Friday, December 31

Akhir








Salam.

Bismillah.

Alhamdulillah. Bersyukur kerana masih dapat hidup.

2010 bakal melabuhkan tirainya. Banyak benda yang manis dan pahit dah berlaku sepanjang 2010, semuanya hanya tinggal kenangan yang terpahat dalam memori. Tahun tingkatan 4. Fuh! sangat banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi.

Tahun 2010. Banyak amanah yang aku pegang. Aku rasa aku tak jalankan amanah sepenuhnya, mesti banyak lopong-lopong yang aku buat.

Bak kata Akhi Mu'az, tahun 2010 ni adalah tahun 'mutiara'. Yup, sangat banyak 'mutiara' itu!

Aku rindukan semuanya. Semua yang ada dalam 2010. Tidak kira manis pahit masam masin. Sebab itulah kehidupan. Aku rindukan MINIH. Aku rindukan Nadwah. Aku rindukan Iktikaf.

AL-AMIN itu hebat kan? Tengoklah, belum apa-apa aku dah rindu kat AL-AMIN. Sekolah yang tercinta. Banyak benda aku belajar dekat AL-AMIN. BANYAK.

Apa pun. Live our life to its fullest. Senantiasa berwaspada dan berpada-pada serta JANGAN EXTREME(!)

Sebelum mengakhiri post pendek ini, inginku meminta maaf kepada semua insan, yang telah aku sakiti ataupun tidak disakiti, secara langsung mahupun tidak langsung. 'Asif jiddan 'ala kulli hal. Maaf atas segalanya. Sorry for everything.

Esok sudah masuk tahun 2011. Esok adalah tahun hadapan. Aku dah form 5, kena sikap matang. Sudah senior, kena jadi Qudwah Hasanah. Sudah bergelar Calon SPM 2011, kena belajar banyak, takde main2 da, study smart bukan study hard.


Ini nasihat Akhi Afif :

"hopefully perhimpunan pertama pada 4 jan 2011 akan lebih bersemangat..bukan sahaja lagu negaraku je kuat, tetapi lagu sekolah,nasyid asmaul husna pon kene kuat jugak..mana la tahu.. tahun 2011 sekolah alamin akan menjadi sekolah terbaik PMR dan SPM..bukan sahaja terbaik dari segi akademik, sukan dan akhlak juga turut terbaik sama, agar sekolah alamin menjadi contoh untuk sekolah2 di negara MALAYSIA dan menjadi sekolah terbaik di dunia.. insyaAllah.."

p/s : rasanya tarikh tu salah tulis tu, 3 jan 2011 kan? :D

2011, lebih banyak tanggungjawab, lebih banyak amanah. Doakan aku yang TERBAIK(!). Aku tak boleh jamin lepas ni aku hidup lagi ke tidak. Sekali lagi, 'asif jiddan 'ala kulli hal.

Peringatan : Jika didapati aku ALPA. INGATkan aku.
Jika didapati aku SALAH. BETULkan aku.


Kepada OneSe7en, ingat! tahun 2011 = tahun SPM = BUKAN TAHUN LIBUR!

Wassalam.





4 comments:

mu'az omar said...

eh, dah 2011 ke? okay, mood masih 2010 sebenarnya. erm, speechless bila cakap pasal 2010. banyak sangat benda. memang 'mutiara' itu sangat berharga -__-"

Anonymous said...

apsal sama cam muaz punye?

Isyraf Imrani said...

mu'az - blom lagi, ada lagi lebih kuran 13 minit. heee. yeke? terima lah hakikat 2010 nak tinggalkan kita, yup BANYAK 'MUTIARA'.

Isyraf Imrani said...

anony - :)