بسم الله الرحمن الرحيم
"We are unable to offer you admission at this time. If you would like to explore other options, please email us at..."
Jadi aku pun email untuk explore other options. Kena siap sedia dengan backup university sekiranya aku tak dapat universiti pilihan utama aku.
Sejak dari itu, aku rasa gelisah dan risau. Hati gundah dan resah. Rasa sangat cuak. Tidur tak lena, setiap kali bangun aku check email. Sebab apa check email? Tunggu reply university tersebut.
Kerisauan dan kecuakan makin bertambah pabila mendapat berita, bahawa salah satu universiti lain akan caj 80 US Dollar untuk setiap helai dokumen yang akan dia evaluate. Maka aku terpaksa cancel univeristi tersebut dan cari universiti lain yang masih bukak application sebagai ganti.
Semalam, semasa nak prepare untuk liqa' dengan junior, aku baca Tafsir Surah Al-Ikhlas dari dua sumber, Tafsir Al-Wadhih dan Tafsir Fi Zilal Quran.
Alangkah indahnya, masa tu, Allah 'tembak' aku. Betul-betul tepat pada masanya, suasana dan juga tempat. Aku rasa tenang kembali apabila baca ni.
"Apabila hati telah bersih dari segala perasaan terhadap yang lain dari hakikat Allah yang tunggal dan bersih dari pergantungan kepada yang lain dari hakikat Allah, maka ketika itu ia akan bebas dari segala belenggu dan ikatan, bebas dari keinginan nafsu yang menjadi punca berbagai-bagai belenggu, juga bebas dari sebarang ketakutan yang menjadi sumber berbagai-bagai ikatan. Apa lagi yang diingininya sedangkan ia tidak kehilangan sesuatu sesudah ia mendapat Allah, dan siapa lagi yang patut ditakutinya sedangkan di sana tidak ada kuasa penciptaan selain kuasa penciptaan Allah sahaja?..."
Lagi, best bila kena dengan situasi aku
"...Begitulah juga ia akan menolak kuasa penciptaan sebab-sebab (causes), malah ia akan memulangkan segala sesuatu, segala peristiwa dan segala gerak kepada Allah sebagai sebab pertama yang melahirkannya dan mempengaruhinya. Inilah hakikat yang amat ditekankan oleh al-Quran dalam usaha menegakkan kefahaman keimanan. Kerana itu al-Quran selama-lamanya menafikan sebab-sebab yang lahir dan menghubungkan segala sesuatu secara langsung kepada kehendak Allah."
Seperti mana firman Allah:-
"Bukan engkau yang memanah ketika engkau memanah tetapi Allahlah yang memanah." [Al-Anfal: 17]
"Tiada kemenangan melainkan dari sisi Allah." [Al-Anfal: 10]
"Dan kamu tidak menentukan kehendak kamu kecuali dikehendaki Allah." [At-Takwir: 29]
Lastly, terus tenang habis
"...Dengan penolakan semua sebab-sebab yang lahir dan mengembalikan segala-galanya kepada kehendak Allah Yang Tunggal, akan tercurahlah rasa ketenteraman di dalam hati, dan dapatlah ia mengenal arah tawajjuh di mana ia meminta kepada-Nya apabila ia inginkan sesuatu, dan berlindung pada-Nya apabila ia merasa takut, dan seterusnya ia bersikap tenang terhadap segala kuasa dan kekuatan efektif dan terhadap segala sebab yang lahir yang tidak mempunyai hakikat dan kewujudan sejati."
Untuk bacaan penuh, boleh la cari Tafsir Fi Zilal Quran (Surah Al-Ikhlas) oleh Syed Qutb.
Jadi sebenarnya aku tak dapat admission ke universiti tersebut bukanlah sebab dah penuh. Tetapi, semuanya sebab Allah yang tetapkan macam tu. Itu semua kehendak Allah.
Alhamdulillah, sekarang dah tak rasa lagi. Tenang. Tenang setenang-tenangnya.
No comments:
Post a Comment