Saturday, December 5

TAZKIRAH- terutama utk kaum Muslimah..dan juga peringatan bagi Muslim

sanggup hilang 'dara' hanya nak membuktikan cinta kepada bf??? [baca sampai habis]


Assalamualaikum, InsyaAllah, post kali ini, adalah tazkirah buat kita semua terutamanya kaum Muslimah, dan tidak lupa juga buat Muslim.


"Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang mukmin"

"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "Saya tak boleh hidup tanpa awak!"..."Saya sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Saya sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..


Itulah antara kata-kata yang indah yang selalu diungkapkan oleh wanita kepada teman lelaki mereka. Seolah-olah teman mereka yang menciptakan dan meniupkan roh ke dalam jiwa mereka. Kata-kata ini boleh menyebabkan menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.

Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas ianya berkalimah syahadah mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.

Siang malam menghabiskan duit hampir RM 100 sehari hanya nak 'topup' handphone untuk bermesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej2 mereka. Bayangkan kalau mereka menggunakan duit tersebut untuk di jalan Allah. Print artikel Islam. Pastu potostat banyak2. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang mereka dapat?.

Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang best. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?. Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebigini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapa mereka yang telah membela mereka berbelas tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana Ibumu betapa seksanya selama 9 bulan mengandungkanmu, membawamu ke sana sini. Ayahmu pula tak henti2 keluar ke sana sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tidak ada rasa malukah kamu?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye.

"Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari wanita lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum luaslah teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa pakaian. Ada yang beraksi telanjang. Ada yang beraksi kat taman-taman. Ada yang beraksi kat depan masjid!. Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone untuk buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tidak berguna. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak. Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan dah halau. Ingatkan nak pergi cari Allah. Pergi masuk masjid ambik wudhuk pi sembah Allah. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam anak tu!. Dia cuba sumbat dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek2 anjing!. Celakalah kau perempuan!. Dahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last2. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala2nya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang pastinya akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH2NYA!!!...SAKIT!.

Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kerana kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!. (ARTIKEL NI KHAS OLEH SAYA, ISYRAF UNTUK WANITA.)

Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati2lah.

"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan." (Fathir, 37)


Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut yang Allah tidak menerimu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Wanita!. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kau syirik kepada Allah, kemudian kamu bertaubat!. Nescaya Allah menerima mu!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.

Bukti cinta Allah kepadamu!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."



dipetik dan diubahsuai drpd : muawiyah90.blogspot.com
sumber: muawiyah90.blogspot.com

Sekian, saya hanya ingin memberi peringatan kepada semua dan juga diri saya yang berdosa ini, InsyaAllah kita sama-sama mengambil pengajaran daripada post ni, harap maaf sekiranya ada salah dan silap, yang baik itu drpd Allah, yg lemah itu..kesilapan saya sendiri wasalam.

Yang Ikhlas,
Ahmad Isyraf Imrani bin Mohd Zakil Hussin

37 comments:

Suhail Shirajuddin said...

perghh...aku punye la igt ko yg tulis article ni....last2 tgk bawah skali pekataan "dipetik"...lagi la...haha..nway...bende ni mmg nice kalo nk jadikan tatapan sbagai langkah berwaspade....


p/S*perghhh...1st time aku kua ayat tu hahahaha..xD

Isyraf Imrani said...

[Xellos] - itu x patut dijadikan isu, yang penting kita amik pengajaran =)
thanx komen

Suhail Shirajuddin said...

pekejadah ko ngarut?=_=...ape yg jadi isu nye..perghh2..

Isyraf Imrani said...

[Xellos] - tak kisah la, yg pntg ko phm ape aku nk gtau kt post nie

b said...

" Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye. "

p/s : haha , best ayat atas tuhh .

btw , great post :D

Nawi Zharif said...

laa. aku ingt original by kau..
rupe2nyer ciplak

Isyraf Imrani said...

[b] - haha..cian dia kan..haha, thx coz reading :D hope dpt kasi pengajaran

[nawizharif] - ko sama jer cm sushi..bek xyah komen..bkn ori atau ciplak yg perlu ko tgk, tpi "ISI" post tu yg perlu ko renung..pikir2kan la

Aiman Isk. said...

ahahha kesian isyRAPH kena kutuk artikel pirate tapi biarla, renungan utk kita semua.
ada cket2 edit ada humor, baguslah. :)

Isyraf Imrani said...

[Ace 94] - haha x kisah pon..cuma dorg cm nmpk benda tu jer...org post utk peringatan kan..:D..yup kena amik pengajaran

Muhammad Mu'az said...

hurm, agak btolla. xrs ke menyemakkan hidup? haha,

btw, nice post walaupon di-ciplak kan,

sekurg2nya nta berjaya menyampaikan!

keep it up ;)

Afiq Hakimi said...

Laaa....ingat nta nye...takpe2...asalkan isi bagus...boleh la...

Muslimah...ambil iktibar...
Muslim...jangan buat gini...

Isyraf Imrani said...

[mu'az omar] - haha ape yg menyemakkan hidup?? yup..thanks

Isyraf Imrani said...

[i.am.a.khalifah] - haha xpayah la ckp cmtu..terasa doww org duk ckp2 hehe :D..btol2..muslimah amik iktibar..and muslim pon amik la iktibar jugak! :D

Anonymous said...

walaupun artikelnya PIRATE tapi sangat-sangat bagus we ;)

Isyraf Imrani said...

[Anak Encik Zakaria] - haha thanks2.. harap dpt amik pengajaran.

ijalceritera said...

(ARTIKEL NI KHAS OLEH SAYA, ISYRAF UNTUK WANITA.)
----> Apakah ini?
adakah anda menidakkan hak kami?
anda tidak berlaku adil terhadap kaum adam !!
Mengapa kami ditindas ??!
Adakah salah bagi kami mengambil selembar pengajaran untuk kami ulit jadi kain kehidupan?

seronok juga baca tulisan muawiyah. tak gitu? =)

Isyraf Imrani said...

[Izz-Al-Din] - haha bukan begitu saudaraku, yup seronok2..artikel dia sumer best2

khalidah alhusna kamilen said...

alhamdulillah,
akhirnya dpt pun input masa cuti ni.

takpe2, ini usaha yg bagus.
teruskann..

wanita2, tolonglah pkir..
nabi Muhd saw dah martabatkan kita kaum hawa,
jangaanlah kita rendahkan balik..
maruah kita ni akan dipandang org..

lelaki2, tolonglah ingat..
jgn pergunakan kaum wanita.pimpinlah kami ke jalan Allah..jgnlah suka ambil ksmptn..

okay, lupe.ni post ntaa,,hehe

Isyraf Imrani said...

[khalidah alhusna kamilen] - haha btol2..input cmni la yg kita perlukan..utk mknn roh..kan2? btol tak? if im wrong correct me

Haha dgr tu nasihat khalidah..haha
nway thanx coz komen..sila dtg lagi n ana harap nti dpt ambil pengajaran drpd post nie..dan amalkan

de said...

ishraf, serious best. walaupun aku bodoh tapi boleh la, aku faham sikit dan yg lebih penting, pengajaran :)

Isyraf Imrani said...

[de] - haha best ke?? haha ko x bodoh pon..ko pndi jer kan :D..btol2 yg penting tu pengajaran kan :) and haha sajer je ek tuka ejaan nama aku,.haha *isyraf*

Aheed Razlan said...

salamz... best artikel.. cuma perkataan "Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear."..
ayat pergh memang x leh bla.. tapi tulah hakikatnya realiti masa skrang.. so, kita sebagai daie.. nilah peranan kita dalam amar ma'ruf nahi munkar...

Isyraf Imrani said...

[Kaikyou Hase] - wasalamz, dan selamat dtg ke blog ana..true mmg best artikel nie, haha pergghh nk gak tulis ek ayat tuh,,yup btol2 amar makruf nahi munkar tu kena ada :D..and thanx coz ziarah

khalidah alhusna kamilen said...

welcome.
xde hal laa..

hem,
inshaAllah byk dad dpt pgjrn ni..
yeah, betullah ini mknn roh utk kita semuaa,.,

Anonymous said...

salam..great article..kata2 yang ''ditulis'' oleh anta memang smart dan gempak dowh..tapikan senanya ape yg anta ubahsuai?boldkan tulisan dgn tulis (ARTIKEL NI KHAS OLEH SAYA, ISYRAF UNTUK WANITA.)tu je kan.. jangan marah ehhh..ni komen je.. selamat membuat artikel yang ORIGINAL..k

suhail said...

hahaha...ni ke ko suroh bace???? aku dah biasa bace dah artikel camni...benda macam nie dah biase dah..kat paper banyak je...

suhail said...

kdg2 slh wanita jugak pakaiannya terdedah...nafsu lelaki pun naikla..

lelaki pulak suka pergunakan wanita..
dah dapat, lps tu wanita tu mengandung, biar je wanita tu membawa diri...x de rase tanggungjawab...

Isyraf Imrani said...

[khalidah alhusna kamilen] - yup2 :D

[Anonymous] - haha tau2 jer kan nta, btol2..tu jer ana ubahsuai :D hehe okey2 InsyaAllah kalo ada rezeki..ana akan wat ORIGINAL punya and thanx komen *PEACE*

Isyraf Imrani said...

[suhail] - hahaha suhail2 ish3, aku tau ko lagi tinggi "ILMU" drpd aku hehe, yeah btol kata kamu itu

xfloze said...

huuhh...

tu la manusia (t'utama wanita =_=), snang trpedaya dgn ksenagan y smentara, "ksenangan" y ditiupkan dari syaitan..

ske sgt jadikan alasan "byk sgt dosa", sbgi pnghalang utk kmbali ke pngkal jln..

sdgkan Allah pernah berfirman dlm surah al-maidah ayt 9:

"Allah telah berjanji kpd org2 y beriman dan beramal soleh, bahawa mereka akn mendapat KEMAAFAN dan ganjaran yang besar.."

jd, sedar2 lah whai kaum hawa..

p/s; huhu,, sorry2.. tlebih geraamm...

Isyraf Imrani said...

[xfloze] - waaahh..bagus2 ada bakat :D

Nuna said...

nice post!!!!
ske2!!! bnyak pngajaran!!
jom renung2kan

Isyraf Imrani said...

[Nurina Syazana] - hahaha yup, thanx komen

Ana Muslimat said...

Salamunalaik wbt..
Alhamdulillah.. bkesempatan utk bc dr awal smp hbs. nice entry n sgt3 bkesan. smg mjadi pgajaran bt pbaca len n diri ini. insyaAllah!

Isyraf Imrani said...

[Ratu Syahadah] - InsyaAllah and welcome to my blog~~

AnisAmira said...

Salam, first time drop by at yr blog.

Greaaatt post ! enjoyed it :) banyak2 lah lagi bagi tazkirah mcm ni. see, ramai baca and respond. and banyak benefit dapat. tak kesah la kalau pirate ke apa ke.

and btw the part that Baitil mentioned was indeed funny.

Isyraf Imrani said...

[AnisAmira] - Wasalam, thx ziarah, sila lah datang lagi :), InsyaAllah,
lebih banyak tazkirah akan ditulis di blog yang tidak seberapa ini :D