Sunday, May 13

Interview MARA

بسم الله الرحمن الرحيم




Pada 8 Mei yang lepas, result MARA telah keluar. Jadi, dengan lajunya aku bukak page untuk check tawaran MARA. Check punya check, error tak habis-habis. Akhirnya dapat juga aku tahu apa keputusan aku.

Alhamdulillah, aku ditawarkan untuk pergi ke Interview MARA pada 12 Mei 2012 bertempat di Kolej Polytech MARA (KPTM) Bangi pada jam 9.00 pagi.

Keesokan harinya, Makcik Fauziah mengadakan mock interview untuk kami (OS7 yang dapat MARA)

Alhamdulillah, ok, cuma aku perlu banyak buat homework, perlu banyak practice sebab aku masih gagap nak berbahasa inggeris.


Semalam, 12 Mei 2012, aku telah pergi ke interview MARA. Program Ijazah Luar Negara. Seawal jam 7 lebih aku telah bertolak dari rumahku. Kira-kira pukul 8 pagi sampai disana.

Semasa menunggu, ayahku berpesan supaya
Banyak-banyak ingat Allah. Banyakkan selawat. Tarik nafas panjang-panjang, tenangkan diri.
Ya, memang sangat nervous.

أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"...Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." [Ar-Raa'd, 13: 28]

Jadi, tunggu punya tunggu. 8.30 semua bergerak untuk taklimat dan pendaftaran. Barang yang perlu dibawa hanyalah slip tawaran, kad pengenalan dan alat tulis sahaja. Segala sijil-sijil dan salinan-salinan slip gaji tak perlu bawa ya. (Ikut arahan dalam slip tawaran).

Selesai daftar, aku diberikan satu tag. Tag yang bertulis 'B2'. Mungkin sebab aku di panel 2 dan aku orang yang kedua mendaftar.

Kemudian aku naik ke tingkat atas ke arah bilik interview. Aku diminta duduk di depan bilik interview dan mengisi sedikit borang kehadiran(?)

Sementara menunggu dipanggil, aku berkenalan dengan ahli-ahli kumpulan aku, Alif, Arif dan Adib. Mereka memang sempoi, seorang dari Seremban (sebelum tu sekolah Hira' Jeram), seorang tu SPM 2010, dah masuk foundation dah pun under scholarship JPA. Tapi mungkin keluar sebab tak tahan belajar dalam bahasa jepun. Lagi seorang dari KISAS.

Kami dipanggil masuk, aku masuk beri salam, dan berjabat tangan dengan pegawai lelaki. Kemudian kami duduk dalam satu meja empat segi tepat. Kumpulan kami terdiri daripada 7 orang.

4 helai kertas oren disediakan. Kami pun berkongsi kertas arahan itu. Taklimat selama 5 minit diberikan oleh interviewer. Kami diminta berbincang dan membuat keputusan beserta alasan yang munasabah.

Masa yang diberikan adalah selama 40 minit, dan 7 minit pula untuk membentangkan hasil perbincangan kami.

Situasi yang diberikan kepada kami, secara ringkasnya, belon udara panas yang menghala ke Putrajaya dah hilang keseimbangan, jadi 4 daripada 8 orang penumpang perlu dikeluarkan untuk seimbangkan belon tersebut.

Orang-orangnya adalah:
1. Prime Minister
2. Director General of MARA
3. Governor of Bank Negara Malaysia
4. Islamic Affairs Minister
5. Motivator
6. Sportsmen/Goalkeeper
7. Actress
8. Business Leader

Bincang, bincang, bincang. fully in English. Semua dekat situ hebat berbahasa Inggeris. Kami perlu memilih satu watak setiap satu dan defend diri sendiri supaya tidak dikeluarkan daripada belon udara panas, dan kemukakan sebab mengapa tidak perlu dikeluarkan daripada belon udara panas tersebut.

Selesai perbincangan dan pembentangan. Beberapa soalan diajukan kepada kami mengenai tajuk perbincangan tersebut, tiada langsung soalan mengenai bidang yang kami nak ambil ataupun negara yang kami nak pergi.

Sedikit tips: Offer diri jadi 'timekeeper'. Masa terhad.

Alhamdulillah. I've done my best.

Ayahku berpesan:
"Kadang-kadang kita rasa kita dah buat perfect dah, tapi kalau Allah tak bagi, tak dapat jugak." "Kalau ada rezeki, InsyaAllah dapat."
Yup, apa pun Allah jua sebaik-baik perancang. :-)

Khair InsyaAllah. Bismillahi Tawakkaltu 'ala Allah

Sekadar perkongsian pengalaman. Apa jua keputusan, kita haruslah redha ya sahabat-sahabat sekalian. Buat yang terbaik!

والله اعلم

11 comments:

Khalilah Alhuda said...

salam,
pelik interviewnya.
macam-macam style dah interview mara sekarang ni.
InsyaAllah, ada rezeki, adalah.

'aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang, oleh itu hatiku selalu tenang' - hasan Al-Basri

ayat tu selalu ingatkan ana bila rasa tak yakin. baca doa, InsyaAllah.

Isyraf Imrani said...

itulah, macam-macam style. paling unik buat spaghetti bridge tu.

insyaAllah. jazakillahu khair.

Suhail Shirajuddin said...

Waaaah Isyraf! Kita sama! Ana dapat L2, daftar nombor 2 jugak, hehehe. :D. Tapi study case kita lain ah.

Isyraf Imrani said...

Ni mesti panel 12

Bulan Syurga Firdausi said...

alhamdulillah so cam ne intervw..?

Isyraf Imrani said...

alhamdulillah, baik-baik sahaja! :)

Sidratul Muntaha said...

Alhamdulillah.

akak doakan yg terbaik untuk kamu.
zaman akak interview dulu,taklah serumit zaman kamu sekarang.maybe sbb budak pandai dah terlalu sgt ramai sekarang.kena bersaing jadi yg terbaik antara yg terbaik.

all the best. :)

Isyraf Imrani said...

InsyaAllah kak :)

Fazlini Ismail said...

Time interview pakai tracksuit ke ?

Fazlini Ismail said...

Kenapa kena pakai tracksuit time interview tu ?

Fazlini Ismail said...

Kenapa kena pakai tracksuit time interview ?