Saturday, October 5

Aku dan Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم



Dah lama aku didedahkan kepada Al-Quran. Sejak dari kecil aku dididik untuk membaca al-Quran. Lebih kurang umur seawal 4-5 tahun aku mula belajar membaca al-Quran dengan mak aku. Macam biasa start dengan iqra' dulu, muqaddam, dan seterusnya al-Quran.

Juga seawal umur 6 tahun aku telah dididik menghafal al-Quran semasa bersekolah di Sekolah Rendah Islam Pintar. Kemudian sambung di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak.

Masuk Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, aku menyertai Al-Amin Tahfiz Center (ATACE). 5 tahun tersebut amatlah bermakna buat diriku.

Masa tahfiz dulu, Ustaz Jumadi didik aku supaya bila nak hafal tu, baca makna dan cuba fahamkan sekali. Bila macam tu mudah hafal dan boleh juga belajar bahasa Arab sebab dah ada basic.

Dalam usrah juga, aku selalu diseru untuk menjadikan Al-Quran sebagai peneman dan pedoman. Bukan sekadar hiasan di rak buku. Tak layak pun panggil hiasan sebab bila tak sentuh, mesti berhabuk.

Kita selalu check phone, fb, twitter untuk mesej dan apa2 update, tapi kadang-kadang kita lupa untuk check Quran yang mengandungi 1001 mesej untuk kita.

Jadi hari-hari aku cuba untuk istiqamah dan cari masa untuk baca Al-Quran, sekali dengan tadabbur maknanya sekali. Membuat sedikit refleksi.

Antara cara untuk aku galakkan diri aku sentiasa membuka Quran adalah dengan membalut buku dengan balutan baru sendiri dan letak pelekat berwarna warni.

Bukan apa, saja nak bagi Quran tu attractive pada mata. Secara fitrahnya memang kita suka pandang benda yang cantik-cantik. Psychology pun ada teori pasal benda ni. Bila attractive, kita juga mudah ingat.

Pernah tak bila kita ditimpa sesuatu, tak kisah masalah atau pun bukan, tiba-tiba masa kita baca Quran dan maknanya, ayat tu seakan-akan tepat mengena pada kita. Perasaan tika itu memang sukar digambarkan.

Benarlah, bila kita nak bicara dengan Allah maka solatlah. Kalau kita nak Allah bicara dengan kita maka bacalah Quran.

Al-Quran ni memang benar-benar memberi petunjuk, benar-benar boleh mengubah kita sekiranya kita benar-benar memerhatikan.

"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, " 
[Al-Baqarah, 2: 2]

p/s: Blog ni dah umur 5 tahun dah.