Thursday, May 5

3D 2Y

بسم الله الرحمن الرحيم

"Instead of 3 days, let's meet in about 2 years from now."


Kalau siapa yang follow anime One Piece, pasti familiar dengan term 3D2Y ni. Term ini digunakan oleh Monkey D. Luffy aka Mugiwara no Rufi (Straw Hat Luffy) untuk memberi mesej kepada nakama, rakan sepasukannya.

Pada awalnya, Luffy berjanji dengan crewmatenya untuk berjumpa 3 hari kemudian apabila berpisah. Selepas bermuhasabah, Luffy membuat keputusan untuk training selama 2 tahun sebelum pergi ke New World, tempat di mana cabaran, musuh dan kesusahan ada pada level yang sangat dahsyat.

Ada beberapa pengajaran yang kita boleh garap daripada kisah Luffy dan 3D2Y ini.

  1. Kita senantiasa memerlukan muhasabah untuk tahu dimana kita berada sekarang. Apa kekuatan kita, apa kelemahan kita. Umar Al-Khattab berpesan "Hisablah (muhasabah) diri kamu, sebelum kamu dihisab.
  2. Muaz bin Jabal pun selalu mengajak sahabat yang lain "Marilah, kita duduk sekejap, kita beriman sejenak." Menunjukkan betapa pentingnya kita 'recharge' sebentar sebelum kita sambung kehidupan seharian kita. Jadi kita perlukan masa untuk 'retreat' dan 'recharge' buat beberapa ketika supaya kita lebih kuat dan produktif di hari-hari mendatang.
  3. Pembinaan diri itu memakan masa yang sangat panjang bukanlah sekadar dalam 3 hari sahaja. Tidak kiralah dalam apa jua aspek, ianya pasti memakan masa, maka janganlah kita tergopoh gapah untuk nampak hasil. “Q: When is the perfect time? A: Who can say, but probably somewhere between haste and delay - and it's usually most wise to start today.” — Rasheed Ogunlaru.
  4. Dalam kita mencapai sesuatu objektif, kita perlu letakkan deadline untuk diri kita sendiri. Dengan tekad yang kuat, usaha yang padu, dan tawakkal yang penuh inshaAllah pasti kita akan dapat apa yang kita cuba capai dalam tempoh masa yang telah kita tetapkan.
  5. Satu pasukan yang kuat dan hebat, antara kunci kehebatannya adalah kehebatan komunikasi antara sesama ahli pasukan. Communication ni sangat penting untuk melahirkan kesefahaman yang mantap. Bila kita ada communication yang baik, kita faham team member semua macam mana, kita boleh memacu team kita dengan lebih laju. 

Sekian refleksi 3D2Y One Piece.

"A defining condition of being human is that we have to understand the meaning of our experience." —Jack Mezirow

1 comment:

Aliff. Syien 13 said...

disebabkan aku minat one piece, so I found this is really something. hahaha

btw untuk hadith muaz bin jabal tu maksudnya dia mengajak dalam apa jua keadaan pun, dia menyeru untuk ingat kepada Allah seketika. saling memberi peringatan kepada diri sendiri dan orang lain. wallahu'alam!

:D