بسم الله الرحمن الرحيم
Tanggal 14 Ogos 2014.
Aku ditakdirkan untuk terbang sambung belajar di luar negara. Specifically di Ohio State University, Columbus, USA.
Aku diberi peluang sekali lagi setelah melepasi cabaran demi cabaran, halangan demi halangan, tangga demi tangga.
Aku pergi sambung belajar dengan biayaan pinjaman MARA. Alhamdulillah sekarang dah dua semester aku disini, semester kedua pun dah nak habis.
Sangat banyak perkara yang dah berlaku, baru-baru ni, aku lihat orang viralkan tweet tentang budak yang belajar luar negara ni, asyik melancong je, yang belajar dalam negara, belajar macam nak mampus.
Sepanjang pengalaman aku belajar di sini, kalau nak dibandingkan dengan INTEC, ada macam-macam perbezaan. Dari segi pack jadual, difficulty, lenient lecturer, pengiraan subjek repeat, hubungan dengan lecturer dan TA, dan sebagainya. Ada juga beberapa persamaan.
Namun itu semua hanyalah faktor luaran, suka untuk aku kongsikan satu quote daripada Aiman Azlan yang dikongsikan di Facebooknya.
"Studying abroad doesn't necessarily make you an outstanding person upon graduation. It is less about the place you study, and more about you yourself: the person who studies.
Wherever you ended up being, local or abroad, if you take full advantage of your university experience and truly stretch your potential as far and as wide as you can and reflect deeply on the bigger questions in life, insha Allah you will be an outstanding person nonetheless.
Don't rely too much on the external to make yourself great. True greatness is internal." - (Aiman Azlan, 2015)
Untuk bangunkan potensi, paling penting adalah diri sendiri. Kalau kita lihat Newton's First Law of Motion yang menerangkan konsep Inertia.
"An object at rest stays at rest and an object in motion stays in motion with the same speed and in the same direction unless acted upon by an unbalanced force."
Kita lihat pula potongan ayat Surah Ar-Ra'd ayat ke 11.
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." [Ar-Ra'd, 13:11]
Kita akan remain "unchanged" kalau tiada "unbalanced force". Orang lain nasihat la macam mana sekali pun, bagi la paksaan apa pun, kalau diri sendiri taknak berubah, kita tak akan berubah. That "unbalanced force" untuk ubah diri kita adalah effort kita sendiri. Itu sunnatullahnya.
Aku ingat lagi sebelum aku fly, ramai orang pesan macam-macam pada aku.
"Study leklok kat sana."
"Solat jangan tinggal."
"Bawak balik souvenir nanti."
"Jaga iman, continue DnT kat sana, bawak Islam pada lokaliti."
dan macam-macam lagi pesanan.
Tapi pesanan yang paling aku ingat adalah pesanan yang dibisik kepada telingaku ketika bersalaman dan peluk perpisahan dengan salah seorang senior sekolah aku (Al-Amin).
Pesanannya sangat ringkas tapi padat dengan isi dan besar maknanya pada aku. Sewaktu beliau memelukku, dia membisik potongan hadis daripada Hadis 40 dalam bahasa Arab dan aku mengerti nasihatnya kerana aku tahu akan hadis tersebut.
Bisikannya berbunyi "Ittaqillaha haithu ma qunta." yang bermaksud "Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada."
Hadis ini merupakan hadis ke 18 dalam Matan Arbain.
"Daripada Abu Dzar Jundub bin Junaadah dan Abu Abdur Rahman Mu'az bin Jabal r.a daripada Rasulullah s.a.w. baginda bersabda: "Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Susulilah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik."
-Riwayat Tirmizi, Hadis Hasan/Hasan Sahih
Aku pernah tulis post pasal taqwa dulu. "Pain and Sin"
Bersambung.
1 comment:
Nta tak nak sambung ke?
Post a Comment