Thursday, April 19

Jumpa lagi Amin

بسم الله الرحمن الرحيم

Uhibbukafillah jiddan jidda!

Pagi semalam, jam 9, seorang daripada kami (OneSeven) telah pergi. Pergi ke Australia untuk melanjutkan pelajaran.

Sehari sebelum, apabila kami dapat tahu flight Amin pukul berapa, kami mengambil inisiatif untuk menghantar Amin. Terdapat 2 kereta dalam rombongan ini. Kereta Izzat dan Nawi.

Sebelum Subuh kami telah memulakan perjalanan kami ke KLIA. Begitu juga dengan Amin dan ayahnya. Tiba di sana kami menunaikan Subuh berjemaah.

Amin. Macam baru je kenal dengan dia. Masa sangat pantas berlalu.

Seorang yang sangat cool. Seorang yang sangat unik. Seorang yang pemurah dan tidak berkira. Seorang yang mesra. (Kalau boleh semua benda nak tulis, tapi cukuplah, takmau panjang sangat, hehe)

Aku pun tak sedar sejak bila kami rapat. Amin, sejak bila kita rapat ek? hehe. Sejak form 1?

Tahun lepas, pada bulan 7 secara rasminya aku jadi jiran dia (rasanya tak sampai 40 buah rumah kan?)

Mungkin sejak itu, kita lebih akrab dari dulu bukan?

Banyak kenangan kami bersama. Iftar bersama, basketball bersama, chess bersama, study bersama, dan banyak lagi aktiviti bersama.

Amin is one of my bestfriends. Kadang-kadang menjadi tempat luahan aku, tempat aku bercerita dan berkongsi.

Pagi semalam, masa nak hantar dia, boleh rasa yang semua orang tengah sebak. Walaupun zahirnya semua melemparkan senyuman.

Nak nangis. Lagi-lagi masa peluk dia, "ana sayang anta Isyraf." "Ana pun sayang anta Amin." Lagi-lagi masa baca doa rabithah, air mata nak keluar, tapi aku tahan dan cuba menembak senyuman.

Detik-detik terakhir sebelum Amin fly.

Ucapan dia sehari sebelum fly.
"Kalau ana jatuh, jadi teruk ke, jauh dari Islam ke, bantulah ana. Tarik ana kembali."
InsyaAllah Min, kami sedia menghulurkan tangan untuk bangunkan anta.

Amin, jaga diri dekat sana. Amin, manfaatkan ya hadiah yang ana beri tu :) InsyaAllah ana sentiasa doakan kebaikan anta Amin. :) Rindu betul pada anta.

Minta maaf, asif jiddan ala kulli hal.
Jazakallahu khair atas segalanya.

Jadilah penggerak dakwah di sana ya. :)
"Bertaqwalah kamu dimana sahaja kamu berada."
Jumpa lagi Amin. Ingat ana dalam doa anta ya Min :)
Rajin-rajinlah kita ber-skype nanti ek, hehe

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni'mat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
[Ali Imran, 3: 103]

Uhibbukafillah jiddan jidda!

والله اعلم

8 comments:

Suhail Shirajuddin said...

:')

mz said...

moga terus thabat walau di mana ye Amin.

Walaupun ana sempat dalam 3 minggu bersama anta.. ade benda unik ana byk belajar dari anta yg tiada di tempat lain

uhibuka fillah Amin

-muaz

Amin said...

Terima kasih isyraf ! moga berjumpa lg =( ..hehe kte rapat sejak f2 yg kte gurau2 ngn afnan hehe..rindu gurau2 ngn nta ..

suhail : muaz faris tk sabar nk men dota ngn nta tu xD

Muaz : Haha blaja jmpe kembar 4 kat BC lah tu haha !

Isyraf Imrani said...

Tu lah, rindu kat anta.

Bintu Qist said...

entry yang sgt touching... smoga Allah redha....

Wardatul Syauqah said...

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Isyraf Imrani said...

syukran

Inspector Saahab said...

wah. menarik :')
bittaufik wannajah bg yg fly :)