Lebih kurang 2 minggu yang lepas, masa Ko-PLN (Kokurikulum Pelajar Luar Negara), aku bersama groupmate kumpulan 6 dan kumpulan 5 main satu game. "Pemimpin dan Rakyat" atau "Raja dan Rakyat."
Dalam game ni, 4 orang akan dipilih untuk menjadi Raja, Permaisuri, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
4 pemimpin ini akan berhadapan dengan rakyat menerangkan portfolio masing2 dan apa tindakan yang wajar diambil untuk sama2 membangunkan negara.
4 orang yang terpilih dikehendaki pergi ke luar kelas dan menunggu giliran masing-masing untuk dipanggil berhadapan dengan rakyat.
Ditakdirkan, aku dipilih menjadi salah seorang daripada 4 orang tersebut iaitu menjadi Raja.
King's turn was first.
Aku masuk ke dalam kelas dan bersedia untuk bercakap. Sebelum bermula, Ustazah (fasi group kami) meletakkan crown atas kepala aku dahulu, then baru boleh mula.
Masa crown ni diletakkan, aku terdengar beberapa bisikan di pihak rakyat (groupmate aku yang lain) membuatkan aku tertanya-tanya apa yang tertulis atau terlukis pada crown aku. Aku cuba melihat tetapi dihalang oleh ustazah.
Tanpa membuang masa aku terus bangun dan mulakan ucapan. Sejurus selepas aku bermula, rakyat semuanya bising, provoking, marah2 aku. Aku confuse, kenapa? Ini kali pertama aku main game ni. Aku meninggikan suara mengarahkan rakyat semua diam, tapi mereka tak hiraukan.
Perasaan masa tu. Bagaimana rasanya kalau orang bercakap di depan, kita buat tak tahu je, agak-agak apa perasaan diorang? Kalau kita yang bercakap kat depan tu? Itulah apa yang aku rasa masa main game tu. Rasa macam nak marah, tapi aku cuba suppress kemarahan aku.
Bila keadaan jadi macam ni, aku teringat kisah Rasulullah pergi berdakwah di Toif. Penduduk Toif siap lempar batu lagi, berdarah-darah. Namun, Rasulullah tetap sabar, siap doakan mereka lagi.
Kemudian giliran permaisuri, perdana menteri dan seterusnya. Guess what, semuanya terima respon yang berlainan daripada rakyat.
Dah habis kesemua ucapan. 4 orang pemimpin dipanggil masuk ke dalam kelas. Ustazah pun suruh semua pakai balik crown, dan bertanyakan apa perasaan kami masa bagi ucapan, apa pengajaran yang boleh kami dapat.
Masing-masing meluahkan apa yang terbuku dihati. Aku meluahkan sambil menumbuk-numbuk tapak tangan sendiri. Heh, rupanya rakyat ni semuanya taat pada pemimpin mereka.
Pada crown kami tertulis "marah saya", "sokong saya", "ignore saya", "gelakkan saya".
"La taghdob, la taghdob, la taghdob."
"Jangan marah, jangan marah, jangan marah."
No comments:
Post a Comment