Sunday, July 31

Harapan Ramadhan



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah..
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua

Friday, July 29

Musim Ibadah - Ramadhan


Ramadhan dah dekat, apa tunggu lagi? Jom kita bersiap siaga!

Manfaatkan Ramadhan sebaiknya! Mungkin ini Ramadhan terakhir kita! Siapa tahu?
Kita tak tahu saat kematian kita, jadi jangan berlengah lagi, mula dari sekarang.

Moga istiqomah!

Alllahumma bariklana fi Syaa'ban wa ballighna Ramadhan.

Monday, July 25

Hari yang ditunggu, akhirnya tiba jua

"Doa senjata mukmin."

Alhamdulillah

PUI telah pun bermula pagi tadi (Isnin : 25/7/11)

Memang seronok, aku sendiri pernah alami PUI itu semasa di tingkatan 3.
Mungkin ada yang cakap tak menarik, tapi itu pandangan mereka. Apa yang aku
rasa lain. Rasa semangat nak belajar

Alhamdulillah, Allah beri aku semangat. Semoga semangat ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Insya-Allah.

Tapi pada hari pertama PUI juga lah, ada berita yang kurang menyenangkan
datang kepadaku, insyaAllah akanku cari solusi dan ambil tindakan.

Iftar OneSe7en tadi, ramai juga yang datang, alhamdulillah. Moga Allah redha.
Moga hubungan itu Allah pelihara.

Sibuk itu sebenarnya bermakna! Orang yang sibuk akan menguruskan masanya
dengan baik InsyaAllah. Sebaliknya orang yang banyak masa lapang "free time", akan
sewenang-wenangnya membazirkan masa. Tapi mungkin bukan semua orang macam tu.

Renung-renungkan dan selamat beramal :)


Saturday, July 23

Julai ini


Ramadhan dah dekat :)

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, julai ini aku dah makin semangat, semangat 'study'. Moga semangat ini meningkat dan berterusan. Julai ini aku banyak 'berkampung' di sekolah Al-Amin tercinta. Walaupun sekarang dah ada rumah baru, sekolah juga jadi pilihan.

Memang tak dinafikan, penat dan letih itu kadangkala perit untuk terima, tapi sampai bila asyik nak jadi lemah je? Kena gagahkan diri. SPM dah dekat, minggu depan dah start PUI, trial SPM lagi lah dekat.

Bila start PUI, kira semua subjek sepatutnya dah habis silibus belajar, tinggal nak ulangkaji sahaja. Semalam merupakan experiment Chemistry terakhir sebelum PUI, buat sabun :)

Bila start PUI, kira dah 'beku' daripada aktiviti-aktiviti seperti kelab, lujnah, syabab. Sepatutnya fokus itu lebih, jangan banyak sangat main-main. Sepatutnya dah lama serius. :)
Moga Allah permudahkan dan berkati segalanya.

Mungkin blog ini akan senyap seketika.

Ramadhan dah dekat. Dekat sekolah pun dah nampak hiasan-hiasan untuk menyambut bulan Ramadhan. Aku harap Ramadhan kali ini, aku manfaatkan sebaiknya.
Semoga berjaya juga untuk anda ! Bittaufiq wannajah!

Assalamu'alaikum.