Wednesday, December 7

Ceritera SPM - Pertolongan Allah


Assalamu'alaikum.

Bismillah.

Lama dah tak menulis. InsyaAllah dalam post ini ingin aku ceritakan sedikit kisah
yang berlaku ketika SPM.


Bahasa Arab Tinggi
Paper pada pada hari ini. Malam semalam aku menginap di rumah akhi Muaz
untuk 'study duo' dengan dia, hehe.

Latihan demi latihan kami lalui. Terasa amat nikmat belajar Arab.
Latihan kertas 1 tu memantapkan lagi kemahiran kami.

Muaz tengok jadual SPM, rupa-rupanya hari ni kertas 2 dulu.
Jadi kami pun mengorak langkah membuat anjakan paradigma,
menghafal hikam-hikam yang terpilih. Membaca sedikit isi-isi
karangan yang ramai spot.

Akhirnya, tadi alhamdulillah. Banyak Allah mudahkan. Lepas habis kertas 2,
check2, memang jawapan banyak lebih kurang dengan Muaz.
Soalan hikam pun memang masuk apa yang kami hafal :D

Semasa menjawab kertas 1. Aku memang dah sedia maklum kelemahan
aku dekat soalan 'sinonim-antonim'. Tetapi, soalan SPM kali ini
amat mudah sebenarnya.

Walaubagaimanapun, aku tiba-tiba blank. Perkataan mudah seperti
'usrah' aku tak ingat kata sinonimnya. Perkataan mudah
seperti 'maftuhah' aku tak ingat antonimnya.

Memang betul2 blank, aku pejam mata, istighfar dan selawat banyak2.
Alhamdulillah, beberapa minit kemudian, Allah ilhamkan
kepadaku perkataan yang dimahukan.

Walaupun aku tak tahu apa maksud perkataan yang diilhamkan kepadaku,
aku terus menulis tanpa ragu2.

Akhirnya, bila dah habis. Rakan-rakan kata memang itulah jawapan
yang betul. Lihat, pertolongan Allah itu ada walaupun
dalam sekecil-kecil perkara :)


Usaha + Doa + Tawakkal.

SPM hampir di penghujungnya. Pantas masa berlalu. [Al-Asr: 1-3]

--------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah. Minggu depan PQS. Paper terakhir batch SPM 2011. Batch OneSe7en.
Doakan kami.

13 Disember merupakan tarikh terakhir kami bergelar 'pelajar sekolah'.
Kali terakhir memakai baju sekolah. Rasa sebak pulak
dah nak tinggalkan alam persekolahan.

Akhirulkalam, buang yang keruh ambil yang jernih. Wallahua'lam.

last edited on 9/12/2011










5 comments:

Muhammad Mu'az said...

haish. serius rindu semalam. terbayang lagi nta duduk sebelah ana. hehehehehe.

haish. kalau tahu dari awal kita belajar duo kan? hehe.

apapun, doa doa dan doa :)

last, uhibbukafillah jiddan ya akhi kabir :)

Khalilah Alhuda said...

assalamualaikum,
tahniah dah berjaya menempuhi 10 paper.
apa-pun jaga hati, jangan over confident sangat :D
keyakinan tu kena jaga, sebab takut kita jadi yakin sebab usaha kita bukan kuasa Allah, nau'zubillah.

macam ana dulu, ana confident subjek physic, meamng boleh jawab,rasa senang, tapi Allah tak izinkan dapat A+,hoho. serba sikit belajarlah daripada kesilapan ana,
apa pun, All the best!

Isyraf Imrani said...

[Mu'az]- hehe best la study semalam :D

yup, doa. Uhibbukafillah jiddan aidhan ya akhi :)

[Khalilah]- waalaikumussalam, alhamdulillah.

InsyaAllah, terima kasih atas pesanannya kak. :) Moga Allah jaga hati ana.

Aheed Razlan said...

Alhamdulillah...
moga Allah mudahkan urusan kita semua.. amin

pengalaman anta lebih kurang macam pengalaman ana... cuma bezanya, anta coret dlm blog..

ana, bilalah agaknya mahu menulis kembali.. hee..

apapun, tahniah. Syafakallah. Dpt blum kiriman salam drpd abg nta ?

Isyraf Imrani said...

[Mujaheed]- InsyaAllah aminn. Hehe, silakanlah coret dalam blog anta :)

Abang ana? Hm, ana rasa anta salah orang ni, hehe. Apa pun salam taaruf :)