Sunday, February 3

Kembara Pelabuhan Dickson


بسم الله الرحمن الرحيم


"Orang yang paling bijak adalah orang yang berpandangan jauh, maka apa yang lebih jauh daripada akhirat?" -Abang Sufi

Masa cuti Maulidur Rasul haritu, 24 Januari 2013, kami mengembara ke Port Dickson merapatkan ukhuwwah, memburu cinta Ilahi.

Jumlah semua yang hadir termasuk adalah 19 orang. Jika ditolak.
Kami pergi dengan 4 kereta. Bertolak lebih kurang 8.40 pagi, sampai pukul 10.00 pagi.

Aktiviti yang kami lakukan antaranya:-

*Taaruf
- Of course, taaruf is one important thing to do.

*Tabir ukhuwwah
- Game yang aku dan Huzaifah conduct. Memandangkan semua dah taaruf, game ni sebenarnya adalah satu bentuk ujian, betul ke dah taaruf. Just a simple game, peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan. Then, akan ada tabir di tengah-tengah menutup pemandangan mereka.

So setiap team kena hantar satu wakil ke hadapan, apabila tabir dijatuhkan, masing2 kena sebut nama 'opponent'. Siapa cepat, that team will get one mark. Level 1 sebut nama, level 2 and so on, sebut other things such as birthday, grandmother's name, hobbies etc.

*Frisbee
- Aku mula kenal game ni di INTEC, kalau siapa yang taktau, game ni adalah sejenis sukan yang menggunakan piring layang. Rules dia seolah-olah macam rugby kot. 

*Osom gergasi
- 2 team akan lawan osom, siapa menang kena kejar yang kalah. Siapa kalah kena larikan diri daripada ditangkap oleh winners. Of course ada limit, bila losers sampai kat limit tu, pusingan tamat. Entah berapa pusingan kitorang main masa tu. Sangat seronok, lagi-lagi berlari-lari kat pantai. 

*Mandi laut
- Mula-mula, hanya masuk laut dan menyelam dan berenang. Lama sikit dalam laut tu, kami main beberapa game seperti dodgeball, pass-pass bola dan lumba ke pantai.

*Dodgeball
- Mangsa akan dikepung oleh pemangsa, ada masa 3 minit untuk 'bunuh' semua mangsa. Mangsa as usual kenalah elak bola untuk terus 'hidup'.

*Lumba ke pantai
- Masa ni semua dah letih, perlumbaan ini tak competitive. Tak ada cabaran. 

*Makan2
- Lepas solat Zohor, pergi makan di kedai berdekatan. Masa makan, satu kedai tu dipenuhi dengan kitorang, alhamdulillah dibelanja oleh abang-abang yang dermawan! 

*Sharing drpd abang2
Masa sharing tu, ada promotion next program cuti raya cina.
Penekanan nikmat Iman dan Islam. Ukhuwwah yang telah terbina. Kawan yang betul2 kawan (dalam tarbiyah) Dan 'something' yang perlu mereka cari untuk mengisi kekosongan jiwa yakni tarbiyah (tapi tak sebut lagi that 'something' is tarbiyah)

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." [Al-Hasyr, 59: 18]
Bertukar2 no phone. Masa perjalanan balik, dalam kereta, abang2 berkongsi sedikit sebanyak pengalaman hidup mereka di US. Whereby sangat terasa Islam disana walaupun hanya minoriti.
Sampai lebih kurang pukul 5-5.30 petang di cendana.

Alhamdulillah. Moga Allah ikat hati-hati kami atas dasar keimanan. Moga Allah beri hidayah kepada kami. Moga Allah tetapkan hati-hati kami atas Deen dan ketaatan kepadaNya.

See you in next program!


p/s: berguna juga aku kongsi pengalaman di blog, kadang-kadang later on, mesti aku akan refer balik apa yang aku tulis, sangat best dapat refer balik. :)

1 comment:

Suhail Shirajuddin said...

Aaaaah~ Baru teringat kata2 abang Sufi tu. :).

Terima kasih atas perkongsian.