Friday, June 15

Pesanan guru-guru Al-Amin

بسم الله الرحمن الرحيم

Murabbi-murabbi pendidik ummah!



Alhamdulillah, semalam sempat ke Al-Amin untuk bertemu dengan guru-guru tercinta. Lebih kurang jam 10.15 pagi dah bertolak ke Al-Amin. Sampai Al-Amin, terus menuju ke destinasi yang hendak dituju yakni bilik guru. Ditahan oleh junior-junior kesayangan sebelum sampai ke destinasi, kami pun borak la kejap dengan junior.

Selesai, terus ke bilik guru. Awal-awal memang segan nak masuk bilik guru entah kenapa. Bila dah masuk, kami pun berjumpa hampir kesemua guru yang ada (pada masa itu) dalam bilik guru tersebut. Mereka gembira dan berbangga anak-anak murid mereka dapat melanjutkan pelajaran ke IPT.

Dalam lebih kurang 2 jam berada dalam bilik guru, bertukar-tukar cerita dengan guru-guru, ada beberapa pesanan yang diberikan untuk kami.

Pertamanya, mereka berpesan supaya sentiasa berada dalam lingkungan tarbiyyah. Teringat saya akan penyampaian seorang ikhwah, katanya apabila kita berada dalam tarbiyyah, secara tidak langsung kita akan bersama dengan orang-orang yang soleh. Kita tidak akan keseorangan dan bersendirian. Orang yang bersendirian ini senang 'dibaham' oleh syaitan.
"Sesungguhnya bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sepertimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka jauhilah kamu dari berpecah-belah dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang ramai dan masjid." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Keduanya, mereka berpesan supaya berkawan dengan orang-orang yang soleh. Pilih kawan yang baik. Saya teringat hadis Rasulullah SAW tentang kawan. Apabila kita berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya kita akan terkena juga bau-bauan yang wangi. Namun, apabila kita berkawan dengan tukang besi, nescaya bau-bau busuk dan percikan api akan terkena pada kita. Sangat cantik analogi yang diberikan oleh Rasulullah SAW.

Ketiga, mereka juga berpesan supaya berakhlak dengan akhlak Islam seperti mana akhlak Rasulullah SAW. Menjadi teladan yang baik kepada orang ramai juga adalah sebahagian daripada dakwah. Dakwah bil hal. Tunjukkan bahawa Al-Amin telah melahirkan produk-produk yang hebat melalui tarbiyyah Islam.
"Orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya."
MasyaAllah, pesanan mereka amat-amatlah bermanfaat. InsyaAllah kami akan pegang dan beramal dengan pesanan cikgu-cikgu, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah.

Tak sempat jumpa dengan kesemua guru semalam. Moga Allah sentiasa redha dan memberkati mereka. Moga Allah sentiasa menetapkan hati-hati mereka atas jalan ini.

Saya sangat rindu pada mereka.

Doakan kami!


والله اعلم

2 comments:

Anonymous said...

kenangan yg terindah buat saya, kamu (Isyraf) dan rakan2 seperjuangan.

Terima Kasih atas peringatan yg membina iman kami =)

-Luqman Hakime-

p/s : eh, robot..
macam pernah dgr, tp di mana
ya?
=_="

Isyraf Imrani said...

Robot?