Assalamualaikum.
Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, pada 8-10 Jun 2011 yang lepas, program Tamrin Tingkatan 5 telah dianjurkan oleh Jabatan Tarbiyah Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. Aku banyak terasa dari program ini, daripada awal sampailah ke akhirnya.
Alhamdulillah, Allah pilih aku untuk menyertai program ini. Sedar tak sedar. Banyak hikmahnya, aku tak disibukkan dengan hal-hal lain. Alhamdulillah Allah tak campakkan kesibukan time berlangsungnya Tamrin. Jadi, dapatlah aku hadirkan diri ke Tamrin yang terAKHIR itu.
Tamrin Tingkatan 5 tahun ini dengan temanya "Ukhuwwah Teras Kegemilangan." Yup. Aku rasa tema ni memang kena dengan kami :). Lagu tema :
Sebiru Hari Ini.
Dalam tamrin ni lah, revise balik konsep tawakkal. Slot Tawakkal disampaikan oleh akh 'Ammar Sahrim. Kemudian disediakan pula slot tentang
Kepahlawanan Sahabat iaitu Mus'ab bin Umair. Slot ini disampaikan oleh akh Abdurrahman. Memang best kisah Mus'ab ni. Sedikit sebanyak dapat aku ambil ibrah dan tambah ilmu mengenai sahabat.
Seterusnya, slot yang menceritakan tentang Al-Wahnu dan serangan pemikiran yang disampaikan oleh akh Syarif. Banyak benda baru yang aku dapat. Riadhahnya juga menarik, dan rasa nikmat. Aku ni dahulunya kira jenis orang yang memilih kawan. Tetapi dalam tamrin ni, aku dapat rasakan yang dalam bersahabat itu, sesiapa sahaja boleh jadi sahabat kita. Malam tu ada slot Cinta dari Langit oleh akh Bakri.
Slot pertama pada hari kedua berkenaan solat berjemaah oleh akh Thaqib . Kemudian mengenai Al-Quran oleh akh Faris dan seterusnya Ukhuwwah Islamiyyah yang disampaikan oleh
akh Hamidi. Pada petang itu kami ada sedikit aktiviti ukhuwwah. Fuh! macam-macam rasa ada time tu. Kemudian malam kami ada slot Urgensi Tarbiyyah oleh akh Amir. Seterusnya ada muhasabah. Moga MUTIARA yang mengalir itu tidak sia-sia.
Pada hari ketiga, tazkirah selepas Subuh diberi oleh akh Amir Mohsein yang menceritakan kisah sahabat, Ka'ab bin Malik. Slot pada pagi itu yang terakhir berkenaan kisah-kisah orang-orang yang bertaubat disampaikan pula oleh Ukht Anfaal
Muhasabah dan resolusi.
Resolusi :-
1) Sentiasa bertaubat kepada Allah
2) Meletakkan sepenuh tawakkal kepada Allah
3) Menjaga solat jemaah dan saf-saf solat
4) Selalu berdamping dengan Al-Quran

5) Menghargai setiap slot/program tarbiyyah
6) Bersahabat kerana Allah
7) OneSe7en jadi generasi terbaik dalam semua aspek
Jazakumullahu khairan kathira kepada
Akh Syarif,
Akh 'Ammar Sahrim, Akh Ashraf Shafiq cikgu-cikgu tarbiyah, pengisi-pengisi slot dan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
p/s : sudah merindui Tamrin :) rindukan laungan takbir!
: tak sangka boleh bersua dengan akh Hamidi, sebelum ni kenal-kenal dalam dunia blog je.
Wallahua'lam. Wassalam.