Thursday, November 25

Nadwah Kepimpinan MUSLEH 2010





Assalamualaikum...

Bissmillah...

Alhamdulillah, selesai sudah Program Nadwah Kepimpinan 2010 yang berlangsung di Pusat Pendidikan Al-Islah (PPAI), Sg Petani, Kedah. Nadwah ini bertemakan "Menjulang Kepimpinan Pelajar MUSLEH". Rasa rindu pada program ini. Macam-macam yang aku dapat. Macam-macam kawan aku jumpa.

21 November 2010

Persediaan telah dibuat, beg sume dah kemas. Kira-kira jam 9.00 aku sudah memulakan perjalanan ke Hentian Duta. Rupa-rupanya aku telah tersalah maklumat. Aku ingat bas bertolak pukul 10.00, tapi sebenarnya pukul 11.45. Tapi takpe, ada hikmahnya. Kira-kira sebelum 9.30 aku sudah sampai di Hentian Duta, aku rasa aku orang pertama sampai di sana, orang kedua ialah Rijal dan ketiga mungkin Amru. Aku menunggu di dalam kereta bersama ayah dan Azhad, memang ada hikmah aku sampai awal, dapat parking best :D . Pastu kira-kira pukul 10 lebih aku keluar dari kereta untuk menuju ke tempat menunggu. Tunggu punya tunggu, dalam pukul 11.30 baru lah semua sampai. Wakil Al-Amin Gombak ada 12 orang banin dan 8 orang banat. Pukul 11.45 bas masih tak sampai lagi. Sementara menunggu bas, kami bincang dengan Cikgu Raihan pasal manifesto yang mahu dibentangkan di program Nadwah nanti.

22 November 2010

Kami bertolak ke Kedah dalam pukul 1.25 pagi. Kami sampai lebih kurang nak dekat pukul 6. Pastu naik van pergi masjid, sampai-sampai dah iqamah. Kami segera berwudhu' dan solat subuh. Lepas solat subuh, naik van yg sama untuk pergi ke PPAI. Lepas tu, ana sampaikan pesanan Arodhi kepada peserta Nadwah ni. Kemudian kami jumpa dengan abang-abang form 5 dari Al-Islah. Kami pusing-pusing sekeliling Al-Islah. Kemudian makan nasi lemak. Alhamdulillah, nasi lemak itu sungguh lazat. Kemudian bincang lagi pasal manifesto. Sekolah SMIH JB sampai sekolah tu, pastu baru la dapat jumpa betul-betul akh Abdullah Mursyid. Kemudian mandi. Kemudian round-round lagi sekolah tu. Bila jumpa jer sekolah lain, kami bersalam-salaman. Yang paling ramah mesra ialah Lukman Hakime, semua orang dia tegur, hehe. Kemudian pergi tidur dekat dorm kejap, bangun-bangun kena pindah dorm. Kami dapat dorm sama dengan SMIH JB. Kemudian makan tengahari. Lepas tu jama' solat zohor dan solat asar. Selepas solat ada taklimat program jam 2.30 petang. Kami berkumpul di dewan, AJK mengedarkan fail. Seterusnya nyanyi nasyid Asmaul Husna, Gelombang Keadilan dan Mujahid Muda. Selepasa taklimat ada perlantikan JK Pelaksana dari kalangan peserta. Mu'az dilantik sebagai pengerusi majlis perlantikan tersebut. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Kemudian ada sesi minum petang. Solat asar. Selepas tu tukar baju sukan ada TBC. Kami dibahagikan kepada beberapa kump ikut nombor. Kemudian ada sesi taaruf. Kena bagitau nama, sekolah dan gaya. Pastu ada game dekat padang. Best jugak game tu, lepas game ada teguran dan tazkirah drpd AJK Kebersihan (Akh Aminuddin) dan AJK Teknikal (Akh Muhammad). Antara isi tazkirah : ‎"Sesungguhnya didalam setiap jasad anak adam itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya, jika jahat daging itu maka jahatlah seluruhnya, ketahuilah daging itu adalah hati". Kemudian ada khidmat diri dan makan malam. Solat maghrib & solat isya', mathurat. Seterusnya tazkirah daripada Nadim dan Azhari, tazkirah tentang niat. Kemudian semua bergerak ke dewan ada perasmian & ceramah daripada Ustaz Rosli Yusof (YDP IKRAM Kedah) tentang Kepimpinan Imam As-Syahid Hasan Al-Banna. Sebelum penceramah sampai, ada tazkirah daripada Akh Abdullah Mursyid tentang protokol Yahudi yang ke-10. Ceramah Kepimpinan Hasan Al-Banna dimulakan dengan muqaddimah mengenai pengorbanan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. Kemudian ada cakap tentang 5 orang sahabat nabi (ansar) yang hafal Al-Quran.
5 orang itu ialah Muaz ibn Jabal, Ubadah b. Samat, Ubay b. Kaab, Abu Ayyub, dan Abu Darda'. Pentarbiyahan zaman dulu ada 2 bentuk, 1. Penyampaian ilmu dari Ar-Rasul, 2. Inisiatif para sahabat sendiri. Kemudian Ustaz Rosli bercerita tentang usaha pembaharuan selepas kejatuhan khilafah. Seterusnya, tentang sejarah hidup Al-Banna dan Ikhwanul Muslimin. Ini antara point-pointnya : -

Al-Banna & Ikhwanul Muslimin
- Lahir 14 November 1906 di Mahuludiyah Mesir
- Umur 12 tahun jadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi.
- Umur 13 tahun menyertai tunjuk perasaan
- Umur 16 tahun pergi berdakwah
- Umur 23 tahun, tubuhkan Ikhwanul Muslimin di bandar Ismailiyyah Mac 1928.

Asas Pemikiran Al-Banna
- Perbaiki diri. 10 Muwassafat
- Baitul Islam - didik keluarga dgn cara Islam dan hormat fikrah Islam.
- Bimbing msyrkt - kembang aspek dan budaya Islam dan msyrkt (amar makruf nahi munkar).
- Kerajaan Islam
- Bebas tanah air drpd kuasa asing
- Satukan negara-negara Islam
- Panji Islam kembali berkibar - satu suara dan perpanduan ummah.

Motto Ikhwanul Muslimin : "Allahu Ghayatuna, Ar-Rasul Qudwatuna, Al-Quran Dusturuna, Al-Jihad Sabiluna, Al-Mautu Fi Sabilillah Asma Amanina".

Kami sama-sama bernasyid lagu Allahu Ghayatuna dan lagu IKRAM.

Selepas habis ceramah ada supper dan postmortem/muhasabah sekolah masing-masing.
Kami tidur dalam pukul 1/2 lebih.

23 November 2010

Sebelum pukul 5, kami dah bangun dan bersiap-siap. Qiyam, solat subuh, mathurat dan tazkirah. Kemudian ada senaman ringan dan khidmat diri. Pagi tu ada perhimpunan dan sedikit kawad. Arahan kawad diberikan oleh Akh Fawzan dari PPAI. Nyanyian nasyid Asmaul Husna dan lagu-lagu tema Nadwah. Kemudian ada sarapan pagi. Setelah kenyang bersarapan, peserta berkumpul di dewan untuk sesi ceramah yang bertajuk "Kepimpinan Masa". Ceramah itu diberikan oleh Hj. Aminuddin Shuib - Pemuda IKRAM Kedah. Dalam ceramah ni, sangat banyak dalil yang diberikan, juga kata-kata hikmah. Banyak isi yang kami dapat daripada ceramah ini, insyaALLAH dapat dimanfaatkan sebaiknya. Selesai ceramah ada kudapan dan seterusnya Forum MPP. Forum MPP terdapat 3 ahli panel, panel yang pertama ialah Al-Amin Gombak, panel kedua ialah Aman Kota Bharu dan panel yang ketiga ialah Hidayah Johor Bharu. Panel 1 ialah akh Luqman Hakime, panel 2 ialah akh 'Azim dan panel 3 ialah ukht Nabila Huda. Dalam forum ini, terdapat 3 round. Round pertama membincangkan masalah yang terdapat di sekolah masing-masing. Round 2 pula tentang punca kepada masalah tersebut, dan round 3 tentang cara-cara atau jalan penyelesaian bagi masalah-masalah yg dialami. Dalam forum itu juga, kami diperkenalkan 3 konsep Qiyadah iaitu "Isti'zan", "Istisyar", dan "Taat". Selesai berforum kaimi makan tengahari dan jama' solat zohor & isya'.

Peserta bergerak ke dewan, alhamdulillah seperti biasa, Al-Amin Gombak selalu awal :). Kali ini ada pembentangan manifesto. Wakil Al-Amin Gombak ialah akh Mu'az Omar. Tengok dia sangat-sangat berpeluh sebelum berpidato. Masa yang diberikan untuk berpidato adalah selama 7 minit, pemidato tidak dibenarkan melihat slideshow semasa berpidato. Alhamdulillah, akh Mu'az Omar berpidato dengan sungguh mantap dan lancar, kami sangat kagum dan gembira melihat KETUA kami 'perform' dengan bagus. Alhamdulillah, segala kekuatan itu datang daripada ALLAH. Tamat pidato Mu'az, Amru melaungkan "Ar-Rijal ! Takbir !" kami dengan semangat takbir "ALLAHUAKBAR!". Selepas itu ada minum petang, semasa minum petang kami nampak Akh Rashid Dashuki dan rakan-rakannya, masing-masing bersalaman dengan Rashid. Lepas minum petang sume tukar baju sukan utk TBC. Time TBC, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan lagi untuk bermain bola sepak, main "king". Kemudian khidmat diri dan makan malam, jama' solat maghrib dan isya', ada mathurat dan tazkirah.

Malam itu kami ada lagi satu Forum : Menjulang Kepimpinan Pelajar MUSLEH. Forum itu dipengerusikan oleh Akh Abdul Rahman (Alumni Al-Amin Bangi), dan disertai 3 ahli panel iaitu Panel 1 : Akh Abdullah Zubayr (Alumni Hidayah JB), Panel 2 : Ustazah Azizah dan Panel 3 : Ustaz Sazali. Forum malam tu sangat bermakna buat ana, banyak benda boleh ambil iktibar. Terdapat 2 round. Round 1, antara isi-isi yang diberikan oleh akh Zubayr ialah kita perlukan hikmah orang tua dan semangat orang muda. Kita juga perlu sentiasa rujuk sirah Rasulullah SAW. Panel 2 iaitu Ustazah Azizah menceritakan tentang sifat-sifat yang patut dimiliki oleh "Amir"

Ciri-ciri Amir :
1. Orang yg dipercayai
2. Orang yg bertanggungjawab
3. Orang yg beriman & bertaqwa
4. Ada kekuatan fizikal dan kekuatan ilmu
5. Amanah
6. Siddiq
7. Fatonah
8. Tabligh
9. Positive thinking
10. Empathy
11. Profesional (P)
12. Excellent (E)
13. Self-Discipline (S)
14. Active learning (A)
15. Teamwork (T)

Panel 3 - Ustaz Sazali

Rukun Organisasi :
1. Al-Qiyadah (Pemimpin)
2. Al-A'dho' (Anggota)
3. Al-Hadaf (Matlamat)
4. Al-Wasail / Al-Manhaj (Sistem)
in
Round 2 : Panel 1 - Cabaran Pemimpin
Panel 2 - Peranan Wanita
Panel 3 - Contoh pemimpin terbaik dulu, kini dan selamanya : Rasulullah SAW

Akh Zubayr juga memberikan info ini :

Arkanu Syabab (As-Syahid Hassan Al-Banna)
Menurut beliau:
Asas iman ialah hati yang terang
Asas ikhlas ialah jiwa yang bersih
Asas semangat ialah perasaan yang mantap
Asas amal ialah azam yang kuat.

Habis forum ada supper dan postmortem. Lepas postmortem akh Rashid jumpa kami sebentar. Kemudian tidur.

24 November 2010

Qiyam, solat subuh, mathurat, tazkirah. Senaman dan khidmat diri. Perhimpunan pagi dan kawad serta sesi penggambaran. Sarapan. Kemudian ada Resolusi, iaitu Penubuhan MPP MUSLEH. Tugasan kena buat 3 jenis surat rasmi, surat kepada Perdana Menteri, Presiden IKRAM dan Lembaga Pengelola Sekolah. Kudapan. Acara penutup dan penyampaian hadiah. Alhamdulillah Al-Amin Gombak dapat Johan Pidato dan Manifesto :). Kemudian tamat.

Kami pulang menaiki bas pada jam 5.15 petang, dan sampai lebih kurang 11.45 malam di Hentian Duta.

p/s : Maaf atas kekasaran bahasa atau tersalah cakap.
p/s : maaf atas kePANJANGan post :), sbenarnya BANYAK lagi tak cerita.
p/s : kalau ada kesilapan dalam post ni, tolong tegur ana
p/s : terima kasih kepada semua individu-individu yang terlibat dalam Nadwah ini
samada secara langsung ataupun tidak langsung.
p/s : esok ada hari kad laporan doakan yang terbaik :)

Sekian. Yang baik itu daripada ALLAH, yang lemah itu kelemahan diri sendiri. Wassalam

No comments: