Wednesday, April 27

Khas buat Beliau

"Insan pendidik generasi Qurani."


Bismillah.

Assalamualaikum.

Hari ini aku melalui hari persekolahan seperti hari-hari lain, habis sekolah pukul 3.30 petang, aku pergi ke kantin dan terus ke surau untuk mesyuarat.

Sedang bermesyuarat... "tok tok tok" Haziq dan Suhail mengetuk pintu bilik gerakan pengawas "Ustaz Jumadi panggil sekarang." Aku dan Mu'az keluar dari bilik gerakan dan terus menuju ke arah Ustaz Jumadi. Kemudian solat Asar.

Selepas Asar. Haziq murajaah sebentar dengan Ust. Habis. Ust. Jumadi pun panggil kami, kami pun rapat-rapat bulat-bulat dekat Ust.

Ustaz pun mulakan ucapan beliau dengan meminta maaf, tup tup, ustaz mintak izin pergi ke tandas. Ustaz kembali.

"Ustaz selalu marah-marah, tak simpan dekat hati, tapi ustaz marah-marah untuk pengajaran, untuk membuang sifat-sifat negatif yang dirajai syaitan."

"Kalau antum dah keluar nanti, dunia kat luar itu jauh berbeza berbanding dengan dunia dekat sekolah."

"Nanti bila semua dah ada career masing-masing, tetapi 'career sebagai Hafiz' itulah yang akan dibawa ke akhirat nanti."

"Jangan putus asa, Allah sayang dengan orang yang tidak berputus asa. Jangan tinggalkan Al-Quran, walau sesibuk mana kita sekalipun. Jagalah hubungan kita dengan Allah."

Itulah antara pesanan Ustaz Jumadi. Selepas ucapan Ustaz, tiba giliran kami pula yang berucap, dimulai dengan Mu'az, aku, Suhail, Haziq dan Nawi.

Time tu MUTIARA dah mula keluar. Ustaz, kami minta maaf atas segala kesilapan dan kesalahan, segala kerenah kami, kedegilan kami. Kami minta maaf. Terima kasih ustaz. Ustaz lah guru, ustaz lah sahabat, ustaz lah ayah, ustaz lah abang, dan yang paling penting, ustaz lah murobbi kami. Kalau ustaz tak push kami, kami tak jadi macam yang telah kami jadi sekarang.

Sebenarnya masa tu, kami semua speechless, semuanya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Muka kami dibasahi MUTIARA yang semakin banyak turun. T.T

Aku terkenang segala memori yang diukir bersama kumpulan tahfiz dan Ustaz Jumadi.

Selepas itu ada sedikit majlis dan juga jamuan ringan. Selepas jamuan kami bergambar bersama Ustaz Jumadi, guru kesayangan kami.

Ustaz ckp dekat aku : "Dah, jangan nangis2 dah." :)

Bukan senang nak jumpa dengan orang yang sentiasa menitikberatkan Al-Quran.

Semoga usaha Ustaz selama ini dan akan datang diberkati dan diredhai Allah. Bittaufiq wannajah dalam kerjaya ustaz selepas ini InsyaAllah. Doakan kejayaan kami ustaz.

Akhirul kalam, kami sayangkan ustaz.

p/s : (semua kuat nangis, hehe)

Wassalam.

4 comments:

Fitri Masaan said...

Amboi, jamuan tak ajak.

Ahmad Isyraf Imrani said...

hehe kena masuk tahfiz dulu :-P

mu'az omar said...

tulah. cakap orang lagi selalu touching. hahaha. isyraf isyraf. fari and square la kan. tunggu mpt5 nanti laaaak. hehe. okay la. kat sekolah nii. tunggu post dari ana lak ek ;p

Ahmad Isyraf Imrani said...

fair* and square la, haha typo, mpt5 confirm takde yg nangis, haha (konon) haaa, dah mmg btol org tu kuat touching, :-P

sempat lagi bukak kat skolah enn, k ana tunggu.