بسم الله الرحمن الرحيم
Acano nak jadi baik ni? Aku mahu berubah!
Ada orang sikapnya baik apabila di hadapan ibu bapa. Ada orang berakhlak mulia apabila berada di depan cikgu. Ada orang buat baik di depan kawan-kawannya. Manusia pelbagai ragam. Namun, orang-orang ini, pada masa lainnya, tidak pula bersikap baik kerana orang-orang tersebut (ibu bapa, cikgu, kawan etc) tidak hadir di hadapan mereka.
Macam mana nak jadi baik sepanjang masa? Tanpa kehadiran orang-orang tersebut? Daripada hadis Rasulullah SAW, ketika mana Jibril datang kepada Rasulullah bertanyakan tentang apa itu "Ihsan."
Rasulullah SAW menjawab mafhumnya:
"Ihsan adalah beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat Allah, jika engkau tidak melihatnya, sesungguhnya Dia melihat engkau."Inilah dia tips untuk jadi baik sepanjang masa, sentiasalah ingatkan diri sendiri bahawa Allah melihat kita sepanjang masa, dimana-mana sahaja. Jadilah baik kerana Allah.
Moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa 'ihsan'. Berubahlah!
إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." [Ar-Ra'd, 13: 11]
Ya, hanya kita yang mampu ubah diri kita. Nak berubah, kena ada usaha. Nak berubah perlu ada 'force'. Kalau tak selama-lamanya kita akan 'static'.
p/s: Ramadhan dah dekat, apa persiapan kita dalam menghadapi Ramadhan?
p/s: Ramadhan dah dekat, apa persiapan kita dalam menghadapi Ramadhan?
1 comment:
nawaitu da ade bagus tu Allah mesti bantu :)
Post a Comment