Saturday, December 11

Saat itu

Ini gambar lawatan Pengawas.


Salam

Bismillah

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH untuk mencoret sedikit sebanyak apa yang aku nak coret. Orang lain cerita pasal Wafdul Amin, tapi aku tak akan cerita pasal Wafdul Amin, sebab aku tak dapat pergi Wafdul Amin? Bahang SPM makin terasa? Walaupun masih ada setahun lagi.

Bengkel pun dah start siang tadi alhamdulillah perjalanan bengekel Chemistry Haffa Izzah berjalan dengan lancar. Banyak benda yang kami perolehi daripada bengkel itu, alhamdulillah. InsyaALLAH esok ada bengkel Biologi pula. Semoga ALLAH mudahkan dan lancarkan bengkel pada esok hari.

Tadi yang pergi bengkel tak ramai, aku, Arif, Rafiuddin, Nadim, Fitri, Luqmanul, Luqman Rusli, Luqman Hakime, dan ada Izzat Alif

Bak kata Nafis, "biar betul dah nak SPM? Rasa macam kecik lagi jer". Aku pun rasa macam tak percaya yang aku ni sekarang dah jadi pelajar form 5. Fuh! macam baru semalam jer aku masuk kelas 1st day sekolah Al-Amin 2003 (time tu darjah 3). Duduk dalam kelas antara Hakimi dan Izzat.

Sebelum aku sekolah Al-Amin, aku bersekolah di SRIP bersama dengan Syazwan. Aku pindah Al-Amin, dia pun pindah Al-Amin. Aku tak pernah masuk tadika. Aku masuk SRIP tu umur 6 tahun (darjah 1 tahun 2000).

Aku ingat lagi dalam kelas 3 Muaz (2003) Izzat awal-awal malu nak mintak ngn aku ubat pensel, pastu suruh Hakimi mintakkan. Time darjah 3, macam biasa selalu main kejar-kejar, pastu jatuh benjol. Aku ingat lagi, masuk pertandingan azan. Aku dapat johan, naib johan Habib, ketiga Syafiq.

Aku ingat lagi aku masuk darjah 4, kelas 4 Bilal dengan Muaz Omar dan Amirul Omar, (ehh sama nama ayah :D). Masuk kelab Khat dengan Nizam dan Ishak. Aku minat khat time kecik, sekarang entah la, aku patah semangat tahun tu jugak, atas sebab-sebab tertentu.

Permainan mula-mula aku nak masuk Bola Keranjang tapi aku ni lambat sangat, time tu semua dah BERATUR pnjg nak daftar, Bola Sepak tak beratur tapi TERABUR, lagi ramai dari Bola Keranjang, yang kosong time tu Bola Baling. Jadi, aku decide nak cuba Bola Baling. Apa lagi daftar la, Norman dan Amirul pon join sama.

Darjah 5 kelas 5 Talhah bersama Amir Harith. Aku selalu lawan dengan dia, kitorang tukar-tukar kedudukan dalam kelas, kejap aku no 3, kejap dia no 4. Time darjah 5 ni, kitorang selalu bertukar-tukar ke rumah orang lain. Semata-mata nak main game Naruto dekat PS2.

Orang-orangnya ialah aku, Al-Hafidz, Hafidz, Izzat, Madhi, Amir Asyraf, dan ramai lagi, tapi bukan semua join setiap masa. Awal-awal main memang aku tak reti, asyik kalah jer.

Darjah 6. Kelas 6 Usamah, kelas A hehe. Ada 12 orang banin sahaja, aku, Mu'az, Syafiq, Amirul, Amir Harith, Madhi, Izzat Hakim, Irsyad, Nizam, Amir Luqman, Hakimi(entah aku tak berapa ingat da, nama tu pun aku taram jer, rasanya betul.). Aku masuk kelab nasyid. Walaupun dulu dekat SRIP aku budak nasyid, tapi masuk Al-Amin time darjah 6 baru masuk nasyid.

Time tu aku dengan Syafiq budak baru dalam nasyid, masuk-masuk Muallimah Zaleha da suruh test suara, kitorang nyanyi la, sekali Muallimah mintak aku jadi solo (wah). Dalam hati aku gembira je hehe. Solo dengan Amir Harith. Dia dah lama da jadi solo. Persembahan pertama aku adalah pada Hari Takrim. Buat dekat Zawiyah.

Habis persembahan, Fitry komen cakap suara aku kuat sangat, pekak telinga dia. Time darjah 6 juga, aku tergolong dalam kumpulan Usrah Teras. Murobbi kami ialah Muallimah Zaleha, aku, Madhi, Mu'az, Amir Luqman, Ammar Khalil, Ammar Othman, Hazmi. Sangat best.

Time sekolah rendah ni, kawan paling rapat aku ialah Syafiq dan Izzat. Yang lain rapat juga.

Aku rindu saat itu semua. Aku sangat sangat rindu. Tahun lepas ada reunion. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Masalah tu biasa la. Terima kasih kepada AJK yang sanggup bertungkus-lumus kumpulkan balik rakan-rakan yang telah lama terpisah.

Harap2 2012 ni jadi buat reunion lagi. Aku dah buat Group Batch 11 SRIAAG (2001-2006) dekat facebook. Ada cadangan next reunion nak buat 3 Hari 2 Malam, boleh juga tu. Kan lepas SPM. Aku harap reunion seterusnya ramai lagi la yg datang. InsyaALLAH.

Banyak lagi nak luahkan . Ni pun aku dah cuba ringkaskan seringkas mungkin. Tak masuk lagi sekolah menengah. Tapi apakan daya. Dah penat menaip barangkali?

Ini sekadar coretan dan luahan. Kalau ada yang terasa, dan tidak terasa maaf la ya. Harap ukhuwwah kita tak akan putus. InsyaALLAH.

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).."

(Az-Zukhruf Ayat 67)
“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab

Wallahua'lam. Wassalam.



17 comments:

mu'az omar said...

eh, nama MUAZ paling banyak. HAHA. nice post! nanti cerita pasal sekolah menengah lak ek.

memang RINDU T_T

mscreator said...

Okay nice post. Terus ingat semua memori sekolah rendah -.- Reunion tiga hari dua malam? Pergh mencabar tu, tapi tak mustahil.

Isyraf Imrani said...

Mu'az - banyak ke? hahaha pikir ni forum ke? nice post nice post. haha. sekolah menengah tu nanti la, haha.

yup RINDU

Isyraf Imrani said...

Azillah - lagi sorg ckp nice post, haha blog ni dah jadi forum. Reunion tiga hari dua malam, yeah mencabar. hehe. memang tak mustahil pun, nanti kita plan la elok2.

mu'az omar said...

okay, ana tunggu. ceh -,-

Isyraf Imrani said...

Mu'az - ait, boleh2 komen lagi sekali, haha

nlia said...

yay ana ada dlm gmbr tu :) ehh tapi bukan pengawas jee la . time tu ana pen.kk . btw , enjoy ! nice post ~ hee teringat time 6 usamah :')

Isyraf Imrani said...

Aliah - ceh suka lak, yeke bukan pgawas jer? haha tak kisah la, asalkan baju putih. ceh yg ketiga ckp nice post. yup 6 Usamah best! RINDU SAAT ITU. :')

'Abdullah Hakim said...

Amir Luqman tiada dalam 6 Usamah!! wwaaaaa....

'Abdullah Hakim said...

Amir Luqman tiada dalam 6 Usamah!!! waaa....

Bintang Suraya said...

salam.. hahaha, nak jadi orang ke-4 cakap 'nice post'... teringat semua memori sebenarnya mengingatkan kita yang usia dah makin pendek.. wassalam..

Isyraf Imrani said...

Luqman - hehe yeke? takpe2 jangan risau, ana dah letak da :D. awal2 ana nak letak nama anta, tapi sure tak sure, hehe. asif jiddan =)

Isyraf Imrani said...

Suraya - wassalam, orang pertama bagi salam. haha, sudah 4 orang ckp nice post. yup, makin hari usia makin pendek, makin dekat dgn mati. wassalam.

TUKANG KATA said...

org kelima cakap nice post :D

terkesan dgn surah Azzukhruf yg Isyraf kongsikan tu.terima kasih ya.

terima kasih juga for the wish. i wish u too all the best di dunia dan akhirat :)

Isyraf Imrani said...

ceh, haha dah lima. :D

sama-sama kak

your welcome, insyaALLAH ameen~ syukran jazilan :)

Al-Fakir Hamidi said...

apa yang 'nice'?
:)

btw, antum beruntung ada blog masa antum. Sempat tukar blog2 sesama kawan.

ana sekolah kg. mana org kg pandai guna blog. hehe. sekarang baru pandai.

Isyraf Imrani said...

hehe, takpe2 kami pon budak baru belajar :D