بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah. Pada 5 September 2016, telah lahir seorang bayi lelaki putera sulungku. Namanya Faqih bin Ahmad Isyraf Imrani.
Walaupun lahir 3 minggu awal, alhamdulillah semuanya baik-baik belaka.
By the time Faqih baca warkah ni, Faqih dah besar and inshaAllah boleh faham apa yang ayah nak sampaikan. Ayah harap Faqih boleh baca sampai habis, panjang ni ayah nak tulis, hehe.
_______________________________________
Faqih nak tahu tak? Ayah sangat bersyukur kepada Allah, Allah kurniakan Faqih kepada ayah dan mama. First time ayah dapat tahu yang mama pregnant, ayah sangat happy. Itu antara moment yang paling happy dalam hidup ayah sepanjang lebih kurang 22 tahun ayah hidup.
Ayah punya excited, sampaikan ayah tak berapa nak fokus masa kelas Arabic literature on that day (jangan tiru aksi ayah ni hehe), sebab ayah pergi cari nama2 Islam untuk anak-anak lelaki dan perempuan ayah.
Ada la beratus jugak nama yang ayah scan, pastu 36 nama ayah pilih. Daripada 36 nama tu, ayah shortlistkan jadi 4 nama dengan mama. 4 nama tu inshaAllah akan jadi nama anak2 ayah dan mama. 2 nama lelaki, 2 nama perempuan. Masa tu taktau lagi gender baby dalam kandungan mama.
Akhir bulan 4, mama ayah dapat tau gender baby dalam kandungan, it's a baby boy! Alhamdulillah. Masa tu jugak daripada 4 tu dah jadi 2 dah. So kena pilih satu antara 2. Jadi bila Faqih lahir, mama dan ayah pun pilih la nama Faqih.
_______________________________________
Faqih nak tahu tak? Kenapa ayah bagi nama Faqih? Sebab ayah dan mama ada harapan yang besar untuk anak sulung mama ayah ni.
Faqih bermaksud "Yang mengerti, bijaksana, ahli fiqh". Harapan ayah dan mama dalam nama ni, adalah supaya Faqih menjadi seorang yang 'faham' dan mengerti akan agama, Ad-Deen Islam.
Sepertimana hadis logam yang famous:الناس معادن، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلاَمِ. إِذَا فَقُهُوا
"Manusia itu ibarat logam, terpilihnya mereka semasa Jahiliyah, terpilih (juga) mereka semasa Islam. Sekiranya mereka faham."
Supaya Faqih sentiasa bijaksana (wise) dalam tindakan, keputusan, percakapan dan sebagainya dalam apa jua keadaan. Supaya Faqih sentiasa mendapat kebaikan.
Sepertimana sabda Rasulullah: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."
_______________________________________
Faqih nak tahu tak? Faqih adalah antara anugerah, hadiah dan rezeki yang paling besar dari Allah kepada mama ayah. Selain itu, Faqih juga adalah tanggungjawab ayah. Ayah bertanggungjawab membesarkan Faqih. And by membesarkan, I mean, beri makan minum, tempat tinggal, pendidikan, kasih sayang dan sebagainya yang terbaik kepada Faqih.
Ustaz Nouman Ali Khan pun pernah cakap bahawa dalam Quran, sangat banyak penekanan tentang didikan ayah kepada anaknya. Contohnya kisah Luqman dan anaknya, Nabi Ya'kub dan Nabi Yusuf. Jadi ayah sedar, ayah ada peranan besar dalam mendidik Faqih jadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.
It would be challenging, zaman makin canggih, technological advancement terlalu laju. Exponential age sekarang ni dan boleh kata tengah berlaku 4th Industrial Revolution.
Umar Al-Khattab pernah berpesan supaya didik anak sesuai dengan zaman mereka, bukan zaman kamu (ibu bapa). Jadi inshaAllah ayah akan cuba yang terbaik untuk mendidik Faqih sesuai dengan zaman Faqih.
Despite the generational gap yang mungkin akan ada, ayah harap Faqih sentiasa bersabar dengan ayah sekiranya ayah tak faham Faqih.
_______________________________________
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.'” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)
"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni’mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai. berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaaf, 46:15)
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Luqman, 31:14)
Jika ada rezeki, Faqih akan ada adik. Jadi Faqih akan jadi ketua kepada adik beradik seperti mana ayah juga jadi ketua kepada Pak Ngah, Pak Uda and Makcu. Jadilah ketua yang baik kepada adik-adik, lead them to good deeds.
Bila berkawan, pilihlah kawan yang baik. Kawan ni akan mempengaruhi karakter dan akhlak kita. Percayalah cakap ayah.
_______________________________________
Sepertimana Luqmanul Hakim berpesan kepada anaknya. Ayah juga nak berpesan kepada semua anak ayah dengan pesanan yang sama.
- "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar." [Luqman, 31:13]
- "Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Maha Halus, Maha Teliti." [Luqman, 31:16]
- "Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting." [Luqman, 31:17]
- "Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angku. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri." [Luqman, 31:18]
- "Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." [Luqman, 31:19]
Ayah tak kisah besar nanti Faqih nak kerja sebagai apa, nak jadi programmer ke, jadi lecturer ke, saintis ke, agamawan ke, tak kisah.
Harapan ayah, supaya Faqih membesar menjadi seorang yang faham agama, duta Islam yang boleh bawa imej Islam yang sebenar melalui tindakan dan menjadi seorang daie yang mampu dan akan sentiasa mengajak manusia kepada kebaikan, kebenaran, dan ketaatan kepada Allah.
Wallahua'lam. Itu sahaja. Maaf berleter panjang, ayah banyak sangat benda nak cakap dengan Faqih ni. Kalau ayah dan mama dah mati nanti. Faqih teruskan jadi anak yang soleh dan manusia yang berguna ya :)
Assalamu'alaikum.
Ayah dan mama sayang sangat dekat Faqih.
Yang benar,
Ayahmu
Ahmad Isyraf Imrani bin Mohd Zakil Hussin
No comments:
Post a Comment