Friday, December 9

Kehebatan basmalah




Pernah suatu ketika, aku membuat kerja-kerja membersih, mencuci, dan mengemas rumah. Lantas setelah siap separuh jalan, aku mengalami keletihan yang amat kerana sudah lebih separuh hari aku tidak makan.

Aku terus pergi ke ruang dapur untuk mencari makanan. Apa yang ada cuma sedikit roti coklat. Tanpa berfikir panjang, aku terus mengambil roti tersebut dan terus mencari tempat duduk untuk makan. Setelah duduk. Aku mengambil roti itu perlahan-lahan.

Sebelum dimasukkan ke dalam mulut, aku mendahului dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim", pada masa yang sama, hati aku turut berdoa :

"Ya Allah, Engkau kenyangkanlah aku dengan makanan yang sedikit ini, Engkau berilah aku tenaga yang cukup untuk menyiapkan kerja-kerja rumah ini, sesungguhnya aku ingin membuat ibu bapaku gembira."

Aku kunyah perlahan-lahan makanan tersebut. Kemudian aku minum secawan air kosong. Setelah selesai, aku menyebut alhamdulillah. Ajaibnya, beberapa saat selepas itu, aku rasa sungguh bertenaga, seolah-olah aku baru sahaja makan besar.

Dengan tenaga yang kembali pulih, aku sambung untuk menyiapkan baki-baki kerja rumah yang ada.

*Kadang-kadang kita lupa untuk memulakan sesuatu dengan nama Allah, dengan basmalah kan?*

*Selalukah anda memulakan pekerjaan anda dengan basmalah dan diakhiri dengan alhamdulillah?*

Moga ambil iktibar. Moga beringat. Wallahua'lam.

3 comments:

duha said...

assalamualaikum,

sdikit perkongsian,
kalau di bumi bandung ni,
salah satu benda yang akak sendiri rasa kagum dengan orang2nya adalah,
kebanyakan drpd mereka akan mengucapkan bismillah dalam memulai pelbagai pekerjaan..

contohnya ingin mengangkat apa2 sahaja barang, memasuki kenderaan awam (angkot/bas), menaiki tangga dan lain-lain lagi..

kadangkala mereka-mereka ni bukannya kelihatan seperti ustaz atau ustazah pun, ada je yang masih BELUM memakai tudung atau menutup aurat sepenuhnya, kadang-kadang ada jg yang mewarnakn rambut..tapi pengajaran yg kita boleh ambil, mereka telah biasa menyebut nama Allah dalam memulai setiap hal..

sedangkan kita?

sering terasa sendiri ketika mendengar mereka menyebut bismillah, sebab diri sendiri pun sering terlupa '-__- moga Allah memberi taufiq dan hidayah pada kita utk terus ingat padaNya di setiap amal perbuatan kita..

moga hati kita tak kosong dari menyebut asma'Nya..

wallahu'alam~

Isyraf Imrani said...

waalaikumussalam, itulah, kita sering terlupa, sebab tu kena saling ingat-mengingatkan :)

insyaAllah kak, moga Allah terus menerus memberikan kita taufiq dan hidayah.

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian. Betul..bismillah sememangnya perkara mudah untuk dibuat tapi sering terlupa untuk diamalkan... Semoga terus istiqamah membaca Bismillah setiap kali memulakan pekerjaan :-)