Saturday, March 3

Ubati hati, perbaiki diri.

بسم الله الرحمن الرحيم



Muallaf: "Saya masuk Islam bukan kerana umat Islam, melainkan kerana kebenaran Islam. Seandainya umat Islam mampu menampilkan Islam dengan sebenar-benarnya, nescaya mereka akan berbondong-bondong masuk Islam."

"Kebenaran Islam terhalang oleh orang-orang- orang Islam sendiri."

"Alhamdulillah, aku mengenal Islam sebelum aku mengenal Arab."

Cuba perhatikan kata-kata di atas. 3 kenyataan di atas sebenarnya mempunyai 'isi' yang sama.

Anda nampak? Apa yang mereka nak sampaikan sebenarnya?

Mereka sedar, bahawa ummat Islam perlu menampilkan Islam dengan sebenar-benarnya. Kadang-kadang, kebenaran Islam itu terhalang oleh orang-orang Islam sendiri. Betul?

Ummat Islam, mereka Islam apa?

Realitinya, kebanyakan ummat Islam pada hari ini, hanya Islam pada nama sahaja ataupun Islam hanya pada kad pengenalan (IC).


Ummat Islam sekarang.

Tidak cukup seseorang mengamalkan Islam hanya dengan solat, membayar zakat dan melaksanakan haji, sementara dalam kehidupan sehariannya tidak mencerminkan Islam, contohnya :

-Ia tidak merasa berdosa dengan membuka auratnya di mana-mana.
-Bergandingan tangan dengan wanita yang bukan isterinya di depan khalayak ramai.
-Melakukan kemaksiatan.
-Bersikap zalim.
-Terlibat dengan rasuah.
-Berjudi.
-Melakukan perzinaan dengan terang-terangan.
-Makan dan minum pada bulan Ramadhan secara terang-terangan.

Yang lebih aneh apabila dia merasa malu untuk menampilkan Islam dengan sebenar-benarnya. Ia tidak merasa bangga ('izzah) sebagai seorang muslim.

Ummat Islam sendiri melakukan perbuatan-perbuatan sumbang, jenayah dan sebagainya. Bagaimana mereka (non-muslim) nak terima Islam? Melihatkan akhlak ummat Islam sebegitu. Contoh yang baik amat kurang daripada ummat Islam.

Mereka tidak mengamalkan Islam sebenar-benarnya. Akhlak mereka tidak mencerminkan Islam. Mengapa sedemikian? Kerana kekurangan ilmu. Kenapa kurang ilmu? Sebab tidak rujuk Quran dan Sunnah.

Sedangkan Rasulullah dah pesan bahawa sekiranya kita berpegang TEGUH dengan Quran dan Sunnah, kita tidak akan sesat.


5 Ubat hati

Ummat runtuh akhlaknya kerana hatinya berpenyakit. Ummat sekarang kosong jiwanya, berpenyakit hatinya. Bagaimana nak dapatkan kekuatan jiwa? Bagaimana nak ubati hati yang berpenyakit? Apa ubatnya?

Terdapat 5 ubat:-

1) Baca Quran, fahami maknanya & tadabbur.
- Al-Quran itu penawar dan rahmat dari Allah.

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَاراً

"Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. - Fahamilah makna & tadabbur Quran betul-betul. Dengan kefahaman yang benar, insyaAllah amalan pun benar. Sentiasa ambil pelajaran daripada Al-Quran." [Al-Israa', 17: 82]
- Fahamilah maknanya, tadabbur betul-betul dan ambil pelajaran daripada Quran. Seterusnya, amalkan.

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
"Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran." [Sod, 38: 29]

2) Dirikan solat malam. Qiyamullail. Hidupkan malam.
- Sentiasalah menghidupkan malam dengan solat malam, solat taubat, bacaan Quran, zikrullah. Banyak-banyak mengingati mati.

"Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur'an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan." [Al-Muzzammil, 73: 1-8]

3) Bersama dengan orang yang soleh.
- Kata orang: "Kawan itu ibarat cermin."
- Berdampinglah dengan orang-orang soleh. Berdampinglah dengan 'penjual minyak wangi', nescaya 'wangi' itu akan pergi pada kita.

4) Banyakkan berpuasa.
- Puasa itu 'melatih' diri, dan menjadi benteng kepada maksiat.
- Puasa yang paling baik adalah puasa Nabi Daud iaitu puasa selang sehari, sebagaimana yang Rasulullah beritahu:

"Solat yang paling disukai Allah adalah solatnya Daud, dan puasa yang paling disukai Allah adalah puasa Daud. Dia tidur tengah malam dan bangun pada sepertiganya dan tidur seperenamnya. Dia selalu berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Dan dia tidak akan melarikan diri jika bertemu (dengan musuh)." [Riwayat Bukhari (3420) dan Muslim (1159)]

5) Memanjangkan zikir malam & beristighfar.
- Panjangkanlah zikrullah pada waktu malam. Banyakkanlah mengingati Allah. Banyakkan memohon keampunan daripada Allah.

أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"...Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." [Ar-Raa'd, 13: 28]

Penutup: Ubati hati, perbaiki diri.

Maka ubatilah hatimu. Perbaikilah dirimu.

Caslah imanmu. Tambahlah ilmumu. Perbaiki ibadah dan akhlakmu. Manfaatkan umurmu.

Akhlak itu cerminan ilmu dan iman. Jadi apa perlu buat? Belajar dan amal! Dalami Quran, Hadis, dan Sirah Rasulullah SAW. Contohi akhlak baginda.

InsyaAllah akhlak yang mulia itu tanda sempurnanya iman. Sejajar dengan hadis Rasulullah SAW:
"Orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya."
Peringatan khususnya buat diri sendiri serta orang lain. Muhasabahlah sentiasa!

Qudwah itu juga dakwah! :)

والله اعلم

9 comments:

nursabirah azhari said...

nice :) moga hati2 kita sentiasa dipelihara Allah.

Hazmi Al-Wafi said...

Ana teringat satu kata-kata daripada syeikh ibn qayyim:

"Sesiapa yg mahu hatinya bersih,hendaklah dia mementingkan Allah lebih daripada hawa nafsunya.."

Moga kita sentiasa dirahmatiNya..

Isyraf Imrani said...

Kak Sabirah: insyaAllah, amin.

Dr Ibnbakr: Jazakallahu khair akhi. InsyaAllah sama-sama kita sentiasa sucikan hati.

Aheed Razlan said...

wow, template baru. smart. isyraf punya dunia mana ?. hehe.

apapun, well done. InshaAllah sama2 kita makan ubat2 hati tu. :D

Isyraf Imrani said...

Mujahid: hehe eh, edit title blog je :) ni blog yang sama.

InsyaAllah :) sama2

AswanMati Pasti said...

Allahuakbar... :)
Iman oh iman...
oh HATI IMAN

Isyraf Imrani said...

Aswan: Airmata Iman hehe

ameer faris said...

assalamualaikum suka n3 ni.. ukhuwah fillah moga thabat mnulis dan brkongsi ilmu..

Isyraf Imrani said...

Ameer Faris: waalaikumussalam, amin, insyaAllah, moga thabat juga. ukhuwah fillah.