Sebelum menghafal.
1.Mempunyai azam dan minat untuk menghafal.
2.Memilih waktu yang sesuai umtuk menghafal
3.Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4.Berada dalam keadaan tenang
5.Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6.Pilih sebuah mashaf dan jangan tukar dengan mashaf yang lain
7.Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum menghafal.
Teknik menghafal.
A. Teknik "Chunking"
1.Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yg sesuai mengikut arahan guru
2.Memisahkan selembar muka surat kpd beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3.Memisahkan surah kpd beberapa bahagian,contohnya mengikut pertukaran cerita.
4.Memisahkan juz kpd beberapa bahagian mengikut surah,hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5.Memisahkan Al-Quran kpd kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
B. Teknik mengulang
1.Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang2nya 5 kali sblm menghafal nya
2.Membaca ayat yg dihafal berulang kali (10 kali atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3.Selepas menghafal setengah muka surat harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke bahagian yang kedua
4.Selepas menghafal 1 muka surat harus diulang beberapa kali sblm ke m/s seterusnya.
5.Sblm menghafal bhgn Al-Quran yg seterusnya, harus diulang bhgn sblmnya beberapa kali.
C. Teknik tumpu dan ingat
1.Menumpukan perhatian kpd ayat,m/s dan lebaran
2.Pejamkan mata dan cuba melihatnya dgn minda
3.Sekiranya masih kabur, buka mata dan tumpukan kembali pada mashaf
4.Ulanglah sehingga dpt melihat ayat atau m/s tersebut dgn mata tertutup
D. Teknik menghafal dgn seorang teman.
1.Pilih seorang teman yg sama minat
2.Org yg pertama baca disemak oleh org kedua
3.Org kedua baca disemak oleh org pertama.
4.Saling menebuk ayat antara satu sama lain
E. Teknik mendengar kaset.
1.Pilih seorang qari yg baik bagi seluruh Al-Quran atau beberapa qari bagi surah tertentu
2.Sebelum mula menghafal, dgr bacaan ayat2 yg ingin dihafal beberapa kali
3.Amati cara, lagu, dan tmpt berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di fikiran
4.Mula menghafal ayat2 tersebut dgn cara dan gaya qari tersebut
5.Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Quran dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan
F. Teknik merakamkan suara
1.Rakamkan bacaan kita, dan dgr semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yg betul
2.Bagi kanak2, rakamkan bacaan ibu bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak2 tersebut.Minta kanak2 tersebut mendengar beberapa kali sehingga menghafalnya.
G. Teknik menulis
1.Tulis kembali m/s yg telah dihafal
2.Kemudian semak dgn mashaf
3.Menulis setiap ayat pertama awal m/s, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam 1 helai kertas
H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
1.Buat beberapa kotak
2.Setiap kotak merupakan satu m/s
3.Catit dlm kotak tersebut beberapa perkataan yg menjadi keyword bg m/s tersebut
4.Merenung dan membayangkan kotak tersebut dlm ingatan
I. Teknik menghafal sblm tidur
1.Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sblm tidur
2.Semasa melelapkan mata, dgr kaset bacaan ayat2 tersebut dan bayangkan posisi nya di minda kita
3.Dgr kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana2 yg sesuai sehingga ayat yg telah dihafal. Cuba byangkan ayat2 yg didengar dari kaset di minda kita.
J. TEknik "Mindmaping"
1.Bagi setiap juz, buat 8 cabang, setiap cabang 1 rubu'. Tulis ayat pertama rubu' dicabangnya.
2.Bagi setiap surah, buat cabang bg setiap pertukaran cerita atau rubu'
3.Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yg lebih kecil bagi rubu'
Mengekalkan hafalan
1.Jauhi maksiat mata,telinga dan hati
2.Banyak berdoa terutama wkt mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain2 lagi
3.Kerjakan solat hajat kpd Allah
4.Kerjakan solat taqwiyatul hifz
5.Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya selembar,1/2 juz , 1 juz dan sebagainya
6.Membaca pd wkt pagi dan mengulangnya pada wkt mlm
7.Jgn baca ketika sedang bosan, marah, atau ngantuk
8.Menulis setiap ayat yg mutashabih
Dipetik daripada website Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura
Semoga Allah melimpahkan rahmat kpd penulisnya...ameen
Semoga kamu dapat mengambil manfaat drpd ini....ameen
InsyaAllah
No comments:
Post a Comment