita masih lagi diberi nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Mari kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT.
InsyaAllah di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf atas semua salah silap saya samada sedar atau tidak sedar.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih, jazakumullahu khairan kathira kepada semua sahabat-sahabat. Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan yang banyak. Terima kasih atas segalanya!
Terima kasih kepada sahabat-sahabat di Al-Amin. OneSeven terutamanya, senior-senior, junior-junior.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat di Semat Quran.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat LKD.
Kalau boleh nak tulis nama sorang-sorang (tadi dah tulis, tapi padam balik sebab nanti panjang sangat pulak post ni, hehe)
Terima kasih atas teguran, bimbingan, dorongan, sokongan, pengajaran, pengalaman, memori, suka, duka, pahit manis, masam masin, asam garam, terima kasih atas segalanya!
Dan terima kasih kepada semua sahabat yang mengenali saya. Doakan kebaikan saya di dunia dan akhirat. Moga kecintaaan saya kepada kalian berpaksikan iman dan taqwa kepada Allah SWT.
Uhibbukumfillah!
Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik ra pembantu Rasulullah SAW katanya: Berkata Rasulullah SAW: "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana kasihnya terhadap diri sendiri." [Riwayat Bukhari dan Muslim]Untuk OneSeven, selamat berjuang dalam bidang masing-masing. Belajar bagus-bagus. Jaga diri masing-masing. Jaga iman masing-masing. Jaga ibadah. Jaga akhlak. Cari redha ibu bapa. Jangan tinggalkan Al-Quran. Jadilah orang yang bermanfaat untuk Islam! Jadilah orang yang bermanfaat untuk ummah!
Moga Allah redha.
والله اعلم
4 comments:
semoga Allah permudahkan urusan antum n_n
ameen ya Rabb
mcm dh tak nk dtg al amin dah.. he
semestinya nak datang al-amin
Post a Comment