Wednesday, March 5

Robert Davila Si Inspirasi

بسم الله الرحمن الرحيم
"Inspirations are always around you. Everywhere"

Semalam, liqa' dimulakan dengan kisah Robert Davila. Seorang pemuda yang paralyzed seluruh badannya kecuali muka.

Kisah bagaimana dia bertemu dengan Islam. Bagaimana dia belajar Quran. Semuanya boleh didapati di sini. 

Ada 3 pengajaran besar yang aku 'nampak' dekat sini.

1) Hidayah, itu milik Allah. Bila2 dan dimana2 juga apa cara pun Allah boleh campak pada manusia. Kita tak perlu risau. 

Bayangkan Robert Davila duduk di kawasan Kristian, masjid 50 batu paling dekat. Paralyzed, tak ada kemampuan, tapi? Boleh juga menemui Islam dengan cara yang tidak disangka-sangka.

2) Bersyukur, sikit sekali orang yang bersyukur. 

Robert Davila merupakan seorang yang sangat berpuas hati dan gembira dengan hidupnya, walaupun paralyzed seluruh badan sehinggakan ada kerusi roda khas untuk 'keep in place' seluruh badannya. Sedangkan kita, yang terlalu banyak nikmat diberi, still banyak complain, banyak sangat. Cuba reflek betul-betul kehidupan seharian kita, berapa banyak kita mengeluh, bermasam muka dan complain.

3) Usaha mendalami Islam

Robert Davila, sekali lagi menunjukkan bahawa paralyzed tidak akan menghalang dia untuk mendalami Islam. Mula belajar mengenali huruf-huruf Arab, baca Quran, hafal Quran, akhirnya memahami Quran. Kita macam mana pula? Dengan tenaga, masa dan kesihatan yang kita ada, kita buat apa selama ni?

Wallahua'lam.