Saturday, December 31

Mengejar Sempurna

Alam kaku bagai diwarnakan
Putih hitam kelabu
Hingga tiba terbitnya mentari
Yang dihias pelangi
Melengkapi sebuah perjalanan
Kau dan aku bersamanya, seiringan

(chorus)
Berlari ke impian
Terbang ke puncak awan
Andai jatuh tersimpuh
Lantas kau hulur tangan
Bersama kita bangun
Teruskan kehidupan

Mengejarkan sempurna
Hingga capai angkasa
Namun kan hilang makna
Andainya kau tiada
Walau derasnya masa
Segalanya takkan berubah

(bridge)
Zahirnya ketetapan
Pasti akan ada pasang, pasti akan ada surutnya
Kala kita teruji, disitulah letak nya erti
Erti sebuah kesetiaan

(chorus)

*hayati liriknya* :)

kadang-kadang terkena dengan situasi sendiri.

Nak dengar lagu ni klik [Disini]

Wednesday, December 28

Xplorace OneSe7en

Oh, aku sudah rindukan program ini. Ini merupakan program sekolah yang terakhir buat OneSe7en.

Macam2 pengalaman yang aku dapat.
Macam2 perkara yang aku lihat.
Macam2 persoalan yang aku dapat.
Macam2 juga memori yang aku pahat.

Di akhir program ini, phone aku hilang, terharu, semua lambat gara-gara aku.

Ini videonya. Video xplorace. Sila sila.

Teaser



Teaser 2



Video dari AJK



p/s: Aku dah ada nombor baru. Jadi nombor phone lama usah di-sms atau di-call lagi ya. Siapa yang nak, boleh PM di Facebook.

*akan di-edit dari masa ke semasa*
*last edited 29/12/2011

Wednesday, December 14

Al-Amin ucap selamat tinggal?


'Al-Amin'. Perkataan itu sendiri membawa seribu satu kenangan dan makna. Alam persekolahan, ramai yang kata alam persekolahan ialah alam yang paling bermakna dan 'best' dalam hidup seseorang. InsyaAllah, pada pendapat aku pula, alam Al-Amin lah yang paling best :)

Kalau ikut kiraan 'Daisypath', aku sudah berada di Al-Amin selama 8 tahun 11 bulan 1 minggu 3 hari. Sejak tahun 2003 hingga lah semalam. Kini aku sudah pun bergelar alumni (?) Oh memang sudah ada yang panggil aku alumni Al-Amin pagi tadi.

Semalam sempat menghabiskan masa seharian bersama rakan-rakan, study PQS sama-sama buat kali terakhir mungkin. Terasa seperti tidak mahu meninggalkan saat itu.

Jadi, SPM pun sudah melabuhkan tirainya. Pertempuran selama sebulan menggunakan mata pena sudah berakhir. Tidak lama lagi program terakhir untuk OneSe7en di Al-Amin iaitu Xplorace.

Al-Amin mengucapkan selamat tinggal? Oh tidak, Al-Amin sebenarnya sentiasa mengalukan kedatangan kami, sentiasa memerlukan kekuatan dan pengorbanan tenaga dari kami untuk meneruskan proses tarbiyah di Al-Amin.

Jadi mungkin belum sampai masanya lagi untuk aku tinggalkan Al-Amin? Mungkin sudah?

Apa pun, kepada warga OneSe7en, tahniah kerana telah berjaya menempuh sebulan SPM. Selamat bereksplorasi kawan-kawan!

AKU PASTI AKAN RINDUKAN AL-AMIN.

Wallahua'alam.

Friday, December 9

Kehebatan basmalah




Pernah suatu ketika, aku membuat kerja-kerja membersih, mencuci, dan mengemas rumah. Lantas setelah siap separuh jalan, aku mengalami keletihan yang amat kerana sudah lebih separuh hari aku tidak makan.

Aku terus pergi ke ruang dapur untuk mencari makanan. Apa yang ada cuma sedikit roti coklat. Tanpa berfikir panjang, aku terus mengambil roti tersebut dan terus mencari tempat duduk untuk makan. Setelah duduk. Aku mengambil roti itu perlahan-lahan.

Sebelum dimasukkan ke dalam mulut, aku mendahului dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim", pada masa yang sama, hati aku turut berdoa :

"Ya Allah, Engkau kenyangkanlah aku dengan makanan yang sedikit ini, Engkau berilah aku tenaga yang cukup untuk menyiapkan kerja-kerja rumah ini, sesungguhnya aku ingin membuat ibu bapaku gembira."

Aku kunyah perlahan-lahan makanan tersebut. Kemudian aku minum secawan air kosong. Setelah selesai, aku menyebut alhamdulillah. Ajaibnya, beberapa saat selepas itu, aku rasa sungguh bertenaga, seolah-olah aku baru sahaja makan besar.

Dengan tenaga yang kembali pulih, aku sambung untuk menyiapkan baki-baki kerja rumah yang ada.

*Kadang-kadang kita lupa untuk memulakan sesuatu dengan nama Allah, dengan basmalah kan?*

*Selalukah anda memulakan pekerjaan anda dengan basmalah dan diakhiri dengan alhamdulillah?*

Moga ambil iktibar. Moga beringat. Wallahua'lam.

Thursday, December 8

Bukan rezeki aku

cantik pemandangan dia :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku dikejutkan dengan suatu berita.

Berita yang aku sendiri hampir tak sanggup terima.

Berita berkenaan Darul Quran.


SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA DAN TAWARAN MASUK
PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL QURAN JAKIM-UIAM SESI 2012


MAAF,
Nama : --------------------------------------------
No. Kad Pengenalan : --------------

Anda gagal dalam proses temuduga kemasukan ke Darul Quran JAKIM
bagi PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL QURAN JAKIM-UIAM SESI 2012.


Every cloud has a silver lining. :)

Aku tahu aturan Allah itu yang terbaik untukku. Tak boleh rasa kecewa. Wajib redha dengan qada' dan qadar ini. :)

Semoga ada sesuatu yang lebih baik menantiku. InsyaAllah, itu bukan penghalang untuk aku laksanakan cita-citaku.

Cita-cita untuk menjadi Hamlatul Quran.

Mungkin juga ini sebagai salah satu ujian Allah kepada hambaNya ini.

Aku perlu mengambilnya secara positif.

Alhamdulillah, orang-orang di samping aku sentiasa beri semangat padaku terutamanya ibu bapaku :)

Doakan aku. Doakan aku. Doakan aku. Moga aku istiqomah. Moga aku thabat.

Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan aturan-Mu, walaupun timbul rasa sedih jauh di lubuk hatiku. T.T

:) :) :)

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ


Wallahu'alam.

Wednesday, December 7

Ceritera SPM - Pertolongan Allah


Assalamu'alaikum.

Bismillah.

Lama dah tak menulis. InsyaAllah dalam post ini ingin aku ceritakan sedikit kisah
yang berlaku ketika SPM.


Bahasa Arab Tinggi
Paper pada pada hari ini. Malam semalam aku menginap di rumah akhi Muaz
untuk 'study duo' dengan dia, hehe.

Latihan demi latihan kami lalui. Terasa amat nikmat belajar Arab.
Latihan kertas 1 tu memantapkan lagi kemahiran kami.

Muaz tengok jadual SPM, rupa-rupanya hari ni kertas 2 dulu.
Jadi kami pun mengorak langkah membuat anjakan paradigma,
menghafal hikam-hikam yang terpilih. Membaca sedikit isi-isi
karangan yang ramai spot.

Akhirnya, tadi alhamdulillah. Banyak Allah mudahkan. Lepas habis kertas 2,
check2, memang jawapan banyak lebih kurang dengan Muaz.
Soalan hikam pun memang masuk apa yang kami hafal :D

Semasa menjawab kertas 1. Aku memang dah sedia maklum kelemahan
aku dekat soalan 'sinonim-antonim'. Tetapi, soalan SPM kali ini
amat mudah sebenarnya.

Walaubagaimanapun, aku tiba-tiba blank. Perkataan mudah seperti
'usrah' aku tak ingat kata sinonimnya. Perkataan mudah
seperti 'maftuhah' aku tak ingat antonimnya.

Memang betul2 blank, aku pejam mata, istighfar dan selawat banyak2.
Alhamdulillah, beberapa minit kemudian, Allah ilhamkan
kepadaku perkataan yang dimahukan.

Walaupun aku tak tahu apa maksud perkataan yang diilhamkan kepadaku,
aku terus menulis tanpa ragu2.

Akhirnya, bila dah habis. Rakan-rakan kata memang itulah jawapan
yang betul. Lihat, pertolongan Allah itu ada walaupun
dalam sekecil-kecil perkara :)


Usaha + Doa + Tawakkal.

SPM hampir di penghujungnya. Pantas masa berlalu. [Al-Asr: 1-3]

--------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah. Minggu depan PQS. Paper terakhir batch SPM 2011. Batch OneSe7en.
Doakan kami.

13 Disember merupakan tarikh terakhir kami bergelar 'pelajar sekolah'.
Kali terakhir memakai baju sekolah. Rasa sebak pulak
dah nak tinggalkan alam persekolahan.

Akhirulkalam, buang yang keruh ambil yang jernih. Wallahua'lam.

last edited on 9/12/2011