Saturday, November 20

Blog-Ku


Salam...

Bismillah...

Selitan takrifan

Media : Alat atau perantara/medium dalam komunikasi atau dalam perhubungan

Media Massa : pelbagai jenis alat komunikasi (seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am.

Blog : Tapak web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari atau jurnal secara elektronik. E-diari atau e-jurnal ini dapat dilihat oleh pengguna web lain ataupun dijadikan tapak yang cuma dapat dilihat dengan memasukkan nama pengguna.

Takrifan diatas ni adalah sedikit perkongsian ilmu sahaja. Tiba-tiba rajin nak update blog. Jadi sekarang bukan nak cakap pasal takrif perkataan, tetapi nak cerita sedikit pasal blog ini.


Blog ini dilancarkan pada bulan Oktober 2008. Ketika itu, aku berada di tingkatan 2 nak masuk tingkatan 3. Sudah 2 tahun blog ini hidup. Aku start blogg-ing apabila diajak oleh teman rapatku iaitu Suhail Wahid.

Aku ni peminat 'anime', so blog pertama aku bukanlah blog ini, tapi blog yang bertemakan 'anime'. Kemudiannya aku delete blog tersebut dan buat blog yang baru iaitu blog ini. So jumlah kesemua blog yang aku buat adalah sebanyak 4 blog.

Time zaman awal2 aku buat blog dulu, ramai lagi takde blog, seingat aku, yang ada blog time tu, Suhail Wahid, Nawi dan Hafizuddin je. Kemudian muncul para blogger lain dalam OneSe7en yang aku jumpa, itu masa 2008. 'Zaman kegemilangan blog' la katakan.

Dulu, bila aku post, kebanyakan post aku orang kata 'panjang' sangat. Kemudian mereka malas nak baca post aku, baca skip-skip je. Kadang-kadang aku paksa otak aku untuk keluarkan idea nak tulis dalam blog. Dah macam-macam jenis post aku isi dalam blog ni. Alhamdulillah aku tiada 'rasa' untuk 'delete' blog ini.

Blogg-ing ni dah jadi macam hobi dah bagi aku. Aku suka dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan, macam-macam widget boleh letak, boleh letak lagu la, chatbox la, blog list la, macam-macam lagi. Blog ni sudah banyak kali aku tukar template, serta banyak kali berganti-ganti widget.

Dalam aku seronok blogg-ing, pada masa yang sama aku juga belajar ketika menulis dan membaca. Sambil-sambil aku baca blog orang lain, aku dapat 'ibrah' dari post mereka. Sambil-sambil aku menulis dalam blog, kadang-kadang aku akan cari ayat Quran atau Hadith untuk diletakkan dalam blog aku ni. Semakin lama aku berblogg-ing, semakin bertambah ilmu aku yang sedikit ini, InsyaALLAH. Aku harap blog aku ni boleh dijadikan sebagai medan dakwah selain berkongsi pengalaman, InsyaALLAH.

Tetapi apabila 'muncul' facebook dan rakan-rakannya, ramai orang dah buat akaun, blog mula ditinggalkan dan diabaikan. Sampai sekarang, hanya beberapa orang sahaja yang masih meng'update' blog mereka antaranya ialah Mu'az, Izzat, dan newbie Fitri. Kalau dulu, bukan main lagi, kalau boleh tiap2 hari nak update letak post baru, cerita itu cerita ini. Tapi sekarang? hm.

Itulah media, sekarang ni macam-macam ada, facebook, twitter, formspring, tumblr, apa lagi? macam-macam la, diluar sana banyak lagi laman-laman sosial yang direka untuk melalaikan ummat Islam, kan? Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Itu sahaja kot setakat ni, sambung lain kali.

p/s 1 : maaf atas keruntuhan tatabahasa hehe :D
p/s 2 : esok malam dah bertolak ke Sg. Petani utk program Nadwah Kepimpinan, doakan kami :)
p/s 3 : alhamdulillah aku dah belajar sedikit sebanyak tentang 'computer programming'

Yang baik itu daripada ALLAH, yang lemah itu kesilapan diri sendiri

Wallahua'lam,

Semoga ALLAH redha.

Wassalam.

6 comments:

Muhammad Mu'az said...

ceh ceh ceh, idea dia dah keluar. yup. rindukan zaman dulu. tapi masing masing ada hal sendiri. biarlah. nak patah balik bukannya boleh. hidup kena teruskan :)

fuh! nadwah lagi sehari saja. then, away for 3 days (?) xD

Isyraf Imrani said...

mmg tak boleh pon patah balik, nadwah! semoga berjaya

Nawi Zharif said...

haha. teruskanlah usaha update2 nih

Isyraf Imrani said...

nawi - insyaALLAH :D

najihah said...

best kan berblogging.moga ada manfaat.moga Dia redha :)

owh,blog akak bukan bertemakan cat dik..haha
saje akak ibaratkan blog mcm pertukangan,akk sbg tukang kata,yg mana kena lah pandai "memaku",pandai "mengecat"
~metafora dik~

take care.have a safe journey ya! :)

Isyraf Imrani said...

tukang kata - best2, insyaALLAH ada manfaat. moga ALLAH redha :)

metafora yek? ok2.

InsyaALLAH. :)