Saturday, December 31

Mengejar Sempurna

Alam kaku bagai diwarnakan
Putih hitam kelabu
Hingga tiba terbitnya mentari
Yang dihias pelangi
Melengkapi sebuah perjalanan
Kau dan aku bersamanya, seiringan

(chorus)
Berlari ke impian
Terbang ke puncak awan
Andai jatuh tersimpuh
Lantas kau hulur tangan
Bersama kita bangun
Teruskan kehidupan

Mengejarkan sempurna
Hingga capai angkasa
Namun kan hilang makna
Andainya kau tiada
Walau derasnya masa
Segalanya takkan berubah

(bridge)
Zahirnya ketetapan
Pasti akan ada pasang, pasti akan ada surutnya
Kala kita teruji, disitulah letak nya erti
Erti sebuah kesetiaan

(chorus)

*hayati liriknya* :)

kadang-kadang terkena dengan situasi sendiri.

Nak dengar lagu ni klik [Disini]

Wednesday, December 28

Xplorace OneSe7en

Oh, aku sudah rindukan program ini. Ini merupakan program sekolah yang terakhir buat OneSe7en.

Macam2 pengalaman yang aku dapat.
Macam2 perkara yang aku lihat.
Macam2 persoalan yang aku dapat.
Macam2 juga memori yang aku pahat.

Di akhir program ini, phone aku hilang, terharu, semua lambat gara-gara aku.

Ini videonya. Video xplorace. Sila sila.

Teaser



Teaser 2



Video dari AJK



p/s: Aku dah ada nombor baru. Jadi nombor phone lama usah di-sms atau di-call lagi ya. Siapa yang nak, boleh PM di Facebook.

*akan di-edit dari masa ke semasa*
*last edited 29/12/2011

Wednesday, December 14

Al-Amin ucap selamat tinggal?


'Al-Amin'. Perkataan itu sendiri membawa seribu satu kenangan dan makna. Alam persekolahan, ramai yang kata alam persekolahan ialah alam yang paling bermakna dan 'best' dalam hidup seseorang. InsyaAllah, pada pendapat aku pula, alam Al-Amin lah yang paling best :)

Kalau ikut kiraan 'Daisypath', aku sudah berada di Al-Amin selama 8 tahun 11 bulan 1 minggu 3 hari. Sejak tahun 2003 hingga lah semalam. Kini aku sudah pun bergelar alumni (?) Oh memang sudah ada yang panggil aku alumni Al-Amin pagi tadi.

Semalam sempat menghabiskan masa seharian bersama rakan-rakan, study PQS sama-sama buat kali terakhir mungkin. Terasa seperti tidak mahu meninggalkan saat itu.

Jadi, SPM pun sudah melabuhkan tirainya. Pertempuran selama sebulan menggunakan mata pena sudah berakhir. Tidak lama lagi program terakhir untuk OneSe7en di Al-Amin iaitu Xplorace.

Al-Amin mengucapkan selamat tinggal? Oh tidak, Al-Amin sebenarnya sentiasa mengalukan kedatangan kami, sentiasa memerlukan kekuatan dan pengorbanan tenaga dari kami untuk meneruskan proses tarbiyah di Al-Amin.

Jadi mungkin belum sampai masanya lagi untuk aku tinggalkan Al-Amin? Mungkin sudah?

Apa pun, kepada warga OneSe7en, tahniah kerana telah berjaya menempuh sebulan SPM. Selamat bereksplorasi kawan-kawan!

AKU PASTI AKAN RINDUKAN AL-AMIN.

Wallahua'alam.

Friday, December 9

Kehebatan basmalah




Pernah suatu ketika, aku membuat kerja-kerja membersih, mencuci, dan mengemas rumah. Lantas setelah siap separuh jalan, aku mengalami keletihan yang amat kerana sudah lebih separuh hari aku tidak makan.

Aku terus pergi ke ruang dapur untuk mencari makanan. Apa yang ada cuma sedikit roti coklat. Tanpa berfikir panjang, aku terus mengambil roti tersebut dan terus mencari tempat duduk untuk makan. Setelah duduk. Aku mengambil roti itu perlahan-lahan.

Sebelum dimasukkan ke dalam mulut, aku mendahului dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim", pada masa yang sama, hati aku turut berdoa :

"Ya Allah, Engkau kenyangkanlah aku dengan makanan yang sedikit ini, Engkau berilah aku tenaga yang cukup untuk menyiapkan kerja-kerja rumah ini, sesungguhnya aku ingin membuat ibu bapaku gembira."

Aku kunyah perlahan-lahan makanan tersebut. Kemudian aku minum secawan air kosong. Setelah selesai, aku menyebut alhamdulillah. Ajaibnya, beberapa saat selepas itu, aku rasa sungguh bertenaga, seolah-olah aku baru sahaja makan besar.

Dengan tenaga yang kembali pulih, aku sambung untuk menyiapkan baki-baki kerja rumah yang ada.

*Kadang-kadang kita lupa untuk memulakan sesuatu dengan nama Allah, dengan basmalah kan?*

*Selalukah anda memulakan pekerjaan anda dengan basmalah dan diakhiri dengan alhamdulillah?*

Moga ambil iktibar. Moga beringat. Wallahua'lam.

Thursday, December 8

Bukan rezeki aku

cantik pemandangan dia :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku dikejutkan dengan suatu berita.

Berita yang aku sendiri hampir tak sanggup terima.

Berita berkenaan Darul Quran.


SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA DAN TAWARAN MASUK
PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL QURAN JAKIM-UIAM SESI 2012


MAAF,
Nama : --------------------------------------------
No. Kad Pengenalan : --------------

Anda gagal dalam proses temuduga kemasukan ke Darul Quran JAKIM
bagi PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL QURAN JAKIM-UIAM SESI 2012.


Every cloud has a silver lining. :)

Aku tahu aturan Allah itu yang terbaik untukku. Tak boleh rasa kecewa. Wajib redha dengan qada' dan qadar ini. :)

Semoga ada sesuatu yang lebih baik menantiku. InsyaAllah, itu bukan penghalang untuk aku laksanakan cita-citaku.

Cita-cita untuk menjadi Hamlatul Quran.

Mungkin juga ini sebagai salah satu ujian Allah kepada hambaNya ini.

Aku perlu mengambilnya secara positif.

Alhamdulillah, orang-orang di samping aku sentiasa beri semangat padaku terutamanya ibu bapaku :)

Doakan aku. Doakan aku. Doakan aku. Moga aku istiqomah. Moga aku thabat.

Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan aturan-Mu, walaupun timbul rasa sedih jauh di lubuk hatiku. T.T

:) :) :)

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ


Wallahu'alam.

Wednesday, December 7

Ceritera SPM - Pertolongan Allah


Assalamu'alaikum.

Bismillah.

Lama dah tak menulis. InsyaAllah dalam post ini ingin aku ceritakan sedikit kisah
yang berlaku ketika SPM.


Bahasa Arab Tinggi
Paper pada pada hari ini. Malam semalam aku menginap di rumah akhi Muaz
untuk 'study duo' dengan dia, hehe.

Latihan demi latihan kami lalui. Terasa amat nikmat belajar Arab.
Latihan kertas 1 tu memantapkan lagi kemahiran kami.

Muaz tengok jadual SPM, rupa-rupanya hari ni kertas 2 dulu.
Jadi kami pun mengorak langkah membuat anjakan paradigma,
menghafal hikam-hikam yang terpilih. Membaca sedikit isi-isi
karangan yang ramai spot.

Akhirnya, tadi alhamdulillah. Banyak Allah mudahkan. Lepas habis kertas 2,
check2, memang jawapan banyak lebih kurang dengan Muaz.
Soalan hikam pun memang masuk apa yang kami hafal :D

Semasa menjawab kertas 1. Aku memang dah sedia maklum kelemahan
aku dekat soalan 'sinonim-antonim'. Tetapi, soalan SPM kali ini
amat mudah sebenarnya.

Walaubagaimanapun, aku tiba-tiba blank. Perkataan mudah seperti
'usrah' aku tak ingat kata sinonimnya. Perkataan mudah
seperti 'maftuhah' aku tak ingat antonimnya.

Memang betul2 blank, aku pejam mata, istighfar dan selawat banyak2.
Alhamdulillah, beberapa minit kemudian, Allah ilhamkan
kepadaku perkataan yang dimahukan.

Walaupun aku tak tahu apa maksud perkataan yang diilhamkan kepadaku,
aku terus menulis tanpa ragu2.

Akhirnya, bila dah habis. Rakan-rakan kata memang itulah jawapan
yang betul. Lihat, pertolongan Allah itu ada walaupun
dalam sekecil-kecil perkara :)


Usaha + Doa + Tawakkal.

SPM hampir di penghujungnya. Pantas masa berlalu. [Al-Asr: 1-3]

--------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah. Minggu depan PQS. Paper terakhir batch SPM 2011. Batch OneSe7en.
Doakan kami.

13 Disember merupakan tarikh terakhir kami bergelar 'pelajar sekolah'.
Kali terakhir memakai baju sekolah. Rasa sebak pulak
dah nak tinggalkan alam persekolahan.

Akhirulkalam, buang yang keruh ambil yang jernih. Wallahua'lam.

last edited on 9/12/2011










Saturday, August 27

Leaving


" Celakalah orang yang diberi kesempatan untuk hidup dalam bulan Ramadhan, tetapi dosa-dosanya masih tidak diampuni " - HR Bukhari


Ramadhan dah hampir ke penghujungnya. Adakah cukup amalan kita? Adakah amalan kita diterima? Adakah dosa kita diampuni? Cuba muhasabah.

Moga 'madrasah Ramadhan' menjadikan kita istiqamah dalam 11 bulan yang akan datang.

Friday, August 5

Ramadhan: Choose Your Path



Sebuah kisah mengenai dua orang lelaki iaitu Adib Zamri dan Mail Hafiz, di mana mereka berdua mempunyai rutin harian yang berbeza pada bulan Ramadhan. Jalan mana yang akan anda pilih?

A story about two men, Adib Zamri and Mail Hafiz, where they both have a different daily routine during Ramadan. Which path will you choose? Ramadhan Kareem from us :)

p/s: Video dari OneSe7en. Pelakon utama : Nur Adib dan Abdul Hafidz

Sunday, July 31

Harapan Ramadhan



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah..
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua

Friday, July 29

Musim Ibadah - Ramadhan


Ramadhan dah dekat, apa tunggu lagi? Jom kita bersiap siaga!

Manfaatkan Ramadhan sebaiknya! Mungkin ini Ramadhan terakhir kita! Siapa tahu?
Kita tak tahu saat kematian kita, jadi jangan berlengah lagi, mula dari sekarang.

Moga istiqomah!

Alllahumma bariklana fi Syaa'ban wa ballighna Ramadhan.

Monday, July 25

Hari yang ditunggu, akhirnya tiba jua

"Doa senjata mukmin."

Alhamdulillah

PUI telah pun bermula pagi tadi (Isnin : 25/7/11)

Memang seronok, aku sendiri pernah alami PUI itu semasa di tingkatan 3.
Mungkin ada yang cakap tak menarik, tapi itu pandangan mereka. Apa yang aku
rasa lain. Rasa semangat nak belajar

Alhamdulillah, Allah beri aku semangat. Semoga semangat ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Insya-Allah.

Tapi pada hari pertama PUI juga lah, ada berita yang kurang menyenangkan
datang kepadaku, insyaAllah akanku cari solusi dan ambil tindakan.

Iftar OneSe7en tadi, ramai juga yang datang, alhamdulillah. Moga Allah redha.
Moga hubungan itu Allah pelihara.

Sibuk itu sebenarnya bermakna! Orang yang sibuk akan menguruskan masanya
dengan baik InsyaAllah. Sebaliknya orang yang banyak masa lapang "free time", akan
sewenang-wenangnya membazirkan masa. Tapi mungkin bukan semua orang macam tu.

Renung-renungkan dan selamat beramal :)


Saturday, July 23

Julai ini


Ramadhan dah dekat :)

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, julai ini aku dah makin semangat, semangat 'study'. Moga semangat ini meningkat dan berterusan. Julai ini aku banyak 'berkampung' di sekolah Al-Amin tercinta. Walaupun sekarang dah ada rumah baru, sekolah juga jadi pilihan.

Memang tak dinafikan, penat dan letih itu kadangkala perit untuk terima, tapi sampai bila asyik nak jadi lemah je? Kena gagahkan diri. SPM dah dekat, minggu depan dah start PUI, trial SPM lagi lah dekat.

Bila start PUI, kira semua subjek sepatutnya dah habis silibus belajar, tinggal nak ulangkaji sahaja. Semalam merupakan experiment Chemistry terakhir sebelum PUI, buat sabun :)

Bila start PUI, kira dah 'beku' daripada aktiviti-aktiviti seperti kelab, lujnah, syabab. Sepatutnya fokus itu lebih, jangan banyak sangat main-main. Sepatutnya dah lama serius. :)
Moga Allah permudahkan dan berkati segalanya.

Mungkin blog ini akan senyap seketika.

Ramadhan dah dekat. Dekat sekolah pun dah nampak hiasan-hiasan untuk menyambut bulan Ramadhan. Aku harap Ramadhan kali ini, aku manfaatkan sebaiknya.
Semoga berjaya juga untuk anda ! Bittaufiq wannajah!

Assalamu'alaikum.

Sunday, June 26

The Chronicles of Narnia 3


"Don't run from who you are."


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Beberapa hari yang lepas, aku baru sahaja habis menonton movie The Chronicles of Narnia 3 : The Voyage of the Dawn Treader.

"Don't run from who you are." Itulah kata-kata character dalam movie tersebut.
Dalam bahasa Melayunya, "Jangan lari daripada diri kamu yang sebenar."

Jadi persoalannya, siapakah diri kita yang sebenar?

Mari sama-sama perhatikan maksud ayat Al-Quran dibawah :-

"Ingatlah (wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan Adam daripada tulang belakang mereka, dan ia menjadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri. Allah berfirman; Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka (manusia) berkata: Benar, kami menjadi saksi. Hal demikian ini supaya mengelak kamu daripada berkata pada hari kiamat, sesungguhnya kami tidak diberitahu tentang perkara ini." (Surah al-A'raf: 172)







Ayat di atas menerangkan hakikat keimanan manusia kepada Allah sebagai pencipta alam ini yang berhak disembah.

Sejak di alam roh lagi manusia mengakui kewujudan Allah dan menyaksikan Allah sebagai Tuhan. Sekalipun pada lahirnya mereka engkar dan tidak beriman, tetapi pada fitrahnya mereka tetap mengakui kewujudan Allah.

Kembali kepada persoalan di atas, siapakah diri kita yang sebenar?

Kita ialah MANUSIA yang telah mengakui kewujudan Allah sebagai Tuhan kita.

Jadi "Don't run from who you are." Mari kita sama-sama kembali kepada fitrah. Kembali kepada agama fitrah iaitu Islam. Fitrah beriman kepada Allah subhanahu wa taala.

Jadi kita nak pilih yang mana satu? Terpulang kepada diri masing-masing.

"Allah tidak akan mengubah kedudukan sesuatu kaum itu, sehinggalah mereka mengubah diri mereka sendiri."

Jadi semuanya berbalik kepada diri sendiri. Mahu atau tidak.

Be yourself instead of being other person.

Wallahua'lam.

Sekadar peringatan buat diri sendiri. Sohhih Al-Akhto'. Betulkan yang salah.

p/s:
Nasihat seorang sahabat.
"Kadang-kadang kita nak berubah kepada lebih baik, tapi kita tak sedar, bahawasanya kita sedang menyakiti insan lain. Jadilah diri kita yang sebenar, jangan cuba nak jadi macam orang lain."


Wassalam.






Wednesday, June 15

Monday, June 13

Tamrin yang terAKHIR di Al-Amin

Link
Sebiru Hari Ini :) (Credits to akh Amirul Arif)



Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?

Alhamdulillah, pada 8-10 Jun 2011 yang lepas, program Tamrin Tingkatan 5 telah dianjurkan oleh Jabatan Tarbiyah Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. Aku banyak terasa dari program ini, daripada awal sampailah ke akhirnya.

Alhamdulillah, Allah pilih aku untuk menyertai program ini. Sedar tak sedar. Banyak hikmahnya, aku tak disibukkan dengan hal-hal lain. Alhamdulillah Allah tak campakkan kesibukan time berlangsungnya Tamrin. Jadi, dapatlah aku hadirkan diri ke Tamrin yang terAKHIR itu.

Tamrin Tingkatan 5 tahun ini dengan temanya "Ukhuwwah Teras Kegemilangan." Yup. Aku rasa tema ni memang kena dengan kami :). Lagu tema : Sebiru Hari Ini.

Dalam tamrin ni lah, revise balik konsep tawakkal. Slot Tawakkal disampaikan oleh akh 'Ammar Sahrim. Kemudian disediakan pula slot tentang Kepahlawanan Sahabat iaitu Mus'ab bin Umair. Slot ini disampaikan oleh akh Abdurrahman. Memang best kisah Mus'ab ni. Sedikit sebanyak dapat aku ambil ibrah dan tambah ilmu mengenai sahabat.

Seterusnya, slot yang menceritakan tentang Al-Wahnu dan serangan pemikiran yang disampaikan oleh akh Syarif. Banyak benda baru yang aku dapat. Riadhahnya juga menarik, dan rasa nikmat. Aku ni dahulunya kira jenis orang yang memilih kawan. Tetapi dalam tamrin ni, aku dapat rasakan yang dalam bersahabat itu, sesiapa sahaja boleh jadi sahabat kita. Malam tu ada slot Cinta dari Langit oleh akh Bakri.

Slot pertama pada hari kedua berkenaan solat berjemaah oleh akh Thaqib . Kemudian mengenai Al-Quran oleh akh Faris dan seterusnya Ukhuwwah Islamiyyah yang disampaikan oleh akh Hamidi. Pada petang itu kami ada sedikit aktiviti ukhuwwah. Fuh! macam-macam rasa ada time tu. Kemudian malam kami ada slot Urgensi Tarbiyyah oleh akh Amir. Seterusnya ada muhasabah. Moga MUTIARA yang mengalir itu tidak sia-sia.

Pada hari ketiga, tazkirah selepas Subuh diberi oleh akh Amir Mohsein yang menceritakan kisah sahabat, Ka'ab bin Malik. Slot pada pagi itu yang terakhir berkenaan kisah-kisah orang-orang yang bertaubat disampaikan pula oleh Ukht Anfaal

Muhasabah dan resolusi.

Resolusi :-
1) Sentiasa bertaubat kepada Allah
2) Meletakkan sepenuh tawakkal kepada Allah
3) Menjaga solat jemaah dan saf-saf solat
4) Selalu berdamping dengan Al-QuranLink
5) Menghargai setiap slot/program tarbiyyah
6) Bersahabat kerana Allah
7) OneSe7en jadi generasi terbaik dalam semua aspek


Jazakumullahu khairan kathira kepada Akh Syarif, Akh 'Ammar Sahrim, Akh Ashraf Shafiq cikgu-cikgu tarbiyah, pengisi-pengisi slot dan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

p/s : sudah merindui Tamrin :) rindukan laungan takbir!
: tak sangka boleh bersua dengan akh Hamidi, sebelum ni kenal-kenal dalam dunia blog je.

Wallahua'lam. Wassalam.

Wednesday, June 1

Setelah Aku Dipaling



Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

Tuesday, May 10

Musim Periksa


"A creative man is motivated by the desire to achieve, not by the desire to beat others."


Assalamualaikum.

"Setiap perkara ada musimnya."

Musim periksa kian menjelang. Tinggal lebih kurang 1 hari sahaja lagi. 12 Mei 2011. Itulah tarikh yang aku nanti-nantikan sebenarnya. Periksa yang bakal mencabar aku. Mencabar rohani, jasmani, semangat, fikiran dan lain-lain.

Nak kata dah ready, I don't think so. Tapi KENA READY. Teringat kata-kata seorang senior, "Islam sedang ditindas, jadi kita sebagai seorang muslim KENA MENUNTUT ILMU."

Sebab apa?
"Melalui ilmu, InsyaAllah kita (Islam) tidak akan ditindas."

Jadi. Aku KENA TAJDID NIAT. Belajar bukan untuk periksa.

Ya.

Doakan supaya aku diberi kekuatan, kesungguhan.

Doakan supaya Allah terangkan hati aku untuk menerima ilmu.

Doakan supaya Allah beri aku ingatan yang kuat.


Minta maaf atas segala tingkah laku dan salah silap.



Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Where there is a will there is a way.

Wallahua'lam.

Selamat berjuang warga Al-Amin terutamanya warga OneSe7en !





Wednesday, April 27

Khas buat Beliau

"Insan pendidik generasi Qurani."


Bismillah.

Assalamualaikum.

Hari ini aku melalui hari persekolahan seperti hari-hari lain, habis sekolah pukul 3.30 petang, aku pergi ke kantin dan terus ke surau untuk mesyuarat.

Sedang bermesyuarat... "tok tok tok" Haziq dan Suhail mengetuk pintu bilik gerakan pengawas "Ustaz Jumadi panggil sekarang." Aku dan Mu'az keluar dari bilik gerakan dan terus menuju ke arah Ustaz Jumadi. Kemudian solat Asar.

Selepas Asar. Haziq murajaah sebentar dengan Ust. Habis. Ust. Jumadi pun panggil kami, kami pun rapat-rapat bulat-bulat dekat Ust.

Ustaz pun mulakan ucapan beliau dengan meminta maaf, tup tup, ustaz mintak izin pergi ke tandas. Ustaz kembali.

"Ustaz selalu marah-marah, tak simpan dekat hati, tapi ustaz marah-marah untuk pengajaran, untuk membuang sifat-sifat negatif yang dirajai syaitan."

"Kalau antum dah keluar nanti, dunia kat luar itu jauh berbeza berbanding dengan dunia dekat sekolah."

"Nanti bila semua dah ada career masing-masing, tetapi 'career sebagai Hafiz' itulah yang akan dibawa ke akhirat nanti."

"Jangan putus asa, Allah sayang dengan orang yang tidak berputus asa. Jangan tinggalkan Al-Quran, walau sesibuk mana kita sekalipun. Jagalah hubungan kita dengan Allah."

Itulah antara pesanan Ustaz Jumadi. Selepas ucapan Ustaz, tiba giliran kami pula yang berucap, dimulai dengan Mu'az, aku, Suhail, Haziq dan Nawi.

Time tu MUTIARA dah mula keluar. Ustaz, kami minta maaf atas segala kesilapan dan kesalahan, segala kerenah kami, kedegilan kami. Kami minta maaf. Terima kasih ustaz. Ustaz lah guru, ustaz lah sahabat, ustaz lah ayah, ustaz lah abang, dan yang paling penting, ustaz lah murobbi kami. Kalau ustaz tak push kami, kami tak jadi macam yang telah kami jadi sekarang.

Sebenarnya masa tu, kami semua speechless, semuanya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Muka kami dibasahi MUTIARA yang semakin banyak turun. T.T

Aku terkenang segala memori yang diukir bersama kumpulan tahfiz dan Ustaz Jumadi.

Selepas itu ada sedikit majlis dan juga jamuan ringan. Selepas jamuan kami bergambar bersama Ustaz Jumadi, guru kesayangan kami.

Ustaz ckp dekat aku : "Dah, jangan nangis2 dah." :)

Bukan senang nak jumpa dengan orang yang sentiasa menitikberatkan Al-Quran.

Semoga usaha Ustaz selama ini dan akan datang diberkati dan diredhai Allah. Bittaufiq wannajah dalam kerjaya ustaz selepas ini InsyaAllah. Doakan kejayaan kami ustaz.

Akhirul kalam, kami sayangkan ustaz.

p/s : (semua kuat nangis, hehe)

Wassalam.

Saturday, March 19

Al-Quran

Quran FIRST! The rest follows.


Assalamu'alaikum.

Bismillah.

Alhamdulillah, sekarang aku dah berhenti sementara waktu. Berhenti daripada membuat hafalan baru. Ustaz Jumadi minta aku stop supaya aku boleh concentrate dekat murajaah. Fuh! Sangat berat nak jaga hafalan. Bukannya sikit.

Semalam murajaah daripada juzu' 1 balik. Ya Allah, tu baru juzu' 1, ada tersekat-sekat da. Kata Mu'az : "Isyraf, ni baru juzu' 1, dah mcm ni, anta ada lagi lebih kurang 300 muka surat untuk mengulang." Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

Mungkin masalah ni berpunca dari diri aku sendiri. Aku tak fokus, aku malas. Hafazan aku itu bukan semata-mata hafal dan tinggal. Tidak! Ianya adalah amanah. Aku kena jaga hafazanku, kena sentiasa tadabbur Al-Quran.

Tiba-tiba aku teringat peristiwa tempoh hari. Yes. "Hidup ini tak lari daripada membuat pilihan. Kita yang menentukan pilihan kita samada pilihan lebih baik ataupun lebih buruk. Jangan kita dahulukan hal duniawi tetapi dahulukanlah hal Ukhrawi. InsyaAllah, tentukan priority kita, biarlah kita sakit kat dunia, jangan kita sakit di Akhirat nanti. Jangan kita fikir kita je yang sakit, orang lain ada yang sanggup berkorban untuk kita, think about it."

A lot of thanks especially to Ustaz Jumadi Kadir and Muhammad Mu'az Omar, juga tak lupa kepada mereka yang sentiasa prihatin dan menyokongku. =-)

Doakan aku mendapat yang terbaik. InsyaAllah. Muhasabah. Wallahua'lam.

Assalamu'alaikum.


Thursday, March 17

Kawan aku ada Blog

"Katakan TIDAK! kepada pembaziran masa."

Assalamualaikum. Ramai kawan aku ada blog, tapi tak pernah-pernah nak update, yang update cume tinggal berapa ketul jer.

Walaupun sekarang dah tahun SPM, masih ramai yang terlekat dan terngiang-ngiang nak bukak facebook. Dah la lembab sekarang. Blog sikit pun mereka tak pandang, pada pendapat aku blogging ni banyak manfaatnya. [link]

Apa ya manfaat blogging? Internet ada, pergi la cari. Kadang-kadang kita tak perlu suap semua benda bulat2 kat orang.

Nah ini dia, blog kawan aku yang masih update : -
2. Nawi

Mungkin mereka ni tak akan update setiap hari. Blog mereka masing-masing ada kelebihan sendiri, kadang-kadang rasa seronok blogging bila ada kawan yang juga suka blogging.

Isilah masa cuti ini sebaiknya.

Daripada Ibnu Abbas ra berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W. : "Terdapat dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupakan yaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang" (Riwayat Bukhari).

Wednesday, March 16

Naik dan turun


Iman itu ada naik turunnya.


"Roda hidup. Kejap kat atas, kejap kat bawah. Tengah2 mungkin.

Semua mesti lalu. Tak boleh lari.

Banyak benda kita bole belajar, terutamanya bile kat bawah putaran."

Wednesday, February 16

Sukan

(TESPER 2009)

Assalamualaikum.

Bismillah.

Sukan, sukan, sukan. Walaupun di sekolah-sekolah lain musim sukan telah habis, tetapi di AL-AMIN, bahang sukan itu baru sahaja nak dikeluarkan.

Merentas desa telah berlalu beberapa hari yang lepas. Fuh! Merentas desa yang terakhir buat OneSe7en, baru sekarang aku nak merasa kemanisan ukhuwwah (?) Ramai yang hanya tahu menghargai sesuatu apabila ia telah tiada.

Ini tahun terakhir aku di AL-AMIN, aku rasa sedih, sebab tak lama lagi dah nak tinggalkan AL-AMIN, lepas SPM semua ikut haluan masing-masing kan kan kan? Nanti susah nak jumpa balik dengan sahabat-sahabat AL-AMIN.

Apa pun, sementara sukan masih ada! Kita enjoy habis-habis! Taknak sedih-sedih. Kena CERIA selalu! Sedih pun perlu juga, tapi tidak perlulah nak tonjolkan kesedihan pada semua kan (?)

Semalam, aku rasa sangat GEMBIRA. Dapat luangkan masa bersama sahabat-sahabatku. Main sama-sama, gelak sama-sama, makan sama-sama (?), buat banner sama-sama, tampar bola sama-sama. Hehe.

Tahun ni, sukan gabung SMIAAG & SRIAAG & SRIAAKL. Wah, confirm ramai. Semangat kesukanan makin lama makin naik ni. Semangat AS-SOLAH GEGAR! Jumaat ni ada match bola tampar. Aku salah seorang pemain As-Solah untuk bola tampar U18. Doakan yang terbaik.

Esok ada ping pong, jumaat bola tampar, sabtu badminton. Selamat maju jaya semua ! Kepada OneSe7en-ians! Form 5! Tingkatan 5 2011! Manfaatkan saat-saat terakhir sukan di AL-AMIN! Jangan sia-siakannya!

p/s : Alhamdulillah Minggu Muhammad Qudwatuna sedang berjalan. Berlangsung dari 16 Februari 2011 - 28 Februari 2011. Sama-sama bantu jayakan program ini insyaALLAH ! Sbrg info boleh dapat di Blog ANDALUS

p/s : Doakan 'serve' bola tampar aku tidak 'swing' lagi ! :D

p/s : Oh! Welcome back to Suhail bin Wahid !

" Machonya....bersukan tutup aurat. "

" Yang menang merendah diri, yang kalah usaha lagi. "
" Setiap pertemuan pasti ada perpisahan."

Assalamu'alaikum.

Wednesday, February 2

Baru



Assalamualaikum

Bismillah

Alhamdulillah aku dapat sesuatu yang baru, semangat yang baru, mood yang baru. Segala-galanya baru InsyaALLAH. Iman pun kena perbaharui untuk menempuhi cabaran dan liku-liku kehidupan di dunia ini. Nak hadapi obstacle dalam hidup, aku kenalah kuat.

Template blog ni pun dah baru, namun sekarang, amat-amat lah busy. Tiada masa untuk meng-update blog ini. InsyaALLAH masa lapang akan datang, akan di-update dengan post yang panjang.

Program 2011 - Done.
1) Orientasi Tingkatan 1 : 3-4 Januari 2011
2) Kursus Kepimpinan Pengawas : 21-23 Januari 2011
3) MABIT Tingkatan 5 (I) : 27-28 Januari 2011
4) I'dad Murobbi : 28-31 Januari 2011

Fuh! aku harap program-program tersebut akan terus memberi impak yang 'permanent' kepada diriku.

Perlu bersedia untuk program-program akan datang. Tahun ni tahun last aku di sekolah. Kena manfaatkan betul-betul ! Tarbiyah, akademik, sukan, ko-kurikulum, semua kena balancekan. InsyaALLAH.

Program-program anjuran sekolah, insyaALLAH akan beri komitmen sepenuhnya. BARU BARU BARU.

Segarkan diri. Kita bukan di alam mimpi, tetapi realiti.

Akhirul kalam

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai ALLAH daripada mukmin yang lemah." (Riwayat Muslim)

Wallahua'lam. Maaf.

Assalamualaikum

Thursday, January 20

Sendiri


"Bersendiri itu melemahkan. Bersamalah dengan yang boleh mengingatkan."



Sunday, January 2

Ubat

Harga atau nilai kesihatan, tidak diketahui kecuali orang-orang yang sakit.



Assalamualaikum.

Bismillah.

Bercakap tentang ubat. Aku ni DULU ada satu masalah dengan ubat. Malu juga la dengan kelemahan itu, hehe. Masalah ni berlaku sampai aku form 3. Daripada aku lahir , sehinggalah akhir tahun 2009, dalam bulan 7 lebih kurang, aku masih hadapi masalah ni.

Alhamdulillah, setelah kira-kira 15 tahun 6 bulan aku hadapi masalahnya. Akhirnya aku dapat juga ATASI masalah tersebut. Fuh! Bila dah dapat atasi masalah tersebut. Punyalah bangga + suka aku. Syukur, syukur, syukur.

Tahu tak apa masalah tu? Agak-agak dah boleh tahu kan? Senang jer nak teka, kalau cakap ubat, mesti dah boleh teka. Kena beritahu ke ni?

Haaa..... ini dia punya masalah.

-tak boleh telan ubat solid/pill-

Fuh! dah tahu kan? haaa, itulah dia. Dulu asyik makan ubat cecair je, sebab takmau try makan ubat pill, haish childish betul. Itu yang senior aku ckp, memang childish.

Sekarang, dah boleh telan, dengan sukanya telan ubat. Sampai skang ni, hari-hari aku telan ubat. :)

Ni ada sedikit peribahasa tentang ubat.

Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat).


Takrif : Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia.

[mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.]


p/s : esok sudah mula sesi persekolahan 2011 (fuh! macam tak caya jer dah form 5). doakan kami Insya-ALLAH.

p/s : jangan ketawa bila habis baca post ni. :)

p/s : sudah tukar template!

Wallahua'lam. Wassalam.




Saturday, January 1

Awal


Assalamualaikum.

Bismillah.

Sekolah lagi 2 hari. Bersiap sedia untuk hadapi alam persekolahan kembali. Ini tahun terakhir aku bersekolah di Al-Amin. Sebak juga.

Hari ini perlu lebih baik daripada semalam dan esok perlu lebih baik daripada hari ini. Itu yang sepatutnya .Insya ALLAH.

Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu "Aku pasti melakukan itu besok pagi". kecuali (dengan mengatakan) "InsyaALLAH". Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberi petunjuk kepadaku agar aku lebih dekat (kebenarannya) daripada ini". (Al-Kahfi : 23,24)

Insya-ALLAH aku dah set target untuk form 5 ni :)

Wallahua'lam. Wassalam.