Friday, July 20

20 hari sudah. 1 hari lagi.

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, dah 20 hari sebagai mahasiswa INTEC. Kehidupan di sini amat banyak mengajar diri saya. Yup, saya pandang kehidupan saya sebagai tarbiyah daripada Allah SWT. Kehidupan di sini, banyak mengajar saya untuk meningkatkan istiqamah, mujahadah, menjadi qudwah.

Kadang-kala badan terasa amat letih, tak boleh keep up dengan momentum. Inilah padahnya apabila cuti SPM lama sangat wakaka. Bila badan sangat letih, mujahadah kena tambah dan tambah dan tambah lagi.

Jadual saya sekarang amat-amatlah pack lagi-lagi weekdays. Pernah juga bertanya kepada senior "Hidup kat intec ni memang memenatkan (badan) ek?" senior pun menjawab " Baru 3 minggu dekat intec.".

Time management, haarithun ala waqtih, pengurusan masa, sangat-sangat PENTING!

By the way, saya kagum dengan Pusat Islam INTEC (baca: surau) & surau Cendana. Boleh kata sentiasa ramai orang yang memenuhkan surau. Pada pemerhatian saya, mungkin waktu Maghrib paling ramai orang. Zohor, Asar, dan Isyak jumlahnya hampir sama dengan Maghrib. Subuh pula, masih belum cukup ramai lagi.

Malam ni dah Ramadhan.



Moga dengan kedatangan Ramadhan, saya, anda, dan mereka boleh jadi better productive muslim. Saya dah letak goal/target Ramadhan kali ini. Anda bagaimana?



Dari Anas bin Malik r.a berkata: “Nabi SAW apabila tiba bulan Rejab baginda akan berdoa: “ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. (HR. Ahmad dan Tabrani)
1 more days, are you ready? Will you win the RACE?

This Ramadhan, the race is on.

I'm going to WIN!

1 comment:

Inspector Saahab said...

keep up the momenta :)