Tuesday, March 27

Saturday, March 10

Asyik-asyik Insya Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Ali: "Badri, boleh tak kau belikan aku ikan keli dekat pasar esok?"

Badri: "Insya Allah aku belikan."

Ali: "Boleh ke tak?"

Badri: "Insya Allah"

Ali: "Aku tanya boleh ke tak, 'confirm' tak?"

Badri: "Insya Allah, dengan izin Allah, sekiranya Allah menghendaki."

Perasan tak? Watak Ali diatas seolah-olah tidak yakin dengan jawapan Badri. Ali mahukan pengesahan kepastian tetapi tidak yakin dengan jawapan "Insya Allah." daripada Badri.

Inilah mentaliti sebahagian ummat zaman sekarang. Perlu diingat bahawa kita boleh berusaha untuk merealisasikan sesuatu perkara, tetapi yang menjadikan dan mengizinkan perkara tersebut terjadi adalah Allah SWT.

Tuesday, March 6

Kadang-kadang, kita cepat hilang sabar.

بسم الله الرحمن الرحيم

"Hadapi musibah dengan tenang dan sabar."


"Eh, tak payah lah pujuk aku suruh sabar."

"Diam ahh, kau tak rasa apa yang aku rasa!!!"

"Kau takkan faham keadaan aku, walaupun kau cuba."

"Elleh kau, cakap senang la 'sabar-sabar', nak buatnya susah."

Mungkin ini antara ungkapan-ungkapan yang sering terucap bila orang menasihati kita supaya bersabar pabila ditimpa ujian.

Manusia seringkali melenting, pantang betul bila ditegur, dinasihati.

Kadang-kadang, kita cepat hilang sabar apabila ditimpa ujian.

Mulalah menyalahkan takdir, menyalahkan orang lain. Mulalah mengeluh, itu tak kena, ini tak kena.

Kenapa tak sabar tempuh segala masalah, rintangan dan ujian hidup? Bukankah Allah dan Rasul dah ajar kita bagaimana menempuh segala kesusahan?

Saturday, March 3

Ubati hati, perbaiki diri.

بسم الله الرحمن الرحيم



Muallaf: "Saya masuk Islam bukan kerana umat Islam, melainkan kerana kebenaran Islam. Seandainya umat Islam mampu menampilkan Islam dengan sebenar-benarnya, nescaya mereka akan berbondong-bondong masuk Islam."

"Kebenaran Islam terhalang oleh orang-orang- orang Islam sendiri."

"Alhamdulillah, aku mengenal Islam sebelum aku mengenal Arab."

Cuba perhatikan kata-kata di atas. 3 kenyataan di atas sebenarnya mempunyai 'isi' yang sama.

Anda nampak? Apa yang mereka nak sampaikan sebenarnya?

Mereka sedar, bahawa ummat Islam perlu menampilkan Islam dengan sebenar-benarnya. Kadang-kadang, kebenaran Islam itu terhalang oleh orang-orang Islam sendiri. Betul?

Ummat Islam, mereka Islam apa?

Realitinya, kebanyakan ummat Islam pada hari ini, hanya Islam pada nama sahaja ataupun Islam hanya pada kad pengenalan (IC).