Tuesday, April 3

Bersyukurlah bila diberi nikmat.

بسم الله الرحمن الرحيم



Farid: Amacam ? Berapa banyak ikan kau dapat?

Ghani: Alhamdulillah. Ok ok saja bro. Dapat seekor je. Ini yang terbaik Allah beri pada aku. Kau pulak?

Farid: Takkan kau tak boleh agak kot aku dapat banyak mana, of course la gempak! Dapat 5 ekor la apa lagi.

Ghani: Alhamdulillah, bersyukurlah pada Allah. Ingat dialah yang menentukannya sebegitu.

Farid: Erk, alhamdulillah.

Apabila kita senang, ingatkah kita pada Allah? Angkatlah kesyukuran kita setinggi-tingginya pada Allah.



Lupa siapa yang beri nikmat.

Kadang-kadang, kita lupa siapa pemberi nikmat, kita lupa siapa yang memberi kita kejayaaan. Memang, memang kita 'claim' kita tahu siapa pemberi nikmat, tapi, adakah kita punya tindakan melambangkan pengetahuan kita? Senantiasa tak kita bersyukur kepada Allah?

Apabila telah lupa dan lalai. Maka senanglah jeneral syaitan dan anak-anak buahnya menembak peluru 'kufur nikmat' pada kita.

Dalam surah Ar-Rahman, kita sering diperingatkan dengan ayat,

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang telah engkau dustakan?"
Ya, tanya balik diri kita, nikmat mana yang telah kita dustakan? Nikmat mana yang telah kita ingkari dan tidak disyukuri? Nikmat mana?


Bersyukurlah bila diberi nikmat.

Orang yang beriman, apabila diberi nikmat, maka ia bersyukur. Apabila ditimpa musibah, maka ia bersabar.

"Sungguh baik nasib orang yang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan dan tidak ada habuan baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. apabila mendapat kesenangan maka ia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. dan apabila ditimpa musibah maka ia bersabar, maka sabar itu baik baginya” [Riwayat Muslim]


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
Lawan 'syukur' adalah 'kufur' iaitu ingkar. Lawan ingkar adalah taat. Dalam erti kata lain, apabila kita taat melaksanakan perintah Allah bermakna kita bersyukur kepada-Nya.

Adakah apabila kita berterima kasih kepada seseorang, kita menyakitinya? Adakah apabila kita berterima kasih kepada seseorang, kita menzaliminya?

Tidak! Apabila kita berterima kasih kepada seseorang, kita akan menunjukkan padanya bahawa kita sangat-sangat menghargainya dan selalu ringan tulang membantunya serta bersedia untuk memenuhi permintaannya.

Konsepnya sama.

Tunjukkan kepada Allah bahawa kita benar-benar bersyukur dengan cara mentaati-Nya.

Kembalilah pada Allah dalam apa jua keadaan!


Rasulullah, hamba yang paling bersyukur.

Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk Rasulullah, baginda masih saja terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

Saidatina 'Aisyah bertanya, Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda , "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Walaupun Rasulullah sudah dijamin Syurga, namun baginda masih taat kepada Allah dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah setiap saat.

Baginda sentiasa bersyukur. Mensyukuri nikmat Allah. Walau sekecil manapun nikmat tersebut.

Maka siapakah yang mencontohi Rasulullah SAW?


قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

" Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " [Ali Imran, 3: 31]


Penutup: Maka bersyukurlah.

Maka bersyukurlah. Taatilah Allah dan Rasul.

Ucaplah Alhamdulillah. Syukur kita kepada Allah.

Hargailah nikmat pemberian Allah, gunakannya pada jalan yang diredhai Allah.

Kita bersyukur, Allah tambah nikmat. Kita ingkar, ingatlah, sesungguhnya azab Allah itu amat pedih.

Ingat, sesuatu nikmat itu bila-bila masa Allah boleh tarik.

Jangan kita jadi hamba Allah yang tidak mensyukuri nikmatnya, malah mendustakan nikmatnya. Jangan sekali-kali.

Sentiasa muhasabah. Hitung diri.

والله اعلم

No comments: