Thursday, December 8

Bukan rezeki aku

cantik pemandangan dia :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku dikejutkan dengan suatu berita.

Berita yang aku sendiri hampir tak sanggup terima.

Berita berkenaan Darul Quran.


SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA DAN TAWARAN MASUK
PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL QURAN JAKIM-UIAM SESI 2012


MAAF,
Nama : --------------------------------------------
No. Kad Pengenalan : --------------

Anda gagal dalam proses temuduga kemasukan ke Darul Quran JAKIM
bagi PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL QURAN JAKIM-UIAM SESI 2012.


Every cloud has a silver lining. :)

Aku tahu aturan Allah itu yang terbaik untukku. Tak boleh rasa kecewa. Wajib redha dengan qada' dan qadar ini. :)

Semoga ada sesuatu yang lebih baik menantiku. InsyaAllah, itu bukan penghalang untuk aku laksanakan cita-citaku.

Cita-cita untuk menjadi Hamlatul Quran.

Mungkin juga ini sebagai salah satu ujian Allah kepada hambaNya ini.

Aku perlu mengambilnya secara positif.

Alhamdulillah, orang-orang di samping aku sentiasa beri semangat padaku terutamanya ibu bapaku :)

Doakan aku. Doakan aku. Doakan aku. Moga aku istiqomah. Moga aku thabat.

Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan aturan-Mu, walaupun timbul rasa sedih jauh di lubuk hatiku. T.T

:) :) :)

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ


Wallahu'alam.

5 comments:

Muhammad Mu'az said...

insyaAllah. kepada Allah jua tempat kembali ya akhi. ini bukan penghujung jalan. insyaAllah, permulaan kepada sebuah perjalanan.

* kegagalan pada akhir adalah kerana kegagalan pada titik permulaan. *

jadi, biarlah permulaan kita berjaya, insyaAllah akhirnya kita akan berjaya.

doa doa dan terus berdoa. agar yang terbaik menjadi hasilnya.

akhir sekali, bittaufiq wannajah ya akhi.

dan, jangan pernah lemah dalam setiap langkah yang kita ambil. Allah itu paling dekat dengan hambaNya :)

Isyraf Imrani said...

"biarlah permulaan kita berjaya"

maksud anta apa?

syukran jazilan ya akhi, insyaAllah, panjang lagi perjalanan jika umur ana panjang. :)

*senyum*

Muhammad Mu'az said...

maksudnya, biarlah kita buat keputusan yang terbaik, agar akhirnya kita mendapat yang terbaik.

banyak lagi tempat lain yang boleh untuk menghafal sebenarnya :)

Nawi Zharif said...

Feel sorry for it :(

Isyraf Imrani said...

Smile nawi, smile :) hehe. Thanks nawi