Friday, April 29

Pesanan Sebelum Fly: Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Di airport Columbus, 15 Ogos 2014
Sambungan.

Setelah lebih setahun aku tinggalkan part 1. Kalini pada part 2, aku pula ingin berpesan kepada diri sendiri dan mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Pertama,

"Jadilah kamu seperti batu karang di lautan yang tetap teguh walau dilanda badai, dilanda ombak, pada yang sama dialah yang membentuk belahan laut tersebut, janganlah suasana buruk mengubah kita, tetapi jadilah orang yang membentuk biah solehah itu sendiri."

Kalau dekat US ni, seperti negara2 lain juga, banyak unsur baik dan unsur buruk. Jadilah orang yang berprinsip, sentiasa berpegang teguh pada kebenaran dan mampu menyinari orang lain dengan prinsip tersebut.

Kedua,

Bersamalah dengan sahabat yang soleh. Dekat luar negara, kita takde ibu bapa, family, rakan2 sekolah yang mampu untuk tegur kita. Kawan kita kat sini lah yang akan jadi family kita, susah senang, baik buruk. Maka pilihlah untuk menjadikan orang yang soleh sebagai teman rapat nescaya kita tidak akan terpesong dari jalan yang betul.

Ketiga,

Manfaatkan segala peluang yang ada. Antara tujuan kita dihantar ke luar negara adalah untuk belajar. Itu mindset yang perlu kita ada, bukan sekadar belajar akademik. Tapi ambil manfaat dari segalanya, semua segi peluang. Tidak kira dari segi kerja sambilan, internship, volunteer, kelab dan sebagainya.

Keempat,

Jadilah orang yang bertanggungjawab dengan kewangan kita sendiri. Jangan jadi boros, jangan pula kedekut. Jadilah orang yang seimbang dan pandai mengurus kewangan. Financial management ni salah satu skill yang penting untuk survive tak kisah la kita dicampak ke mana pun.

Kalau aku personally, aku buat dokumentasi, berapa aku spend, untuk apa aku spend etc.

Kelima,

Hubungan dengan orang yang berada di Malaysia (dan negara lain juga) kena jaga, terutamanya ibu bapa kita. Rajin-rajinkan lah, call, whatsapp, skype, facetime dan sebagainya dengan ibu bapa kita. Kawan-kawan kita sebelum ni pun, keep in touch lah sentiasa. Peliharalah ukhuwwah yang telah dibina sebelum ini. Mungkin ada yang perlukan bantuan dan sentuhan kita.

Yang terakhir,

Sentiasalah berpesan-pesan.

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
[Al-Asr, 103: 1-3]

Setakat itu sahaja buat masa ini. Alhamdulillah dah habis semester kelima disini. Sekarang sedang musim final exam. Mudah-mudahan Allah berikan keberkatan dalam setiap apa yang kita pursue.

Wallahua'lam.





No comments: