بسم الله الرحمن الرحيم
Semester ni, saya ada ambil satu subjek Psychology. Jadi baru-baru ni kumpulan saya ditugaskan untuk buat presentation.
Selesai sudah presentation tentang Industrial Psychology and Applying Psychology in Global Economy. Terdapat dua perkara yang paling terngiang-ngiang dalam kepala saya, tapi insyaAllah dalam post ni, saya nak sentuh satu sahaja perkara. Lagi satu, di post yang lain.
Okay.
Dalam industrial psychology, ada satu term yang dipanggil sebagai 'Hawthorne Effect' ataupun dalam bahasa melayunya Kesan Hawthorne.
Mari kita tengok apa definisi Hawthorne Effect.
"A psychological phenomenon that produces an improvement in human behavior or performance as a result of increased attention from superiors, clients or colleagues."
"The stimulation to output or accomplishment that results from the mere fact of being under observation"
Nama lain bagi Hawthorne Effect adalah Observer Effect. From the definition, kita boleh faham bahawa kita punya behavior dan accomplishment akan meningkat kerana kesedaran bahawa kita ni diperhatikan.
Does it ring any bell???
Bila saya membaca tentang Hawthorne Effect tempoh hari yang lepas, saya teringat akan hadis yang kedua dalam Matan Arbain oleh Imam Nawawi.
Mengapa?
Kerana dalam hadis itu ada membicarakan soal Ihsan.
Jom tengok sikit sedutan hadis kedua Matan Arbain: Islam, Iman, dan Ihsan.
"...Dia berkata lagi: "Ceritakan kepadaku tentang ihsan". Baginda SAW menjawab: "Bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Allah melihat kamu.""
Dalam kitab syarah Al-Wafi Matan Arbain:
"Ihsan ialah ikhlas dan tekun. Iaitu kamu ikhlas di dalam beribadat kepada Allah dan disertai dengan penuh ketekunan seolah-olah kamu melihat Allah ketika melakukan ibadat. Sekiranya kamu tidak mampu mencapai tahap tersebut, maka ingatlah bahawa Allah Taala melihat kamu dan perbuatan kamu sama ada kecil mahupun besar."
Nampak tak kaitannya?
Secara fitrahnya kita memang akan jadi lebih baik bila kita sedar kita ni sedang diperhatikan. Jadi untuk mencapai tahap amal yang terbaik, kita perlu ada ihsan.
Kita beramal dalam kesedaran bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita. Dengan kesedaran itu, kita secara tidak langsung akan menjadi lebih baik dan produktif.
"Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." [Al-Hujurat, 49: 18]
No comments:
Post a Comment