Saturday, March 10

Asyik-asyik Insya Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Ali: "Badri, boleh tak kau belikan aku ikan keli dekat pasar esok?"

Badri: "Insya Allah aku belikan."

Ali: "Boleh ke tak?"

Badri: "Insya Allah"

Ali: "Aku tanya boleh ke tak, 'confirm' tak?"

Badri: "Insya Allah, dengan izin Allah, sekiranya Allah menghendaki."

Perasan tak? Watak Ali diatas seolah-olah tidak yakin dengan jawapan Badri. Ali mahukan pengesahan kepastian tetapi tidak yakin dengan jawapan "Insya Allah." daripada Badri.

Inilah mentaliti sebahagian ummat zaman sekarang. Perlu diingat bahawa kita boleh berusaha untuk merealisasikan sesuatu perkara, tetapi yang menjadikan dan mengizinkan perkara tersebut terjadi adalah Allah SWT.


Allah SWT menegur Rasulullah SAW.

Menurut riwayat (rujuk Quran terjemahan), ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang roh, kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua) dan kisah Zulkarnain.

Nabi menjawab "datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan kepadamu." Baginda tidak mengucapkan Insya Allah (jika Allah menghendaki).

Rupanya, sampai keesokan harinya, wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi tak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat 23-24 surah Al-Kahfi, sebagai pelajaran kepada Nabi. (juga pengajaran buat kita.)

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَداً . إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَن يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَداً


"Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini esok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini"." [Al-Kahfi, 18: 23-24]
Allah mengingatkan pula bilamana Nabi lupa menyebut "Insya Allah", haruslah segera menyebutkannya kemudian.


Allah sebaik-baik perancang.

Kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itulah yang sebaiknya. Allah jua yang menentukan segala sesuatu, Allah jua yang berkuasa menetapkan segala sesuatu.

Kadang-kala, apa yang kita rancang berjalan lancar, tiada sebarang masalah yang terjadi. Pada waktu lain pula, Allah menggagalkan rancangan kita dengan datangnya pelbagai halangan apabila kita hendak melaksanakan rancangan kita kerana Allah ada sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Mungkin sesuatu perkara itu, kita suka, padahal perkara tersebut buruk untuk kita. Mungkin sesuatu perkara itu, kita benci, padahal perkara tersebut lebih baik untuk kita.

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah, 2: 216]
Apa yang pasti, setiap perkara itu ada hikmahnya.


Penutup: Yakinlah dengan perancangan Allah.

Bila hendak melakukan sesuatu, katakanlah "Insya Allah."

Yakinlah dengan perancangan Allah. Syukurilah dengan nikmat yang sedia ada.

Ingatlah bahawa kita hanyalah makhluk yang hanya mampu berusaha merealisasikan sesuatu dan tidak berkuasa menghendakinya terjadi.

Apabila perkara yang kita ingini tidak terjadi, redhalah dengan takdir Allah dan tingkatkanlah usaha.

Allah jua sebaik-sebaik perancang.

5 comments:

AswanMati Pasti said...

Alhamdulillah.. u made it isyraf... :)

Bulan Syurga Firdausi said...

alhamdulillah...Allahuakbar trma kasih ats pkgsian..lps ni lbih ht2 nk gune insyaAllah...yup btl, Allah perancang teragung!

Wardatul Syauqah said...

assalamualaikum..syukran ats ayt AQ saudara bg :)
anyway..osem ur blog coz ada cerita & penerangan..so,apapun teruskan perjuangan..insyaAllah.. :D

Wan Zulkarnain said...

keadaan sekarang memang dah terbalik. kadang-kadang, kita niat insyaallah tu sebagai benda yang berlawanan.. contohnya:

Abu: hang jadi dak pi stadium merdeka
Ali: insyallah (xpi)..

kadang-kadang insyaallah ni pun boleh jadi dua maksud.. jadi, kita kena hati-hati dan jangan senang2 nak gunakannya..

Isyraf Imrani said...

Moga bermanfaat :)