Salam.
Mari kita lihat soalan dibawah.
MENGAPAKAH UMAT ISLAM PERLU MENGENANG KEMBALI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW?
- Hubungan kita dengan Rasulullah SAW adalah hubungan yang berterusan.
- Syahadah, mengiktiraf bahawa hidup ini hanya untuk beribadah kepada Allah, caranya adalah dengan mengikut ajaran Rasulullah SAW.
- Manusia mudah alpa dan perlu diingat dari semasa ke semasa.
Firman Allah SWT:
Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur. (Ibrahim 14 : 5)
- Allah memberikan kita Islam, bukan hanya dalam bentuk teori, tetapi amalinya adalah pada mencontohi Sirah Nabi SAW.
- Sahabat mengajar anak-anak mereka Sirah, sebagaimana mereka mengajar anak-anak mereka al-Quran.
- Kesimpulan, memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah sebagai usaha untuk memperbaharui komitmen kita kepada mempelajari contoh amali kepada Islam, iaitu sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan baginda.
sumber : saifulislam
Wallahua'lam. Wassalam.
No comments:
Post a Comment