Assalamualaikum.
Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, pada 8-10 Jun 2011 yang lepas, program Tamrin Tingkatan 5 telah dianjurkan oleh Jabatan Tarbiyah Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. Aku banyak terasa dari program ini, daripada awal sampailah ke akhirnya.
Alhamdulillah, Allah pilih aku untuk menyertai program ini. Sedar tak sedar. Banyak hikmahnya, aku tak disibukkan dengan hal-hal lain. Alhamdulillah Allah tak campakkan kesibukan time berlangsungnya Tamrin. Jadi, dapatlah aku hadirkan diri ke Tamrin yang terAKHIR itu.
Tamrin Tingkatan 5 tahun ini dengan temanya "Ukhuwwah Teras Kegemilangan." Yup. Aku rasa tema ni memang kena dengan kami :). Lagu tema : Sebiru Hari Ini.
Dalam tamrin ni lah, revise balik konsep tawakkal. Slot Tawakkal disampaikan oleh akh 'Ammar Sahrim. Kemudian disediakan pula slot tentang Kepahlawanan Sahabat iaitu Mus'ab bin Umair. Slot ini disampaikan oleh akh Abdurrahman. Memang best kisah Mus'ab ni. Sedikit sebanyak dapat aku ambil ibrah dan tambah ilmu mengenai sahabat.
Seterusnya, slot yang menceritakan tentang Al-Wahnu dan serangan pemikiran yang disampaikan oleh akh Syarif. Banyak benda baru yang aku dapat. Riadhahnya juga menarik, dan rasa nikmat. Aku ni dahulunya kira jenis orang yang memilih kawan. Tetapi dalam tamrin ni, aku dapat rasakan yang dalam bersahabat itu, sesiapa sahaja boleh jadi sahabat kita. Malam tu ada slot Cinta dari Langit oleh akh Bakri.
Slot pertama pada hari kedua berkenaan solat berjemaah oleh akh Thaqib . Kemudian mengenai Al-Quran oleh akh Faris dan seterusnya Ukhuwwah Islamiyyah yang disampaikan oleh akh Hamidi. Pada petang itu kami ada sedikit aktiviti ukhuwwah. Fuh! macam-macam rasa ada time tu. Kemudian malam kami ada slot Urgensi Tarbiyyah oleh akh Amir. Seterusnya ada muhasabah. Moga MUTIARA yang mengalir itu tidak sia-sia.
Pada hari ketiga, tazkirah selepas Subuh diberi oleh akh Amir Mohsein yang menceritakan kisah sahabat, Ka'ab bin Malik. Slot pada pagi itu yang terakhir berkenaan kisah-kisah orang-orang yang bertaubat disampaikan pula oleh Ukht Anfaal
Muhasabah dan resolusi.
Resolusi :-
1) Sentiasa bertaubat kepada Allah
2) Meletakkan sepenuh tawakkal kepada Allah
3) Menjaga solat jemaah dan saf-saf solat
4) Selalu berdamping dengan Al-Quran
5) Menghargai setiap slot/program tarbiyyah
6) Bersahabat kerana Allah
7) OneSe7en jadi generasi terbaik dalam semua aspek
Jazakumullahu khairan kathira kepada Akh Syarif, Akh 'Ammar Sahrim, Akh Ashraf Shafiq cikgu-cikgu tarbiyah, pengisi-pengisi slot dan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
p/s : sudah merindui Tamrin :) rindukan laungan takbir!
: tak sangka boleh bersua dengan akh Hamidi, sebelum ni kenal-kenal dalam dunia blog je.
Wallahua'lam. Wassalam.
9 comments:
yang terAKHIR itu yang paling bermakna =D
nak jugak capitalize kan :-P
bestnyer TAMRIN korang..mesti seronok dan sentimental..semoga antum terus tsabat dalam jalan dakwah ini..semoga Allah permudahkan urusan antum..rasa rugi pulak tak datang tamrin korang..T_T
Salam...
er...anta ni dah tak ingat pada penyampai lain ke? Yang ada nama 'Akh Hamidi' dan 'Akh Mohsein'. Penyampai untuk slot Solat berjemaah dan Al-Qur'an dan Kita tidak dimasukkan sekali? Adakah antum sudah melupai mereka?Hurm...
Ukhuwwah Islamiyyah dapat diperdalamkan dengan mengingati nama-nama sahabat yang kita bertemu. Ana masih ingat nama ikhwah yang jadi peserta dalam Tamrin itu:
1. Mu'az
2. Isyraf
3. Baihaqi
4. Nadim
5. Iman
6. Suhail
7. Hafiz
8. Ammar
9. Nidzam
dan 3org ana lupa (seorang berada disebelah kiri Mu'az, dan 2 lagi berada di hadapan Ammar&Nidzam. Maaf yer)
---
Latihlah diri untuk mengingati nama-nama Ikhwah yang kita bertemu. Kerana, dengan itu, mudah untuk kita menyebut nama-nama mereka dalam doa kita. Bukankah salah satu ciri ber-Ukhuwwah fillah ialah mendoakan mereka ketika mereka tidak ketahui?
Akhi Isyraf,
Hargailah setiap manusia yang kita bertemu, semoga bila kita bertemu lagi dengannya, mudah untuk kita 'berborak-borak' dengannya. Jika kita lupa, tentu segan untuk menegur mereka bila bertemu di tepi-tepi jalan. Bukankah begitu?
Just untuk peringatan bersama...
---
Untuk teknik mudah menghafal, mungkin boleh minta tips dari Mu'az yang hafiz. hehe... Adapun, jika berkesempatan, ana boleh share ilmu2 yang ana pelajari dalam menghafal nama2 manusia. Wallahu a'lam.
btw,
-Solat berjemaah, by Akh Thaqib (dari kuliah Architecture)
-Al-Qur'an dan Kita, by Akh Faris (dari kuliah Engineering)
*mereka berdua student UIAM.
*senyum
=)
Salam.
akh afif - alhamdulillah, :) insyaAllah lain kali ada la tu peluang anta pergi
akh Hamidi - wah panjangnya komen, hehe terima kasih atas teguran anta :)
ops...
maaf, jika terkasar...
Sungguh, ana kagum dengan student Al-Amin. mantap2 belaka. =)
*maaf, jika buat post anta serabut dgn nama2...huhu.
salam.
salam isyraf...
semoga antum sentiasa menjaga ukhuwwah yg dah terjalin antara antum...hargailah sisa2 masa yg antum ada di alamin...antum xkn dapat semua kemanisan ini di luar...tlg sahabat2 yg lemah dlm pelajaran,bantu shbt2 yg dlm mslah..susah senang biar bersama...baru la terasa kemanisan berukhuwah...sentiasa berdamping dgn al-quran..insyaAllah antum akn sentiasa dipelihara oleh Allah...n jaga adek2 junior..mereka sume perlukn senior sprti antum...
wallahua'alam..
kak fathy : wassalam, insyaAllah kak terima kasih atas pesanan :)
Post a Comment