بسم الله الرحمن الرحيم
Heh, siang tadi baru sahaja keluar result PMR. Alhamdulillah, bak kata ayah aku, adik aku 'maintain record' (dua orang abangnya).
Dapat 9A.
Teringat pula masa result PMR aku keluar dahulu, masa tu aku di Port Dickson. Sehari sebelum dapat result, aku sakit teruk, macam kombinasi penyakit. Walhal masa tu tengah on vacation. Keesokan harinya result aku keluar, terus sihat. Result dapat tahu daripada member2 yang tengah jadi AJK Xplorace 2009 atau nama glamornya Persaingan Eksplorasi.
Aku tak pergi Xplorace pada tahun tu sebab aku ambil keputusan untuk bersama dengan family aku, bukan senang nak pergi vacation macam ni dengan family, sangat jarang.
Even sekarang, adik-beradik aku 3 orang memang selalu sibuk dengan macam2 program, dengan adanya lagi exam besar PMR dan SPM, jadi waktu weekend, selalu sibuk dengan bengkel dan sebagainya. Masa cuti pun sama, hinggakan susah nak balik kampung.
Teringat juga zaman-zaman sibuk dengan Program Ulangkaji Intensif (PUI). Sangat best bila kira-kira dah bulan 7, PUI akan start. Masing-masing akan start narrow-down setiap subtopic, tak lupa jugak akan rephrase, generalize dan summariz topik yang dipelajari. Kertas mahjung sana sini. Kertas trial bertimbun-timbun.
Ok. Back to the topic.
Masa first liqa' dengan naqib dekat INTEC, kami tadabbur surah An-Nasr. Disebalik Fathul Makkah.
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." [Surah An-Nasr, 110: 1-3]
Ada point yang sangat penting yang perlu kita ambil daripada Surah An-Nasr ni. Antaranya:-
1. Ia mengingatkan kita bahawa kemenangan dan kejayaan itu datang daripada Allah.
2. Jangan bangga diri apabila kita berjaya, sebaliknya bertasbihlah.
3. Beristighfar kepada Allah kerana mungkin kita berusaha dengan cara yang tidak syar'ie.
"Hisablah (muhasabah) diri kamu sebelum kamu dihisab di akhirat kelak."
3 comments:
mantap oh akhi ni ;)
Salam, ehe.
Rasa macam pernah jumpa.
;)
Abang2 mantap lalu disini
Post a Comment