Saturday, June 9

Kursus KPP

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, hari ni baru sahaja selesai Kursus KPP. Ada sesuatu yang membuatkan saya tergerak hati untuk menyampaikannya di sini.

Saya tertarik dengan pesanan penceramah kursus KPP tadi, beliau merupakan seorang bekas tentera, sudah ada lesen selama 50 tahun.

Apa yang membuatkan saya kagum pada beliau, adalah pada awal sesi ceramahnya, beliau menekankan sesuatu yang amat penting yang mesti dimiliki oleh setiap pemandu.

Ya perkara pertama sekali yang beliau sebut adalah BERDOA PADA ALLAH. Nampak macam simple, tapi sebab pandang simple la kita ada chances besar untuk abaikan berdoa pada Allah.

Di samping berusaha mematuhi peraturan jalan raya, berusaha memandu secara berhemah. Namun jangan kita sesekali lupa untuk MEMINTA PADA ALLAH.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
"Hanya kepada Engkau kami mengabdikan diri dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan." [Al-Fatihah, 1: 5]

والله اعلم

No comments: