Thursday, December 17

Result PMR

Salam,

Keputusan PMR diumumkan 24 Disember

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 akan diumumkan pada 24 Disember ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada hari berkenaan.

“Manakala calon persendirian akan mendapat keputusan masing-masing menerusi pos.

“Seramai 475,182 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini,”katanya. –Bernama


KUALA LUMPUR: The results of the 2009 Penilaian Menengah Rendah (PMR) examination will be announced on Dec 24, Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom said on Thursday.

Students can obtain the results from their schools from 10am on that day while private candidates will receive theirs by mail, he said in a statement.

A total of 475,182 candidates sat for the examination. -- Bernama




Doakan kami (OneSe7en) mendapat keputusan yg terbaik dan cemerlang

Thursday, December 10

Reunion SRIAAG




INVITATION LETTER
Semua Ex-Sriaag 2001-2006 DIJEMPUT hadir ke REUNION.
All the details as given below :

Tarikh; 19th December 2009
Tempat; Restaurant Nelayan, Tasik Titiwangsa
Masa; 12.00tgh - 4.00ptg
Bayaran; RM 25 setiap orang
Pakaian; Casual dan bebas as long as menutup aurat (please take note)

Any problems or questions related to this events please contact;
Sebarang Masalah berkaitan dengan acara ini, sila hubungi;
Boys; Amir Luqman / Muaz Omar / Isyraf Imrani / Aiman Iskandar
Girls; Aliah Hasyudeen / Azillah Azhar / Asyiqin Zakaria / Fatmah Nabilah

*Please comfirms your attendance to any of those peoples before 14th december
*Sila sahkan kehadiran anda kepada org2 yg berkenaan sblm 14 Disember 2009

*Please make payment through ;
*Sila buat bayaran melalui ;

Maybank Saving Account Number : 162209913973
Nombor Akaun Simpanan Maybank : 162209913973

OR
Atau

By hand to any of those people
Serahkan terus kepada orang yang berkenaan

*Please keep the deposit slip as evidence of payment
*Tolong simpan slip deposit sebagai bukti pembayaran


Your cooperation is greatly appreciated, Thank You :)
Kerjasama anda amatlah dihargai, Terima Kasih

Note: Payment perlu dibayar lebih awal
: Siapa rasa dia yang berkenaan sila forward. (Jimat kredit weh) ;D

Saturday, December 5

TAZKIRAH- terutama utk kaum Muslimah..dan juga peringatan bagi Muslim

sanggup hilang 'dara' hanya nak membuktikan cinta kepada bf??? [baca sampai habis]


Assalamualaikum, InsyaAllah, post kali ini, adalah tazkirah buat kita semua terutamanya kaum Muslimah, dan tidak lupa juga buat Muslim.


"Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang mukmin"

"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "Saya tak boleh hidup tanpa awak!"..."Saya sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Saya sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..


Itulah antara kata-kata yang indah yang selalu diungkapkan oleh wanita kepada teman lelaki mereka. Seolah-olah teman mereka yang menciptakan dan meniupkan roh ke dalam jiwa mereka. Kata-kata ini boleh menyebabkan menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.

Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas ianya berkalimah syahadah mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.

Siang malam menghabiskan duit hampir RM 100 sehari hanya nak 'topup' handphone untuk bermesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej2 mereka. Bayangkan kalau mereka menggunakan duit tersebut untuk di jalan Allah. Print artikel Islam. Pastu potostat banyak2. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang mereka dapat?.

Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang best. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?. Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebigini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapa mereka yang telah membela mereka berbelas tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana Ibumu betapa seksanya selama 9 bulan mengandungkanmu, membawamu ke sana sini. Ayahmu pula tak henti2 keluar ke sana sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tidak ada rasa malukah kamu?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye.

"Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari wanita lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum luaslah teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa pakaian. Ada yang beraksi telanjang. Ada yang beraksi kat taman-taman. Ada yang beraksi kat depan masjid!. Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone untuk buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tidak berguna. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak. Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan dah halau. Ingatkan nak pergi cari Allah. Pergi masuk masjid ambik wudhuk pi sembah Allah. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam anak tu!. Dia cuba sumbat dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek2 anjing!. Celakalah kau perempuan!. Dahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last2. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala2nya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang pastinya akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH2NYA!!!...SAKIT!.

Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kerana kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!. (ARTIKEL NI KHAS OLEH SAYA, ISYRAF UNTUK WANITA.)

Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati2lah.

"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan." (Fathir, 37)


Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut yang Allah tidak menerimu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Wanita!. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kau syirik kepada Allah, kemudian kamu bertaubat!. Nescaya Allah menerima mu!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.

Bukti cinta Allah kepadamu!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."



dipetik dan diubahsuai drpd : muawiyah90.blogspot.com
sumber: muawiyah90.blogspot.com

Sekian, saya hanya ingin memberi peringatan kepada semua dan juga diri saya yang berdosa ini, InsyaAllah kita sama-sama mengambil pengajaran daripada post ni, harap maaf sekiranya ada salah dan silap, yang baik itu drpd Allah, yg lemah itu..kesilapan saya sendiri wasalam.

Yang Ikhlas,
Ahmad Isyraf Imrani bin Mohd Zakil Hussin

Wednesday, December 2

PMRI

Salam semua, saja suka nak beritahu , mungkin ramai dah tahu, mungkin ada yang tidak tahu lagi, kepada semua OneSe7en, result PMRI anda sudah pon keluar di laman web berikut :

http://alamin.sps.net.my/sps/ewaris/login.php


Sila pilih sekolah anda , dan taip Nombor Kad Pengenalan anda, kemudian tekan "masuk" . Selepas itu barulah anda boleh pergi ke "Keputusan Peperiksaan" dan pilih "PMRI"

All the best!!! Gud Luck semua OneSe7en!! :D
May Allah bless us,

Itu Sahaja,wassalam

Sunday, November 8

Lawatan - Kuala Terengganu



- Lawatan dlm kenangan - Ganu dlm kenangan - Homestay dlm kenangan - Bas B rosak dlm kenangan -

[5 Nov 2009 - Khamis]

Pada lebih kurang jam 8.30 malam, aku bertolak ke sekolah dan berkumpul bersama-sama rakan-rakan, masing-masing kelihatan *excited* nak pergi Ganu nie, kemudian kami diarahkan ke surau untuk sedikit taklimat, kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Bas A dan Bas B, jadi setelah dibahagikan kumpulan, boleh la segera ke depan untuk menunggu bas, aku termasuk dalam Bas B, so kami bertolak la ke Kuala Terengganu. Dalam bas, pada mulanya aku duduk sebelah Hatim , kemudian tukar tempat dengan Suhail dan duduk di sebelah Nawi, pastu aku duduk sebelah Mu'az pulak and aku tido kat situ, tido zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz, tiba-tiba aku terjaga lebih kurang pukul 12.30 pagi, disebabkan *flash* kamera yg terpancar ke mukaku, rupa-rupanya Nazran dan kawan-kawannya, duk men kamera tangkap gambar org tido, hahahah xD. Aku tidak duduk setempat didalam bas itu, sekejap kat sini, kejap kat sana,kami sampai disana pada waktu subuh, dan solat subuh dulu di masjid.



==========================================================================================

[6 Nov 2009 - Jumaat]

Selepas solat Subuh, kami pergi ke homestay, tempat penginapan kami. (Kalo x silap) Homestay aku no.1 , aku tinggal serumah bersama-sama Suhail,Nawi,Baihaqi,Nazran,Luqmanul,Nazrul,Arif,Syafiq,Abdullah,Fitri,Ikmal,Zakwan,Cikgu Akram dan Cikgu Zaiham. Kami bersiap-siap untuk mandi dan sarapan pagi (Nasi Dagang), selepas siap, kami keluar dari rumah dan menuju ke tempat bas, dekat PETRONAS, kami pergi melawat ke Taman Tamadun Islam (TTI) , Masjid Kristal , Batik Arfa dan beberapa tempat lagi.Pada mulanya, kami pergi melawat ke Taman Tamadun Islam , waaa best giler r kat situ, men hujan~~~ Aku dan ramai lagi rakan-rakan, menyewa basikal dan pusing2 satu TTI tu. Aku paling suka Kubu di Syria, besar wooo, gempak giler Islam zaman dulu , aku panjat la kubu tu, nk tgk ape kat atas, pnjt punya panjat punya panjat, sekali *pon*pon*pin*pin* kena hon ngn staff kt situ , hahaha "dik turun dik" haha Nadim dan Iman mentertawakan aku disitu. Aku pusing-pusing dengan Nawi , men hujan , malangnya, time aku x gerak ngn Nawi, Nawi kemalangan dan mendapat luka yang agak teruk, ..sian dia yer, pastu dia rehat la bwh pondok,yang len2 pon ramai yg berehat di situ sbb sejuk mereka ckp aku nie alien??? sbb x rase sejuk, aku terus pusing-pusing dengan basikal itu , sampai di satu tempat, aku rehat jap, kemudian Zakwan ckp " aku tgk budak2 pndi jer doww men hujan" aku pon senyum jer mendengar katanya itu, aku pusing lagi untuk mencari org yg ada kamera untuk menangkap gmbr ku di kubu itu, (aku sgt suka akan reka bentuk kubu itu)Ada sorg pkcik nie tnye aku "tak sejuk ke dik??dari mane" aku pon membalas "tak, saya dari kl" . Kemudian selepas lebih satu jam men hujan , aku pon stop dan pegi kat cafe, Cikgu Zaiham dan Cikgu Akram tanye aku , "Isyraf nie x sejuk ke???" aku pon ckp "bese jer" Pastu masuk cafe aku beli nasi lemak dgn wedges (lapar ooo). Bismillah, aku mkn la dgn berseleranya , tiba2 cikgu dtg ckp nanti nk mkn kt tmpt len, so aku dan yg len pon cpt2 la mkn, and beredar dari situ pegi kat bas. Dlm bas aku tidak duduk pon, aku hanya berdiri di tgah2 bas kerana aku terlalu basah disebabkan men hujan tdi, apabila dalam bas barula aku start rase sejuk , kami pergi makan di Pantai Batu Burok rasenya, aku pon makan la lagi (woo mkn lagi?? perut x kenyang lagi ke??xD) aku order mee hot plate cing cing RM5 melayang. Xpe2 byk lagi duit,haha. BOleh tahan la rase dia, kemudian aku pegi tandas dengan al-hafidz , and sempat lagi pegi pantai,wahaha aku sempat merasa ombak laut waa~~da la air dia panas, rase best jer kaki, tapi abis pasir ada kat selipar aku, so aku g tandas lagi skali utk bersihkan selipar, waa 60sen melayang, tandas mahal ooo. Aku ngn Al-Hafidz bergerak ke bas , dan bas pon bergerak ke Batik Arfa. Kat sana, tah la, mula2 aku duk kt beca ngn Baihaqi , lepas tu aku ikut jer ke mana Nawi dan Cikgu Akram pegi, smbil men Rubiks. Dekat kedai dia, aku rase nk beli sesuatu , pastu cg ckp , kat pasar payang lagi byk brg, so aku membuat keputusan utk tidak beli apa2. Selepas abis lawatan tu, balik umah and rehat (x rehat pon jamming ada la..haha). Pada petang tu, aku Suhail,Nawi dan Baihaqi pergi ke PETRONAS jap, saja amik angin and beli something, pastu ternampakla Aiman Ahmad (Caliph14), and bla bla bla , Baihaqi kena marah ngn cg sbb pki sluar 3 quarter. Kami solat Zohor dan Asar jama' Ta'khir diimamkan oleh Suhail, Sblm solat tu, sumer keliru mane satu arah qiblat ada jiran kata arah sini , ada lagi kata arah sana ,Tawakkal jerla. Lepas solat tu ada *org putih/matsaleh* dtg umah, ketuk pintu *tok*tok*tok* aku pon bukakla pintu, dia tnye "Haji ada?" mula2 aku igt dia ckp English haha dia tnye lagi "Haji ada??" aku pon jwab "owh xde2". Aku rase sangat gembira sbb kt umah tu ada pelawak, terutamanya Zakwan dan Luqmanul. Ada peristiwa "blackout" yg amat kelakar lol, apabila masuk waktu maghrib, kami mengambil wudhu' dan solat berjemaah jama' taqdim Maghrib dan Isya' diimamkan oleh Luqmanul *merdu* sekali bacaannya,

Pada malam itu, ada barbeque, fuuh memang penat giler r, smpi skang rase penat *kipas* bara selama lebeyh kureng 3 jam. Tangan smpi melecet ke ape tah, aku pon xtau ape jadi kat tangan aku, nak kata nanah bukan nanah, entah la. Kami da plan da nk stop
msk, sbb nk tgk citer Nur Kasih hahaha, sumer kecoh2 Nur Kasih Nur Kasih , tapi bile smpi time Nur Kasih , aku bukan tgk pon, aku teruskan menolong Arif masak bbq tu, mlm tu gak aku jmpe lagi sorg alumni Aizuddin (Gen13) ada gak orang2 yg aku menyampah tgk, dia bwk bekas pastu amik ayam pastu bla cmtu jer, da la x ucap terima kasih ke ape ke. Bile time sumer boleh mkn , sumer amik ayam , da dapat ayam, masing2 blik umah tinggal la tukang masak jer yang still masak, ada la beberapa org yg dah makan tu, diorang tlg aku dan Arif teruskan perjuangan, hahaha tangan aku semakin lenguh dan lenguh dan lenguh dan lenguh, tpi aku tetap bekerja hingga ayam abis, Alhamdulillah , da abis tu, dapat ayam giler banyak rr..puas aku melantak ngn housemate lepas tu, fuuh kenyang, tpi tangan still lenguh, so aku endahkan jer rase lenguh tgn aku. Ada la beberapa scene dimana aku Suhail dan Syafiq wat sesuatu (haha) lepas tu aku tdo sbb terlalu penat. Tpi dlm kepenatan itu, dan dalam tidur itu aku berasa sakit, kerana time tdo aku kena tapek ngn mamat yg tido sebelah aku, (bapak ganas die tdo). Sehinggakan aku terjaga beberapa kali, apabila Subuh aku tgk Nawi da bgn da, rupanya duk msg2, so aku g tandas, and tnye Nawi da kul bape?? Nawi ckp da kul 6, tpi aku pegi tdo balik,hahaha pastu x lama lpas tu Luqmanul and the Gang kecoh2 "bangun2,bangun2,bangun2" "subuh2" "Ya Aiyuhal Muzzammil" mcm2 perkataan keluar, so kami solat subuh diimamkan Cikgu Akram.

==========================================================================================

[7 Nov 2009 - Sabtu]

Selepas solat Subuh semua housemate aku tdo kecuali aku dan Nawi serta Cikgu Zaiham.
Aku pon tnye Cikgu Zaiham, "cikgu,japgi ada ape" cg jwb "japgi sarapan and start la mandi2 nk lawatan" so aku jadila org pertama dlm rumah tu mandi and siap2 , lepas da siap aku teros kemas2 brg2 dan beg aku sbb xnk lmbt nanti. Kemudian ramai yg bgn dan mandi n siap2, aku dan Suhail pergi ke homestay Cikgu Masitah nak amik makanan utk sarapan banin. Waaa~~sungguh terseksa tgn ku mengangkat plastik yg berat itu menggunakan tgn yg lenguh ini. Xpe2 itu ujian drpd Allah, so aku ngn Suhail mls nk hntr kt umah len , so aku call jer and suh dorg hntr wakil amik makanan kat umah kitorang. Kitorang pon makan "NASI LEMAK IKAN" haha smpi jer wkil umah len, aku ckp pastikan sorg dpt 1, lebih kasi kitorang haha, housemate aku sumer setuju ngn aku, sbb nk mkn lebih..lapar sgt, tiba2 ada satu x ckup, utk Ust.Hanif, rupa2nya Arif sorok nasi tu, xD. Cikgu Akram ckp ngn wakil umah tu, suh Ust.Hanif dtg homestay kitorang. And mkn2 same things happen again and thrice??? wooppss air teh tumpah lagi, ish3 bak kata seseorang, "kita duk umah org , terus jahanam" lepas mkn, kemas2 umah and get out from homestay and pegi kat bas.

Kemudian melawat ke Pasar Payang, bukan melawat senanya, lebih kepada shopping, aku pon beli la apa yang patut kat Pasar Payang tu, mls nk citer da, pnjg sgt da citer aku nie. Lpas tu gi Muzium Terengganu and belaja benda baru, best gak tgk binatang kat Muzium tu, and again im late with Al-Hafidz and this time with Khalid too sbb pegi tgk Blok C muzium tu, psl petroleum. Pegi mkn and Muaz pon ckp "haaa no pantai2 lagi da" lpas mkn tu bla bla bla berlepas nk blik KL, wow lama giler duk dlm bas tu.
Mlm tu tibe2 jer bas stop, rupa2 nya ada problem , temperature enjine naik, and brek lak jam, time tu aku men2 jer ckp "okey kita dijangka akan sampai dlm pukul 4 pagi" waduh2 lpas tu Bas A meneruskan perjalanan ke skola. Manakala Bas B bergerak dengan perlahannya, org lari pon lagi laju dari Bas B nie, bygkan betapa slow nya dia gerak, aku pon bosan and gi duk kat depan skali sblh Nazran, and tertido kat situ, jaga2 aku tgk jam bru kul 12.30 lebeyh krg, pastu aku pon usha blkg, tgk sumer org tido kecuali Abdullah dan Baihaqi dan Suhail, aku pon pegi kat Suhail mntk fon nk dgar lagu, tiba2 aku terjatuh fuuh, Nazran terjaga pndg blkg (aku rase ramai gak terjaga sbb aku jatuh kt bas tu) Nazran tnye aku "benda ape tdi tu??ape yg jatuh"" aku pon jwb "tdi aku la jatuh" lpas tu aku dgar2 pakcik bas ckp nk benti kt tol Lanchang tunggu Bas A dtg amik kitorang. So tunggu la kt tol lancang tu, ramai gak lari nk g tandas smpi terjatuh,hahaha kesian. Kat situ la plak ada mat n minah rempit. aku tnye kengkawan, "wei ape nie?? mane amar makruf nahi munkar??"

Firman Allah :
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan , menyuruh (berbuat) yang makruf , dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"
[Ali Imran Ayat 104]


tak lama lepas tu, banat wat grup ramai2 istighfar , waaa~~bagus2 usaha yg bagus congratz to banat, abis tu banin?? haha aku pon ckp "kuat lagi kuat lagi" pastu polis dtg kat kawasan tu,xtau nape, mamat ngn minah2 tu pon ape lagi cabut r, Zakwan lak gi jerit2 cm org giler kat situ. Bla bla Bas A pon smpi and kitorang balik dengan selamat Alhamdulillah, smpi skola kul 4 lebeyh, wow betul jangkaan *maen2* aku tu. Aku pon nek kete ayah aku and blik umah

THE END

Ambillah pengajaran. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. :)

itu saja,sekian yg baik itu drpd Allah, yg lemah dan buruk itu kesilapan aku sendiri, maaf sekiranya terasa. Wassalam

Wednesday, November 4

Dah Setahun Dah

Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca. Alhamdulillah dah lebih setahun saya ber-blogging,di kesempatan ini saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat-pelawat dan pengunjung-pengungjung serta "followers" kerana sudi untuk membuka "page" blog saya yang tidak seberapa ini, di kesempatan ini juga saya ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, maaf zahir batin. Sudah macam-macam post yang telah saya post-kan dan saya berharap agar antum dan antunna semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada post-post saya walaupun ianya hanya post pasal benda kecil sahaja. Itu sahaja daripada saya,segala yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu kesilapan saya sendiri. Sekian,Wassalam

Yang Benar,

Ahmad Isyraf Imrani ibnu Mohd Zakil Hussin

Monday, January 5

Felesthin

Assalamualaikum dan salam sejahtera ana ucapkan..bagaimana dgn hari pertama persekolahan anda???hmm ana ucapkan slmt datang kpd plajar2 bru dan juga pelajar2 form 1 thn 2009..juga slmt kembali ke alam persekolahan kpd sumer...ana agak penat pada hari ini..mungkin kerana penat dri program orientasi form 1..tpi xleh nk bandingkan dgn penat saudara2 kita di palestin.huhu.kita patut bersyukur kerana kita masih berpeluang utk blaja dlm keaadaan yg senang..keaadaan yg tenteram aman damai dan sebagainya..kita lihat saudara2 kita yg berada di Palestin sana..mereka hidup penuh dgn kekejaman zionis-israel itu..tiap2 hari..mereka disambut dgn bom,peluru dan sebagainya....alhamdulillah kita masih dpt hidup tanpa sebarang masalah peperangan seperti mereka...jadi ana menyeru rakan2 sumer..tlg doakan saudara2 kita di palestin

Ya Allah,selamatkan bumi palestin..kuatkanlah pejuang dibumi Allah ini..berikan kemenangan pada kaum muslimin..Ya Allah..aku memohon kepada MU dgn sepenuh hati..bantulah umat islam diseluruh pelosok dunia..bantulah pejuang2 yg menegakkan agama Allah yg maha suci ini..hapuskan kafir2 laknatullah yg menindas kaum muslimin..Ya Allah..aku ingin gugur dijalanMU..amin Ya Allah..Amin Ya Rahman...Amin Ya Rahim..amin..amin Ya Rabbal'alamin..

ana harap juga..antum/antunna sumer yg membaca ni..dpt mengemaskini pengetahuan tentang Palestin..insya-Allah itu saja buat masa ni..insya-Allah kalo berkesempatan lagi,ana akan update blog ini,segala yg baik itu drpd Allah..dan yg buruk itu..kelemahan diri ana sndiri..sekian..ana ingin mengundur diri..wassalam..

slmt menuntut ilmu~~!!!!semoga kita sama2 dpt menjadi mukmin terbaik..insya-Allah

http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=2462