Wednesday, December 1

Istiqamah


Salam...

Bismillah...

Mari kita lihat apa definisi 'Istiqamah'

Ini apa yang ana dapat daripada internet.

  • “Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang” (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad).

  • Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

  • ISTIQAMAH secara umumnya bermaksud menumpukan komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan kesungguhan.

  • Istiqamah = teguh pendirian dalam tauhid dan tetap beramal saleh.

  • Istiqamah adalah anonim dari thughyan (penyimpangan atau melampaui batas)

  • Banyak ayat al-Quran yang menjelaskan maksud istiqamah (Fussilat : 30-32, Al-Ahqaf : 13-14), begitu juga dengan hadith Nabi SAW. Antaranya:

  • Daripada Abi ‘Amrah Sufyan bin Abdillah r.a. katanya: Aku bertanya: Ya Rasulallah, ajarlah kepadaku berkenaan Islam, perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorang pun selain daripadamu. Sabda Nabi SAW: Katakanlah “Aku beriman dengan Allah”, kemudian istiqamah! (Imam Muslim, al-Baihaqi dalam al-Sunan 1/76, Ahmad dalam Musnadnya 5/371, dan al-Daraqutni dalam al-Sunan 3/45

  • “Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”(Q.S. Hud:112)

  • Namun keseluruhan makna yang dicadangkan tentang Istiqamah, ia menjurus kepada terus menerus (konsisten) berpegang secara aktif terhadap keseluruhan kehendak Syara’.

  • Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah

  • Pada pendapat ana Istiqamah = Konsisten = Constant

  • Konsisten bermaksud tetap (tidak berubah-ubah)

  • Konsisten terjejas apabila manusia melampau. Kerana lazimnya melampau itu natijah emosi. Emosi penting untuk membakar motif perlakuan, tetapi lazim juga bakarannya hilang kawalan.

Dah tau kan apa tu 'Istiqamah' ?

Jadi.

Mari Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
Mari Istiqamah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
Mari Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.

InsyaALLAH.

Wallahua'lam.

p/s : kalau ada salah, tegur lah ya :)
p/s : di Johor sekarang :D -musafir mode-
p/s : cuba istiqamah update blog :D

Yang baik itu daripada ALLAH. Yang buruk itu kelemahan diri sendiri.
Wassalam.

4 comments:

mu'az omar said...

moga terus istiqamah dalah segalanya :)

Isyraf Imrani said...

dalah?

InsyaALLAH.

TUKANG KATA said...

akak akui akak susah sgt nak istiqamah.
cth handwriting akak.mula2 tulis cantik je,bila dah lama2 jadi buruk..haha tak istiqamah la tu kan..

tu baru isu kecik.isu2 yg besar mcm ibadah hmm..astaghfirullah.

terima kasih berkongsi ya.

Isyraf Imrani said...

astaghfirullah, yup baru isu kecik, blom isu besar lagi. sama-sama muhasabah balik :)

sama-sama, semoga istiqamah ya kak!