Sunday, January 31

Sibuk



Salam to all

Heh, sekarang ni , asyik sibuk memanjang , time form 4 ni, semua benda nak datang dekat aku , macam2 ada' , jawatan ada' , homework ada' , tension ada' , tahfiz ada' , wafdul amin ntah ada' ke xda' T.T , homework tuh, boleh plak jauh lebeyh byk dri PMR nya homework. Yang paling penting , kena pandai urus masa dan selalu ingat dekat Allah :) .

Firman Allah :
"Demi Masa . Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian . Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran , dan saling menasihati untuk kesabaran"
(Surah Al-'Asr Ayat 1-3)


Sekian Wassalam

Yang Sibuk,
Ahmad Isyraf Imrani bin Mohd Zakil Hussin

Sunday, January 10

Pesanan Allah Untuk Yang Berdosa

Salam, InsyaAllah , saya hanya nak sebarkan benda ni :) Moga dapat barakah

Katakanlah, "Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.
[Al Zumar, 53-54]


Ini pujukan Tuhanmu. Kembalilah kepadaNya. Still have times. Jangan tunggu nyawa di kerongkong. Yang dah buka aurat kaki tangan lengan dada dan apa-apa yang sewaktu dengannya, jom tutup balik haq ekslusif suami. Yang dah pegang tangan main mata jalin cinta, betul ke nak bina rumahtangga bermodalkan dosa? Pause kejap dulu. Yang dah sentuh arak dan lain-lain, jom taubat. Arak itu ibu kejahatan. Laknat wahai kawan, dari Tuhan. Yang rasa dah jauh dari parents, dekatkan balik. Redha mereka Redha Allah. Buat yang rasa hati dah gersang, jom join usrah. Apply siraman hati. Moga kita jumpa Allah dalam keadaan yang menggembirakan.
Salam.

p/s: sebarang masalah boleh merujuk di blog Bro Asif http://fitrahkhalifah.blogspot.com

Saturday, January 2

Episod Masyarakat

Assalamualaikum pembuka bicara,
Lafaz Bismillah pembuka acara,
Saya Isyraf ingin bercerita,
InsyaAllah post kali ini untuk semua,

Salam, - Post Pertama 2010

InsyaAllah, sebelum sekolah dibuka, saya ingin berkongsi cerita, mungkin bukan cerita, tapi lebih kepada peringatan untuk semua.

Aku lihat, aku lihat, aku lihat, aku lihat, dan aku lihat, aku lihat berkali-kali, dunia semakin tenat, DUNIA SEMAKIN TENAT!!!, setiap hari , setiap masa , setiap waktu, pasti berlaku dosa, perkara mungkar, perkara maksiat dimana-mana, aku tidak mampu menegur, aku sedih, aku hanya mampu membenci dengan hati, Apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang? Mungkin mereka boleh cakap "Muda cuma sekali..soooooo kita enjoy!!" "Ala, kita muda lagi , tua-tua nanti taubat jerla..Allah Maha Pengampun" hm? tahu pula mereka tentang sifat Allah, tapi mereka tahu ke bila malaikat maut akan datang untuk mencabut nyawa mereka, adakah mereka tahu? TIDAK!!! Tidak sama sekali!

Aku lihat lagi, aku hanya mampu melihat dan membenci dengan hati, Ya Allah, lemahnya diri ini, aku tidak mampu menegur masyarakat sekeliling ku ini walaupun sekali. Ampunilah dosaku Ya Allah.

Kini, aku lihat, rata-rata yang mengaku muslim tidak mempraktikkan ajaran Islam tu sendiri. Kebanyakan mereka hanyut dalam kehidupan duniawi. Haram Halal dipandang remeh. Antara perkara yang dipandang remeh ialah enggan menutup aurat.

“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin supaya menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram dan memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang lahir. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka.” - (An-Nur: 31).


Ayat ni terang terangan memerintahkan kaum wanita Muslim yang sudah mukallaf supaya menutup aurat. Ayat ini umum pada semua wanita Muslim, tidak khusus kepada mana2 bangsa atau orang2 tertentu. Maka ianya adalah wajib.

Nauzubillah, bayangkan, bayangkan. Kamu berada di luar dengan keadaan tidak menutup aurat. Kamu ke pasaraya membeli belah atau berjalan2 di luar. Berapa ramaikah orang lelaki yang melihat kamu ketika itu?. Bayangkan kalau kamu dilihat lebih dari 3000 orang lelaki dengan keadaan tidak menutup aurat. Kamu perlu menanggung dosa 2 kali ganda untuk setiap lelaki yang melihat kamu!.Ianya kerana:

1. Tidak menutup aurat
2. Membuatkan orang lelaki terangsang terhadap kamu.

Aku lihat lagi, masyarakat zaman sekarang, suka menggunakan perkataan-perkataan yang kotor!!! dalam percakapan mereka yakni mencarut, setiap kata-kata mereka mesti tidak terlepas untuk keluar perkataan-perkataan tersebut. Bagus sangatkah kata-kata itu? Hebat sangatkah? Kamu dapat pahala ke mencarut??? Dapat dosa ada la "Weyh brother, ko ni si*l r, rilek r..org mencarut pon ko nak kecoh2 ke? tak macho r beb" Ape kes??? Mereka mencarut seperti sudah biasa, seperti dah lali dalam hidup mereka, seperti tiada apa-apa. Astaghfirullah, aku sebagai manusia biasa pun pernah mencarut juga, tetapi sekurang-kurangnya aku tidak menjadikannya sebagai "rutin kata-kata" . Astaghfirullah


Mulut ini dicipta oleh Allah adalah untuk mengatakan perkataan baik seperti membaca quran berzikir, berkata benar dan sebagainya. Mencarut bukan benda yang main-main, Allah sangat membenci orang yang suka mencarut. Malah Rasululullah sendiri pernah bersabda dalam hadith di dalam sahih Muslim :

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah

Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian Rasulullah S.A.W. terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya. Mampukah kita selamat diakhirat kelak tanpa mendapat label sebagai seorang umat Rasulullah.

Cukupkah amalan kita untuk masuk ke syurga jika Rasulullah tak mengaku kita sebagai umat? Syafaat umat Rasulullah S.A.W. amat besar di akhirat kelak, maka rugilah kita sebagai umat Rasulullah secara automatik, tidak diakui oleh Rasulullah sebagai umatnya. Nauzubillah. Fikir-fikirkanlah

Saya sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada dosa, Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka Ya Allah, Ya Allah Ya Tuhanku , berilah hidayah kepada mereka Ya Allah

Pada malam tahun 2010, aku lihat lagi, di televisyen, hampir kesemua siaran televisyen memaparkan konsert-konsert yang tiada faedah, malah ditambah pula dengan pembaziran letupan bunga api. Wajarkah semua itu?

InsyaAllah setakat ini sahaja saya mampu tulis, yang lain terpulang kepada anda yang sedang membaca ini, samada menerima atau menolak, terpulang, itu urusan anda dengan Allah. Tugas saya hanyalah menyampaikan dan memberi peringatan. "Sampaikanlah walaupun sepotong ayat" "Peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"

Sekian, Yang Baik itu daripada Allah, yang lemah itu, kesilapan hamba Allah ini yang lemah. Semoga antum dan antunna semua dapat mengambil ibrah daripada post kali ini. Semoga Azam baru tahun ini tercapai, dan semoga kita semua menjadi lebih baik. "Hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini" InsyaAllah

Selamat Tahun Baru 2010, dan Selamat Kembali ke sekolah, menuntut ilmu bersungguh-sungguh untuk mendapat keredhaan Allah. InsyaAllah.

p/s: Muhammad Mu'az bin Omar , semoga hasrat anda tercapai 29/04/10 :)

p/s 2: OneSe7en, Welcome to Form 4 :D , Good Luck dalam pakej masing-masing!!! :)

Wasalam