Marilah berhari raya
Bertakbir dan bertahmid
Tunaiknalah solat sunat
Mendengar Khutbah pembangun jiwa
selepas itu bermaafan menghapus dosa
(Chorus)
Bergembiralah di hari ini tidak mengapa
Asalkan jgn sampai membuat dosa
Sekadar riang berkasih mesra
Menjalin silaturrahim...menguatkan
ukhuwah sesama kita..
Ziarah menziarahi tidak mengapa
bercantik dan berharum begitu jua
tapi syariat jgnlah lupa
agar di hari raya tidak buat dosa
Ingatlah hari raya utk org bertaqwa
Kita belum tentu layak ikut sama
Patut rasa malu pada diri sendiri
kalau kita bukan orgnya
Chorus
Dihari raya hiburkan fakir miskin
Dgn bersedekah bermesra dgn mereka
Berkasih syg dituntut agama
Kerana ia fitrah manusia
Menjamu selera bersama-sama
Sahabat dan keluarga
Ikhlaskanlah amalan kerana Allah
Elakkan dari pembaziran
Dan dari membuang masa
Tatatertib hari raya kenalah jaga
Chorus 2x
No comments:
Post a Comment