Friday, June 29

Batu karang di lautan. Ohh.

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku rindu biah di Al-Amin.

Rasa macam baru je semalam masuk Al-Amin, berkenalan dengan kanak-kanak riang semasa sekolah rendah. Berlari berkejaran sampai jatuh kepala benjol sambil menangis. Bermain 'police and thief' (kalau dulu kami budak2 sebut police and three).

Masa musim Beyblade dulu, ambil pemadam, masukkan karbon pensil kayu dalam pemadam supaya boleh jadi Beyblade (gasing).

Masa musim ceper (baca: penutup botol), kalau boleh setiap budak nak bawa penutup botol ke sekolah. Menunjukkan skill imbang ceper, menembak ceper ke ceper dengan tepat.

Dah besar sikit, main PS2 di rumah kawan secara bergilir-gilir. Kejap rumah si A, kejap rumah si B, lain hari pula rumah si C. Game yang popular masa tu game Naruto.

Ahhh, itu semua zaman kanak-kanak.

Aku rindu biah di Al-Amin.

Bila mahu berpuasa, amatlah mudah kerana suasana sekeliling juga berpuasa.

Bila mahu solat dhuha, juga mudah, masing-masing saling mengajak untuk manfaatkan masa rehat yang pendek itu.

Bila mahu solat sunat rawatib, lagila mudah, terang pampang, kebanyakannya menunaikan solat sunat rawatib.

Bila mahu qiyamullail, juga saling mengingatkan, guna inisiatif alarm, sms, call kawan2.

Bila mahu baca Quran, yang lain akan cuba menghormati orang yang sedang membaca Quran.

Bila mahu study, pasti akan ada yang mahu study bersama, kadang-kadang stay back sampai malam, iftar sama-sama, maghrib sama-sama, isyak sama-sama, study sama-sama.

Dan macam-macam lagi.

Terasa hidup suasana 'fastabiqul khairoot'.

Masa itu telah berlalu, sungguh pantas masa berlalu, masih segar lagi kesemua itu dalam ingatanku. Aku bukan lagi pelajar Al-Amin. Kini aku hanya bergelar alumni Al-Amin.

Kehidupan itu sebenarnya adalah proses tarbiyah yang membentuk diri. Setiap perkara yang berlaku, saya kira kalau kita ambil pengajaran dan hikmah di sebalik kejadian itu, maka kita akan terus berubah menjadi lebih baik.

Teringat pula pesan seorang ikhwah,
"Jadilah kamu seperti batu karang di lautan yang tetap teguh walau dilanda badai, dilanda ombak, pada yang sama dialah yang membentuk belahan laut tersebut, janganlah suasana buruk mengubah kita, tetapi jadilah orang yang membentuk biah solehah itu sendiri."
Penuh makna. Ambil pengajaran.

p/s: Lagi 2 hari bakal melangkah ke alam yang baru. Dunia yang baru. Lebih mencabar. Hati perlu tabah. Iman perlu bertambah. Ilmu perlu bercambah. Amal perlu istiqamah. Semuanya perlu ditingkatkan kualiti.


4 comments:

Muhammad Mu'az said...

Selamat jalan, sahabat!

=')

Isyraf Imrani said...

Doakanku :D

Inspector Saahab said...

kerja kuat sikit sheikh. intec pn bole jadi al amin :))

Isyraf Imrani said...

insyaAllah :) amin