Salam...
Bismillah...
Daripada Ibnu Abbas ra berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W. : "Terdapat dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupakan yaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang" (Riwayat Bukhari).
Daripada hadis diatas jelas menyatakan bahawa manusia ini sering lupa dan lalai. Mereka lupa siapa yang beri nikmat kesihatan dan masa lapang kepada mereka. Adakah kita telah menggunakan kedua-dua nikmat itu sebaiknya?
Apabila kita ada kelapangan masa, kita guna untuk apa? Baca buku? Ulangkaji? Facebook? Chatting? Bersukan? Main 'games'? Mengaji Al-Quran? Atau kita hanya membiarkan masa lapang kita berlalu begitu sahaja?
Apabila kita sihat, kita buat apa waktu kita sihat? Baca buku? Ulangkaji? Facebook? Chatting? Bersukan? Main 'games'? Mengaji Al-Quran? Atau kita hanya membiarkan masa sihat kita berlalu begitu sahaja?
Cuti ni, apa yang kita sudah buat? Adakah perbuatan yang kita telah lakukan itu diterima sebagai ibadah? Kita tidak tahu, itu urusan ALLAH. InsyaALLAH. Sama-sama kita muhasabah balik.
Sepatutnya kita manfaatkan cuti ini sebaiknya. Bukannya membazirkannya sahaja. Membazir tu kan saudara syaitan. Takkan kita nak jadi saudara syaitan? Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Renung-renungkanlah.
Wallahua'lam. Wassalam.
4 comments:
yup. moga cuti bermanfaat buat kita. insyaAllah. selamat bercuti! :)
mu'az - selamat!
akak cuti 2 bulan baru2 ni.8 dis ni semester baru dah bermula..
hmm,,rasa mcm tak ready lagi..haha nak cuti lagii..
ok la tu cuti 2 bulan, perasaan rasa nak cuti lagi tu biasa la :D. bittaufiq wannajah dalam semester baru..
Post a Comment