Thursday, December 2

Sengsara

Salam...

Bismillah...

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, ini takrif perkataan 'sengsara' : -

1. kesusahan (kesulitan dll), pen­deritaan: berbagai-bagai ~ dan kesusahan yg ditanggungnya; azab ~ berbagai-bagai penderitaan; 2. menderita kesusahan (ke-sukaran dll): buat seorang bapa tentulah tidak suka melihatkan diri anaknya dlm keadaan hidup ~; menyengsarakan menjadikan (menye­bab-kan, mendatangkan) sengsara, meng­aniaya, menyusahkan: ~ rakyat jelata; engsaraan perihal sengsara: ibu kan-dungku telah mati dlm ~.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, ini takrif perkataan 'sengsara' :-

menderita kesusahan atau kesulitan; tidak pernah merasai ke­senangan; sentiasa susah dan menderita hidupnya: Jika kita malas belajar, nescaya ~lah hidup kita selama-lamanya. azab ~ berbagai-bagai kesusahan dan seksa yg diderita. menyengsarakan membuat jadi sengsara; menyebabkan sengsara: Perbuatan ayah tirinya yg kejam itu telah ~ hidupnya. kesengsaraan keadaan sengsara; kesusahan hidup: Ramai yg hidup dlm ~. penyengsaraan perbuatan atau hal menyengsarakan: Dia sedikit pun tidak berasa kesal atas ~ yg dilakukannya.


Setiap manusia dalam bumi ILAHI ini mempunyai masalah, kesulitan dan kesusahan masing-masing. Tension itu 'normal' bagi orang yang ada 'masalah' . Tapi dalam kita dapat masalah, jangan kita tuding jari salahkan orang lain. Hm. Tak elok la macam tu.

Apa-apa pun, sentiasa ingat ALLAH. DIA lah tempat kita nak mengadu domba. Tempat kita meminta. Kalau dapat masalah, kembali pada-NYA. Duduk, ingat ALLAH, fikir, renung, muhasabah, cari solusi.

"Sesiapa yang ALLAH mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan"

Semoga kita berada dalam golongan yang 'berada dalam kebaikan' InsyaALLAH.

Astaghfirullah. Wallahua'lam.

Wassalam.



4 comments:

mu'az omar said...

ceh. sekarang dia cara update blog macam kamus bergerak dah ana tengok. okay. bab sengsara uh terasa. -,- moga Allah mudahkan.

Isyraf Imrani said...

sementara masih berpeluang, baik ana manfaatkan sebaik mungkin insyaALLAH. heh, mmg patut pon terasa -,-. moga ALLAH mudahkan.

--muaz-- said...

adakah nta sentiasa bawak kamus dewan?

Isyraf Imrani said...

eh takdela, ni rujuk internet jer, kat internet pon ada kamus gak :)