Sunday, June 26

The Chronicles of Narnia 3


"Don't run from who you are."


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Beberapa hari yang lepas, aku baru sahaja habis menonton movie The Chronicles of Narnia 3 : The Voyage of the Dawn Treader.

"Don't run from who you are." Itulah kata-kata character dalam movie tersebut.
Dalam bahasa Melayunya, "Jangan lari daripada diri kamu yang sebenar."

Jadi persoalannya, siapakah diri kita yang sebenar?

Mari sama-sama perhatikan maksud ayat Al-Quran dibawah :-

"Ingatlah (wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan Adam daripada tulang belakang mereka, dan ia menjadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri. Allah berfirman; Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka (manusia) berkata: Benar, kami menjadi saksi. Hal demikian ini supaya mengelak kamu daripada berkata pada hari kiamat, sesungguhnya kami tidak diberitahu tentang perkara ini." (Surah al-A'raf: 172)







Ayat di atas menerangkan hakikat keimanan manusia kepada Allah sebagai pencipta alam ini yang berhak disembah.

Sejak di alam roh lagi manusia mengakui kewujudan Allah dan menyaksikan Allah sebagai Tuhan. Sekalipun pada lahirnya mereka engkar dan tidak beriman, tetapi pada fitrahnya mereka tetap mengakui kewujudan Allah.

Kembali kepada persoalan di atas, siapakah diri kita yang sebenar?

Kita ialah MANUSIA yang telah mengakui kewujudan Allah sebagai Tuhan kita.

Jadi "Don't run from who you are." Mari kita sama-sama kembali kepada fitrah. Kembali kepada agama fitrah iaitu Islam. Fitrah beriman kepada Allah subhanahu wa taala.

Jadi kita nak pilih yang mana satu? Terpulang kepada diri masing-masing.

"Allah tidak akan mengubah kedudukan sesuatu kaum itu, sehinggalah mereka mengubah diri mereka sendiri."

Jadi semuanya berbalik kepada diri sendiri. Mahu atau tidak.

Be yourself instead of being other person.

Wallahua'lam.

Sekadar peringatan buat diri sendiri. Sohhih Al-Akhto'. Betulkan yang salah.

p/s:
Nasihat seorang sahabat.
"Kadang-kadang kita nak berubah kepada lebih baik, tapi kita tak sedar, bahawasanya kita sedang menyakiti insan lain. Jadilah diri kita yang sebenar, jangan cuba nak jadi macam orang lain."


Wassalam.






8 comments:

Muhammad Mu'az said...

selamat berkenalan dengan diri wahai sahabat :)

AFIF MARZLAN said...

alhamdulillah tak tengok lagi..syukran akhi atas post ni.. betul2 bermanfaat..and syafakallah ..semoga Allah permudahkan urusan akhi..

Isyraf Imrani said...

mu'az : syukran, hehe

Isyraf Imrani said...

afif : haza min fadhli Rabbi. InsyaAllah ya akhi

Nawi Zharif said...

perghh. Makan dalam ni.hehehe

Isyraf Imrani said...

nawi : perli nampak, hehe

Al-Mufakkir Hamidi said...

salam.

cuma bertanya. memetik kata-kata anda: 'jadilah diri kita yang sebenar, jgn cuba nak jadi macam orang lain'.

ada 2 persoalan:
pertama: org non-muslim mengklaimkan, kalau macam itu, tak perlu la aku susah2 nk jadi org muslim. Jadilah diri aku y sebenar (yakni sbg non-muslim).

kedua: bukankah kita disuruh/diajar utk meniru cara perbuatan Nabi dan para sahabat? (dgn maksud lain, kita cuba MENJADI macam mereka).


Apa komen anda?

*senyum
:)

salam

Isyraf Imrani said...

Hamidi : wassalam, hm itu nasihat sahabat ana kepada ana, ada kisahnya :)