Sunday, January 2

Ubat

Harga atau nilai kesihatan, tidak diketahui kecuali orang-orang yang sakit.



Assalamualaikum.

Bismillah.

Bercakap tentang ubat. Aku ni DULU ada satu masalah dengan ubat. Malu juga la dengan kelemahan itu, hehe. Masalah ni berlaku sampai aku form 3. Daripada aku lahir , sehinggalah akhir tahun 2009, dalam bulan 7 lebih kurang, aku masih hadapi masalah ni.

Alhamdulillah, setelah kira-kira 15 tahun 6 bulan aku hadapi masalahnya. Akhirnya aku dapat juga ATASI masalah tersebut. Fuh! Bila dah dapat atasi masalah tersebut. Punyalah bangga + suka aku. Syukur, syukur, syukur.

Tahu tak apa masalah tu? Agak-agak dah boleh tahu kan? Senang jer nak teka, kalau cakap ubat, mesti dah boleh teka. Kena beritahu ke ni?

Haaa..... ini dia punya masalah.

-tak boleh telan ubat solid/pill-

Fuh! dah tahu kan? haaa, itulah dia. Dulu asyik makan ubat cecair je, sebab takmau try makan ubat pill, haish childish betul. Itu yang senior aku ckp, memang childish.

Sekarang, dah boleh telan, dengan sukanya telan ubat. Sampai skang ni, hari-hari aku telan ubat. :)

Ni ada sedikit peribahasa tentang ubat.

Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat).


Takrif : Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia.

[mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.]


p/s : esok sudah mula sesi persekolahan 2011 (fuh! macam tak caya jer dah form 5). doakan kami Insya-ALLAH.

p/s : jangan ketawa bila habis baca post ni. :)

p/s : sudah tukar template!

Wallahua'lam. Wassalam.




10 comments:

AFIF MARZLAN said...

jangan ketawa? kalau ter...macam mana?? macam kenal je ayat tu.. tapi tak ingatla..dengar kat mana.. semoga Allah permudahkan urusan akhi ana sentiasa doakan yang terbaik untuk akhi,kembar akhi dan semua orang...

Isyraf Imrani said...

haha macam kenal, yeke tak ingat? entahla, dengar kat mana la tu kan.. syukran ya akhi. InsyaALLAH ameen~!

Thaaqhib Mohammed said...

erm..lamanya sakit

erm..tahniah

Ahmad Isyraf Imrani said...

eh lama sakit? takdela.

mu'az omar said...

ceh. kalau ana cakap pasal ubat lagi la. macam kenal lak jenis ubat. panadol pon kenal tak kenal. lagilah na pergi klinik amek ubat -,-

Ahmad Isyraf Imrani said...

ingat ana kenal sangat ke jenis ubat? haha tapi panadol tu kenal la. pergi klinik itu sudah biasa :)

AFIF MARZLAN said...

ntahla..kalau terlepas cakap tu mmg tak ingatlah..sorilah kalau terasa.. hehe..

Ahmad Isyraf Imrani said...

ceh, tak terasa pon

AFIF MARZLAN said...

hidup ini sentiasa perlukan perubahan dari jahat kepada baik dari baik kepada makin baik dan istiqomah dalam kebaikan, akhi bagus kerna dari makan ubat cecair skrg da pandai makan ubat solid.. so tiada apa yg perlu diketawakan atau dirisaukan.. semoga terus tsabat dalam JALANNYA..

Ahmad Isyraf Imrani said...

alhamdulillah, meningkat. InsyaALLAH